Tadi saya ada menemani seorang kenalan untuk bertemu dengan seorang
tokoh konglomerat yang terkenal di Malaysia yang juga merangkap CEO
kepada satu syarikat gergasi yang menguruskan minyak negara.
Yang mengejutkan ialah, temujanji dibuat pada pukul 10 pagi,
kebetulan, kami sampai awal, sementara menunggu, saya berasa hendak ke
tandas, tandas lelaki berdekatan dengan surau staf pekerja syarikat
tersebut.
Apabila melewati surau tersebut, lirikkan mata saya tertarik kepada
kelibat seseorang yang bila saya amati orang itu ialah CEO syarikat.
Beliau sedang mendirikan solat di dalam surau tersebut. Mungkin solat Dhuha yang beliau sedang kerjakan.
MasyaAllah, hati saya terkesima.
Lalu saya menemui seorang staf syarikat tersebut dan bertanya perihal
perbuatan CEO mereka, ya, itu memang amalan harian CEO mereka, tepat
jam 9 pagi, CEO mereka akan terpacak di atas tikar sejadah di surau
tersebut untuk bermunajat kepada Allah.
Ya Allah, orang bergaji lebih RM100 ribu sebulan pun mencari
keberkatan rezeki di dalam Dhuha, saya yang boleh dikategorikan sebagai
golongan Marhaen amat culas dalam dalam menitik berat amalan Dhuha.
Ya Allah, kesianlah saya , berikan taufik untuk saya dirikan solat dhuha secara istiqomah.
Tulisan : Ustaz Fuad
Orang gaji ratus-ratus ribu sebulan pun
tetap istiqamah solat Dhuha, kita yang gaji cukup makan ni…. asyik
malas dan terus malas???
pakar how to
Tiada ulasan:
Catat Ulasan