Ramai orang yang ingin
melindungi rumah mereka dari gangguan syaitan atau terperangkap dalam
perangkap syaitan. Mereka ingin rumahnya tidak dimasuki syaitan dari
golongan jin, tetapi yang dilakukan justru perbuatan-perbuatan yang
disukai oleh syaitan kerana mengandungi unsur kemusyrikan.
Misalnya membuat
jimat-jimat tertentu yang diletakkan di atas pintu. Atau menuliskan
rajah di pintu dan tingkap. Atau membaca jampi dan mantra di sekeliling
rumah. Bahkan ada pula yang memanggil dukun untuk menanam pagar ghaib di
depan rumahnya.
Padahal jimat dan rajah
tidaklah memberi manfaat apa-apa selain justru membuat pelakunya celaka
kerana berkeyakinan benda itu dapat melindunginya dari bahaya ghaib.
Sedangkan yang kuasa untuk melindungi manusia secara ghaib hanyalah
Allah Azza wa Jalla.
أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- أَبْصَرَ عَلَى عَضُدِ رَجُلٍ حَلْقَةً أُرَاهُ قَالَ مِنْ صُفْرٍ فَقَالَ وَيْحَكَ مَا هَذِهِ . قَالَ مِنَ الْوَاهِنَةِ قَالَ أَمَا إِنَّهَا لاَ تَزِيدُكَ إِلاَّ وَهْناً انْبِذْهَا عَنْكَ فَإِنَّكَ لَوْ مِتَّ وَهِىَ عَلَيْكَ مَا أَفْلَحْتَ أَبَداً
Nabi shallallahu 'alaihi
wa sallam pernah melihat seorang lelaki memakai gelang di lengannya.
Lelaki itu mengatakan bahawa gelang tersebut diperbuat daripada tembaga.
Lalu beliau berkata, "Untuk apa engkau memakainya?" Lelaki itu
menjawab, "(Ini untuk mencegah) Wahinah (penyakit yang ada di lengan
atas)." Beliau lantas bersabda, "Gelang tadi malah membuatmu semakin
lemah. Buanglah! Seandainya engkau mati dalam keadaan masih mengenakan
gelang tersebut, engkau tidak akan beruntung selama-lamanya. "(HR. Ibnu
Majah dan Ahmad)
Sementara mendatangi
dukun dan mempercayai ucapannya, termasuk minta dibuatkan pagar ghaib
untuk melindungi rumah dari gangguan syaitan, dapat membuat pelakunya
kufur terhadap ajaran Islam. Sebagaimana sabda beliau:
مَنْ أَتَى كَاهِناً أَوْ عَرَّافاً فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ
"Barangsiapa yang
mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu ia membenarkannya, maka ia
telah kufur pada apa yang telah diturunkan kepada Muhammad." (HR. Ahmad;
hasan)
Lalu bagaimana cara agar
syaitan tidak masuk ke rumah kita? Islam mengajarkan cara yang sangat
mudah dan tidak memerlukan ritual yang menyulitkan. Caranya adalah, baca
basmalah masa masuk rumah dan menutup pintu. Sebagaimana sabda
Rasulullah dalam hadis:
وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ ، وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا
"Dan tutuplah pintu
kalian seraya membaca basmalah, kerana syaitan tidak akan mampu membuka
pintu yang tertutup (dengan bacaan basmalah) ... (HR. Bukhari dan
Muslim)
Ustadz Hasan Bishri
dalam buku Dahsyatnya Kekuatan Basmalah menjelaskan syaratnya. Yakni
ketika membaca basmalah, seorang muslim harus yakin dengan kekuasaan
Allah Subhanahu wa Ta'ala.
"Yang diperlukan
hanyalah keyakinan kita yang mantap terhadap keagungan dan kekuasaan
Allah yang tulus saat melakukannya. Iaitu dengan membaca Basmalah ketika
masuk rumah atau menutup pintu, nescaya syaitan akan masuk dan
terhalang untuk masuk rumah kita, "terangnya.
Wallahu a'lam bissawab.
*sumber dari bersamadakwah.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan