Jika
anda salah seorang daripada 700 juta pengguna WhatsApp, kami cadangkan
anda menukar beberapa fungsi yang kami nyatakan di bawah dengan serta
merta untuk menghindarkan diri daripada terkena masalah di masa hadapan.
Incoming Media
Salah satu fungsi default yang paling menjengkelkan semua pengguna
WhatsApp dimana setiap gambar dan video akan disimpan secara automatik
ke dalam photo album ataupun Camera Roll. Mungkin sesetengah anda suka
menyimpan gambar, tapi bagaimana jika anda masuk kedalam group WhatsApp
yang ‘gila’ selfie? mahukah anda menyimpan 1000 gambar selfie rakan
anda.
Fungsi ini boleh dimatikan melalui “setting menu”, seterusnya tekan
“Chat Settings” dan tetapkan pilihan “Save Incoming Media” kepada Off
Message Previews
Fungsi ini akan menjadikan pesanan mesej yang anda terima sebagai
push notification. Pasti malu jika rakan anda membaca pesanan manja
anda. Untuk mematikan fungsi ini, pergi ke “Settings,” pilih
“Notifications” dan tetapkan “Show Preview” kepada off. Sekarang anda
hanya akan mendapat notifikasi yang mengatakan, “Message from razak” dan
bukannya pesanan mesej sebenar.
Share Your Location
Hanya menggunakan WhatsApp, anda boleh kongsikan kedudukan terkini
kepada sesiapa sahaja dengan semudah menekan paparan skrin. Tetapi untuk
mengunakan fungsi ini, pertama-sekali anda perlu memberi kebenaran
kepada WhatsApp mengakses data lokasi anda.
Masuk ke mana-mana chat dan tekan ikon anak panah di sebelah kiri
kotak teks. Pilih “Share Location” dan tekan “Allow” apabila notifikasi
seperti gambar di bawah terpapar.
Last Seen
Ini juga salah satu fungsi default yang tidak best. Untuk matikan
fungsi ini, pergi “Settings” tekan “Account” > “Privacy” > “Last
Seen.” di sini anda boleh ubah untuk menghalang beberapa orang daripada
melihat “Last Seen” ataupun kesemuanya contact. Perlu diingatkan, anda
tidak akan dapat melihat “Last Seen” orang lain jika mematikan fungsi
ini.
Automatic Backup
Facebook boleh back up semua pesanan mesej anda secara automatik.
Pergi“Settings” > “Chat Settings” > “Chat Backup.” dari situ anda
boleh memilih “Auto Backup” di akaun iCloud secara harian, mingguan
ataupun bulanan.
mummynemo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan