Gambar sekedar hiasan sahaja.
Bahagian
pertama telah menggariskan 6 sifat unggul yang terdapat dalam diri para
sahabat Rasulullah s.a.w. yang membuatkan Allah ta'ala redha keatas
mereka sehingga mereka mendapat gelaran Radhi Allah anhu yang digunakan
dibelakang nama mereka.
Terdapat
begitu banyak sifat unggul dalam diri para sahabat r.anhum dan para
ulamak mengambil hanya 6 sifat untuk kita ikuti yang mana 6 perkara ini
bukanlah satu kefahamn agama yang baru tetapi dengan mengamalkan ke 6
enam perkara tersebut mudah-mudahan kefahaman agama dapat masuk kedalam
diri kita. In syaa Allah.
Sifat unggul yang pertama ialah keyakinan mereka kepada hakikat kalimah 'La illa ha ilallah, Muhammadar Rasulullah'.
Kalimah
'La illa ha illalah' bermaksud tiada lain tuhan selain Allah. Hanya
Allah yang berkuasa keatas setiap sesuatu. Tidak akan hujan walaupun
langit sudah mendung pekat kecuali dengan izin Allah. Tidak akan luka
sesuatu yang dipotong menggunakan pisau tanpa izin Allah walaupun pisau
atau pedang yang digunakan begitu tajam.
Allah
s.w.t. telah mencipta sebanyak 18,000 makhluk dan kesemua 18 ribu
makhluk tersebut takluk kepada kekuasaan Allah. Hanya Allah yang
berkuasa dan selain dari Allah kesemuanya adalah makhluk. Makhluk tidak
mempunyai kuasa tanpa izin Allah. Dengan keyakinan sebegini para sahabat
mencapai kemenangan demi kemenangan. Dan seharusnya pula kita mengambil
keyakinan seperti mereka untuk mencapai kemenangan didunia dan
diakhirat.
Cara
untuk kita menanam keyakinan tersebut dalam diri kita ialah banyakkan
bercakap tentang kebesaran Allah. Cakaplah bahawa Allah mengetahui
anjakan sebutir pasir dalam lautan yang gelap akibat kibasan ekor ikan
yang kecil, atau cakaplah Allah mendengar bunyi tapak kaki semut kecil
bewarna hitam diatas batu hitam didalam gua yang kelam hitam.
Allah
ta'ala boleh melakukan sesuatu perkara atau benda dengan ada asbab,
tanpa asbab atau menyalahi asbab. Allah ta'ala telah mencipta Nabi Isa
binti Mariam a.s. tanpa ayah. Allah ta'ala telah mencipta Nabi Adam a.s.
tanpa ibu dan tanpa ayah. Allah ta'ala telah memancarkan air dari
tengah-tengah padang pasir yang kering kontang yang sehingga sekarang
air dari telaha zam-zam itu masyur keserata dunia. Allah ta'ala telah
menjadikan api tidak takluk kepada Nabi Ibrahim a.s. sewaktu Namrud
laknatullah mencampakkan Baginda a.s. kedalam unggun api selama 40 hari
40 malam. Allah ta'ala telah menjadikan ketajaman pisau tidak
mendatangkan mudharat di leher Nabi Ismail a.s. ketika ayahnya Nabi
Ibrahim a.s. hendak menyembelih Nabi Ismail a.s.
Cakaplah
apa saja kebesaran Allah setiap hari kepada sesiapa sahaja. Jikalau
sudah tiada sesiapa yang hendak mendengar percakapan itu cakaplah dengan
makhluk-makhluk yang lain pula seperti kucing atau buah kelapa, kerana
dengan percakapan itu kita bukan bercakap untuk mereka yang akan
mendengar tetapi kita sebenarnya bercakap untuk kita sendiri mendengar
sebab mulut yang bercakap itu telinga kitalah yang paling hampir
dengannya. Lama kelamaan hakikat yakin dengan kalimah 'La illa ha
ilallah' dapat masuk dalam diri kita.
blog tok wan
Selain
dari bercakap tentang hakikat kalimah 'La illa ha ilallah' itu kita
juga kena dakwahkan kalimah tersebut. Barang siapa akhir kalamnya dapat
menyebut kalimah 'La illa ha ilallah' maka wajib syurga baginya,
begitulah sabdaan Nabi s.a.w.
Akhir
sekali untuk memantapkan keyakinan tersebut benar-benar masuk dan berada
dalam diri kita kita kena doa minta pada Allah ta'ala dalam solat
tahajut. Menangislah, merayulah kepada Allah supaya Allah campakkan
hakikat 'La illa ha ilallah' itu dalam diri kita.
Seterusnya
ialah 'Muhammadar Rasullullah' yang bermaksud Nabi Muhammad s.a.w. itu
adalah utusan Allah. Ini bermaksud bahawa hanya dengan cara Nabi s.a.w
yang akan membawa kejayaan di dunia dan akhirat. Selain daripada cara
Baginda s.a.w tidak membawa kejayaan. Ada tiga cara yang boleh kita ikut
yang pertama ialah Surah Baginda s.a.w., kedua Sirah Baginda s.a.w. dan
ketiga ialah Sarirah Baginda s.a.w.
Surah
ialah keterampilan Baginda s.a.w. Para sahabat mengambil surah ini
sehingga dalam perhimpunan ramai hampir kesemua mereka memiliki
keterampilan yang menyerupai Baginda s.a.w. sehingga sukar untuk
mengenali Rasulullah s.a.w. sendiri. Mereka meniru cara Rasulullah
s.a.w. Mereka pakai serban, simpan janggut sama seperti Rasulullah
s.a.w. mereka pakai celak disebelah malam, mereka bersugi setiap kali
berwuduk, mereka berpakaian jubah putih. Pendek kata apa yang Nabi
s.a.w. pakai itulah yang mereka pakai.
Sirah
pula adalah cara kehidupan Nabi s.a.w. dimana adakalanya Nabi s.a.w.
berlapar mereka juga berlapar. Apa yang Nabi s.a.w. makan itulah yang
mereka makan dan apa yang Nabi s.a.w. tinggalkan itulah juga yang mereka
tinggalkan.
Nabi
s.a.w. tidak pernah tinggalkan solat berjemaah, mereka juga ikut tidak
tinggalkan solat berjemaah. Nabi menunaikan solat-solat sunat mereka
juga lakukan perkara yang sama. Jadi kelihatannya mereka ini sama
seperti Nabi s.a.w.
Sarirah
pula ialah cara Nabi s.a.w. berfikir keatas umat. Nabi s.a.w. runsing
keadaan umat akhir zaman (kita inilah) mereka juga merisaukannya. Nabi
s.a.w. risau ada umat yang jauh di benua lain yang agama ini tidak
sampai kepada mereka, para sabahat r. anhum juga risau bimbang perkara
yang sama.
Inilah
perkara-perkara yang sepatutnya kita ikuti, kita juga harus fikir risau
dan bimbang bagaimana manusia tidak dapat datang kepada seruan agama dan
berikhtiar agar manusia dapat datang kepada semua perintah Allah ta'ala
yakni semua kaum lekaki solat berjemaah dimana azan dilaungkan,
anak-anak dapat ta'at kepada ibubapa dan kaum wanita menutup aurat
dengan sempurna.
Untuk
mendapatkan hakikat ini (Muhammadar Rasulullah) kita kena bercakap
mengenainya selalu kepada sesiapa yang kita kenal atau tidak dan jika
tiada sesiapa yang mahu mendengar bolehlah cakap pada kucing atau burung
kerana mereka juga makhluk agar percakapan kita itu masuk dalam diri
kita kerna kita yang paling banyak mendengar percakapan kita sendiri.
Dengan cara begini kita akan dapat meninggalkan percakapan yang sia-sia.
Kita juga mengharap agar akhir kalam kita dapat mengucapkan kalimah 'La
illa ha ilallah, Muhammadar Rasulullah'.
Nabi
s.a.w. bagitau pada zaman fahsha dan mungkar (zaman kerusakan umat)
barangsiapa dapat mengamalkan sunahku maka ganjarannya adalah 100 pahala
syahid. Untuk mendapatkan ini semua kita juga kena usaha dan sesudah
berusaha mintalah pada Allah dalam doa dengan menangis, menangis dengan
sesungguh hati minta Allah campakkan hakikat ini keddalam diri kita.
Sifat unggul yang kedua
yang ada dalam diri para sahabat r.anhum ialah hakikat solat khusuk dan
khudu'. Dimana kita membawa keta'atan dalam solat keluar solat. Jika
dalam solat pandangan kita tundukkan ketempat sujud begitu juga ketika
keluar dari solat hendaklah kita sentiasa menundukkan pandangan kita.
Kerana dengan cara ini kita dapat mendirikan solat yang lebih kyusuk dan
khudu' seperti yang para sahabat r.anhum lakukan.
Allah ta'ala memberi peluang bertemu denganNya sebanyak 5 kali dalam sehari. Waktu ini gunakanlah sungguh-sungguh untuk bertemu dengan Allah, tumpukan perhatian, hadirkan diri dan maknakan apa yang kita baca semasa solat. Buatlah seolah-olah kita nampak Allah ta'ala dan jika tidak mampu buatlah seolah-olah Allah s.w.t. sedang melihat kita yang sedang solat.
