Khamis, 5 Mac 2015

Perkara Yang Tidak Pernah Diberitahu Apabila Menjadi Ibu

Sudah setahun menjadi ibu kepada seorang anak perempuan maka setahunlah sudah saya menjadi SAHM (stay at home mom). Sebab itulah saya membuat keputusan untuk membuat blog ini. Sepanjang setahun ni macam-macam pengalaman juga saya timba. Tak sangka akhirnya saya menjadi seorang ibu. Lebih memeranjatkan apabila saya sendiri membuat keputusan untuk berhenti kerja. Hajat di hati nak 4 orang anak. Tapi yang seorang ini pun saya dah pening kepala. Mungkin saya bukan dalam kategori -> ibu yang boleh membela 10 orang anak. Macam dalam iklan tu….

Ok ok cukuplah cerita pasal saya. Sebenarnya saya nak bercerita tentang perkara-perkara yang tak ada sesiapa bagitahu setelah menjadi ibu untuk pertama kalinya. Tapi jangan risau, kebanyakannya akan hilang selepas anda sudah menjadi hustler.




 

1. Apabila anda mendapati anda hafal kebanyakan lagu dalam channel Youtube Sesame Street. Dan anda menyanyi lagu kanak-kanak ketika mandi atau memasak di dapur. Ini lagu favourite saya.



2. Anak anda akan terjaga di tengah-tengah malam dan mengajak anda untuk bermain sedangkan anda baru sahaja mahu melelapkan mata.
baby-not-sleeping

3. Selamat tinggal rumah yang bersih dan kemas…

tired-mom-funny-7610

4. Kucing anda akan di turunkan taraf.

sad-cat

5. Anda akan menyesal kerana mengumpat ibu bapa yang tidak dapat mengawal anak mereka ketika di dalam kapal terbang.

Baby-on-plane-baby

6. Di mata anda anak andalah yang paling comel sekali walaupun dia kentut yang paling kuat sekali yang pernah anda dengar.

cutest-baby

7. Apabila anak anda sedang tidur, anda akan menjadi ninja untuk menyiapkan segala kerja rumah.

been-there-done-that

8. Apabila anak anda terjatuh dan menangis. Perasaan bersalah tu tuhan sahaja yang tahu…..

falling-baby

9. Percutian bagi anda adalah sangat subjektif.

cuti-ibu

10. Setiap kali anda ingin keluar membawa si kecil walaupun hanya untuk makan tengahari macam nak pergi bercuti 2 hari 3 malam.

airport
 www.lovebaby.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...