Ahad, 15 Mac 2015

Pesawat Terhempas Dan Meletup Di LIMA Langkawi

Dua pesawat pasukan aerobatik Jupiter dari Indonesia dilaporkan terhempas ketika melakukan latihan sempena Pameran Maritim Dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima) 2015 di Langkawi, Ahad.

Dalam insiden pukul 2 petang itu, dua pesawat jenis KAI KT-1B Woongbi bertembung antara satu sama lain sebelum terhempas.

Kepulan asap dapat dilihat di lokasi kejadian dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Nasib dua juruterbang tidak diketahui dan pasukan mencari dan menyelamat bergegas ke tempat kejadian.
Difahamkan semua latihan dan pertunjukan udara dihentikan serta-merta bagi membolehkan pasukan mencari dan menyelamat melakukan pencarian ke atas juruterbang yang hilang.


 
 
 
 


http://bloglist-malaysia.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...