Allah ta'ala memberi peluang bertemu denganNya sebanyak 5 kali dalam sehari. Waktu ini gunakanlah sungguh-sungguh untuk bertemu dengan Allah, tumpukan perhatian, hadirkan diri dan maknakan apa yang kita baca semasa solat. Buatlah seolah-olah kita nampak Allah ta'ala dan jika tidak mampu buatlah seolah-olah Allah s.w.t. sedang melihat kita yang sedang solat.
Solatlah
diawal waktu dimana azan dilaungkan. Barang siapa dapat menjaga solatnya
dengan sempurna maka diberikan dua perkara kepadanya pertama diberikan
keberkatan rezeki untuknya dan dicabut sifat munafik darinya.
Barang
siapa dapat menjaga solatnya tanpa tertingal takbiratul ulla bersama
imam 40 hari berturut-turut maka mendapat 5 perkara. Pertama
dipermudahkan rezeki untuknya, kedua terlepas dari azab kubur, ketiga
menerima buku catatan amalnya dengan tangan kanan, keempat melintas
titian sirat sepantas kilat dan kelima masuk syurga tanpa hisab.
Hanya
dengan solat sunat 2 raka'at para sahabat dapat menyelesaikan masalah
mereka. Salah seorang sahabat dalam perjalanan perniagaan dari Madinah
ke Syam dengan kaldainya tiba-tiba di pertengahan jalan kaldainya mati.
Dengan menunaikan solat hajat 2 raka'at maka kaldainya hidup kembali.
Begitu
juga yang berlaku kepada seorang sahabat lain apabila tiada apa-apa
makanan dirumahnya dia telah pergi ke masjid untuk menunaikan solat
hajat kemudian kembali ke rumahnya lalu bertanyakan kepada isterinya
adakah apa-apa makanan untuk dimakan. Isterinya menjawab tiada apa-apa
untuk dimakan lalu dia kembali ke masjid solat hajat lagi kemudian
kembali kerumah bertanya kepada isterinya lagi lalu mendapat jawapan
yang sama kemudia kembali lagi kemasjid dan selepas 6 atau 7 kali maka
ketika dia kembali kerumahnya didapatinya batu pengisar gandum didalam
rumahnya berputar dengan sndirinya dan mengeluarkan gandum yang sudah
dikisar. Sahabat tersebut telah membuka pengisar tersebut untuk
mengesahkan bahawa apa yang dikisar oleh batu kisar itu adalah
benar-benar gandum lalu ketika itu batu kisar itu terhenti.
Kemudian
sahabat tersebut telah memaklumkan perkara tersebut kepada Rasulullah
s.a.w. lalu Rasulullah s.a.w. memberitahunya, 'Jika tidak dibuka penutup
kisar itu nescaya ia akan terus berkisar dan mengeluarkan gandum
sehingga dunia kiamat'.
Dengan
perantaraan solat yang benar-benar khusuk dan khudu' dapat menghubungkan
kita dengan Allah ta'ala dan mintalah kepada Allah apa-apa perkara yang
di inginkan atau di hajatkan kerana Allah ta'ala suka kepada mereka
yang bersegera kepadaNya dalam menghadapi masalah, janganlah sesudah
berputus asa dengan makhluk yang lain atau sudah cuba ikhtiar ketempat
lain menemui manusia atau makhluk yang lain dan sesudah itu baru hendak
menemui Allah ta'ala nescaya waktu itu Allah tidak suka dan Allah ta'ala
tidak memandang pun permintaan atau hajat kita itu keran Allah ta'ala
juga mempunyai sifat Ghoyur yakni cemburu. Jadi apabila ada masalah
bersegeralah menemui Allah, mintalah pada Allah, jangan meminta sesama
makhluk.
Untuk
mendapatkan hakikat solat khusuk dan khudu' ini kita kena usahakan, kena
dakwahkan kena cakap dan cakap lagi kepada orang lain, jikalau sudah
tiada orang lain yang mahu mendengarnya maka cakaplah dengan burung,
ayam atau angin, nescaya telinga kita lebih banyak mendengar percakapan
yang hak ini sebab telinga kita berada paling hampir dengan mulut kita
sendiri.
Selepas
itu jangan pula lupa berdoa dan meminta kepada Allah ta'ala, mintalah
agar hakikat solat khusuk dan khudu' iini Allah ta'ala campakkan kedalam
diri kita.
Untuk
sifat sahabat r.anhum yang ketiga yakni hakikat ilmu dan zikir akan kita
sambung minggu hadapan yakni 3hb April 2015 atau 13 Jamadil'akhir 1436
bersamaan ulang-tahun kelahiran Tok yang ke 62 mengikut kalendar islam.
La haula wala quwwata illa billah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan