Memiliki seorang isteri yang cantik
serta solehah adalah menjadi idaman ramai lelaki. Namun, tidak semua
lelaki mampu memiliki isteri yang cantik dan solehah.
Mungkin mereka memiliki isteri yang
cantik tetapi kurang solehahnya dan juga mungkin mereka memiliki isteri
yang kurang cantik tetapi solehah.
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua petua untuk mencari isteri cantik dan solehah yang menjadi idaman ramai lelaki.
1. Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan
si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh
lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah
lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok.
Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk
memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:
‘Yang bercahaya tidak semestinya
emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari
berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.
Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada
tara.(Bidalan ltali).
2. Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh
dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna
terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui
bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama
keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan,
bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan
taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.
Pihak teruna juga boleh mengetahui
perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka
pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke
tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat
yang kurang baik pula.
Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. – Goethe
Walaupun pada asasnya cara menyelidik
begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis
sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan
dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan
bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di
depan mata.
3. Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada
pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan.Terdapat lebih banyak
unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah
keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri.
Si gadis, yang masih dalam peringkat
belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh
merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana
unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi
kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan
kemuraman mungkin seumur hidup.
Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. – Bidalan Cina
4. Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si
gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan
pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar
menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya
hanya dalam jangkamasa pendek.
Kesempatan untuk berada di dapur
amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin
ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak
berorientasikan mengurus rumahtangga.
5. Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidiklah apakah dia gadis yang tahu
menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua,
bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun
dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan
menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.
Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. – Bidalan Jerman
6. Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di
kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih
ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas
alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa
inilah mereka akan jadi rosak.
Mereka akan keluar dengan lelaki
tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata
serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki.
lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan
menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.
7. Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang
sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi
perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila
zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.
Ramai pula menganggap adalah lebih
baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi
dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.
Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan
8. Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira
faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis
sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam.
Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja.
Zaman gadis adalah zaman mencari
identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada
yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat
didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna
kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada
kepada wanita mahupun lelaki.
Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. – Bidalan Serbia
9. Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna
memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana
keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih
gadis yang beragama.
Dimanakah letaknya nilai gadis yang
cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia
pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam
kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih
lelaki yang baik-baik pula!
Ingat! Jangan mengambil mudah dalam urusan mencari jodoh kerana
hidup bersama isteri bukannya untuk beberapa hari sahaja. Jika boleh,
kita mahukan hubungan yang kekal sehingga ke syurga. Pilihlah wanita
kerana agamanya, jangan kerana rupa semata-mata. Jika agamanya elok
Insyaallah akan bahagia sehingga akhir hayat.
ammar blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan