Ahad, 6 November 2011

Budak 3 tahun ini Tinggal Dua Hari Bersama Ibunya yang Sudah Meninggal Dunia

      Seorang budak perempuan berusia tiga tahun tinggal berseorangan selama dua hari selepas kematian mendadak ibunya di rumah mereka di New Zealand.Shylah Silbery, mencari sendiri makanan di dalam peti sejuk dengan memakan keju, sisa lasagna, susu dan hanya ditemani boneka beruang Teddy Bear setelah ibunya, Lauren Silbery yang berusia 28 tahun, meninggal dunia.

Perhubungan terakhir keluarga dengan Lauren Silbary pada 19 Oktober yang lalu. Dua hari kemudian, kerana tiada khabar berita, membuatkan keluarga bimbang akan keadaan Silbery dan anaknya. Mereka menghubungi jiran Lauren untuk mengetahui keadaan sebenar. Tetangga yang memeriksa keadaan rumah, hanya boleh melihat Shylah tanpa kewujudan Lauren.

Polis yang datang memujuk Shylah untuk mengheret meja kopi ke depan pintu supaya boleh mengambil kunci dan membuka kunci pintu. Kepada polis, Shylah hanya berkata, “Mama tidak mahu bangun.”
Shylah dibawa ke rumah sakit untuk mendapatkan rawatan selama beberapa hari. Sekalipun menderita dehidrasi dan lampin bayi yang lama tidak diganti, keadaan sylah dilaporkan tidak membimbangkan. bestoneoffour.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...