Kali ini
Tok nak cerita pasal hubungan kita dengan Allah s.w.t. Bagaimana kita
perlu menjaga hubungan tersebut agar Allah s.w.t. sentiasa memberikan
pandangan Rahim serta RahmatNya kepada kita.
Cara yang mudah yang pertama kita kena tunaikan perintah Allah yakni solat 5 waktu sehari semalam sebagaimana solatnya Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. memerintahkan kita solat dimana azan dilaungkan dan Baginda s.a.w. tidak suka mereka-mereka yang solat dirumah. Kalau kita ini kaumnya perempuan itu tidak mengapa kerana kaum wanita lebih afdal solat dirumah.
Seterusnya ialah berzikir setiap pagi dan petang seperti yang Allah ta'ala sebut dalam ayat al Quran (dah lupa surah yang mana satu) dan maksud yang sama supaya kita mengingati Allah samaada dalam waktu duduk atau berbaring ada disebutkan juga dalam ayat al Quran.

Pagi dan petang disini ialah pagi selepas solat subuh dan petang pula ialah sesudah solat asar, itulah maksud firman Allah yang mahfumnya, 'Ingatlah Aku pagi dan petang". Dan kita harus senentiasa rasa bersyukur kerana kebanyakan kita memang lahir dari keluarga Islam. Bagi mereka yang baru convert dari agama lain kepada agama Islam juga harus bersyukur sebab Allah ta'ala telah memilih kita untuk menjadi orang Islam.
Sekadar menjadi orang Islam tidak memadai. Kita kena berusaha agar menjadi orang mukmin ataupun orang-orang beriman kerana dalam ayat al Quran ada banyak kali Allah sebut, 'Wahai orang-orang beriman,' atau 'Wahai orang-orang mukmin', jadi maksudNya disitu kitalah, kita yang telah atau sedang atau akan berusaha dari menjadi otang Islam kepada orang-orang beriman atau orang-orang mukmin.
Apabila kita sudah ada ciri-ciri seperti orang beriman jangan pula kita rasa diri sudah lengkap kerana sebenarnya para sahabat Rasullullah s.a.w. mempunyai sifat-sifat mereka yang unggul. Diantara sifat-sifat yang unggul itu para ulamak telah memilih 6 sifat yang bukanlah hendak kita jadikan kefahaman agama tetapi dengan mengamalkan ke 6 enam sifat ini mudah-mudahan kefahaman agama dapat masuk dalam diri kita.
Sifat unggul yang pertama yang ada dalam diri para sahabat r.anhu ialah hakikat kalimah 'La illaha ilallah, Muhammadar Rasulullah'. Mereka yakin bahawa hanya Allah yang berkuasa, dan selain dari Allah adalah makhluk yang semuanya mengharap atau berhajat kepada keizinan Allah s.w.t. untuk mendatangkan munafa'at ataupun mudharat. Keyakinan inilah yang membolehkan mereka menyeberangi Selat Gibratal dengan menunggang kuda diatas permukaan air seramai 12 ribu orang. Perjalanan dengan penuh yakin ini sehingga dikatakan tapak kaki kuda yang mereka naiki pun tak basah. Begitulah apabila jalinan antara hamba-hamba Allah dengan sang Penciptanya unggul dan kukuh.
Sifat-sifat yang lainnya akan Tok tulis minggu depan sebab azan suboh sudah hampir. Gambar Tok diatas tu ialah yang pakai serban putih dan janggut putih sedang memegang tongkat... nampak tak? Tak nampak takpa...
La haula wala quwwata illa billah..~
blog tok wan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan