ALOR SETAR – Setiap insan di atas muka bumi ini, Allah berikan nikmat yang besar dan nikmat tersebut hendaklah digunakan untuk perkara yang bermanfaat agar nikmat tersebut dapat membantunya di akhirat nanti.
Mufti Negeri Kedah, Dato' Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, antara nikmat yang Allah beri adalah nikmat ilmu. Semasa baru dilahirkan, setiap manusia tidak mempunyai sebarang ilmu dan ianya bermakna semua manusia adalah jahil pada asalnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Penyerahan Lembu Korban di Stadium Suka Menanti.
“Ilmu merupakan suatu nikmat jika kita manfaatkannya dengan baik. Antaranya adalah apa sahaja ilmu yang bermanfaat yang kita ada, kita perlu sampaikan kepada orang lain, maka selepas kita mati kita masih mendapat ganjaran pahala.
“Yang keduanya nikmat harta. Jika kita pandai mengurus harta seperti bersedekah maka ianya dapat menolong kita semasa di dalam kubur. Pastikan harta yang kita ada dapat menolong kita selepas kita mati. Jika hendak dibandingkan pahala baca Al-Quran dan solat sunat dengan ibadah korban, maka pahala ibadah korban lebih tinggi,” terangnya.
Tambahnya lagi, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Untuk masuk syurga setiap manusia perlu berusaha dan tidak boleh malas.
“Yang seterusnya adalah nikmat keluarga. Didiklah anak-anak kita menjadi anak yang soleh, jika kita bijak dalam mendidik mereka, maka selepas mati pun kita masih mendapat pahala.
“Jika anak-anak ni tidak dididik dengan baik, maka sebelum kita mati pun ianya sudah menyusahkan kita. Dan anak yang baik akan berdoa untuk kedua ibubapanya. Oleh itu, setiap manusia janganlah membiarkan masa berlalu tanpa faedah kerana mati tidak akan menuggu sehingga tua, dan mati juga tidak akan menunggu sehingga sakit,” ujarnya.
Jika sesorang yang melakukan korban inginkan pahala yang lebih maka perlulah ia memberikan korban tersebut kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.
“Selain itu, jika kita ada niat untuk melakukan kebaikan, maka kita boleh simpan wang yang ada sejak awal tahun lagi, apabila tiba hari raya korban kita boleh menggunakan wang simpanan tersebut untuk melakukan ibadah korban.
“Kita sanggup menyimpan wang untuk kegunaan selepas pencen tetapi tidak ada simpanan untuk digunakan selepas mati. Apa yang kita ada hari ini, akan hilang nikmatnya selepas mati,” ujarnya.
Sementara itu, dalam majlis tersebut Kerajaan Negeri Kedah dan anak-anak syarikat kerajaan negeri menyumbangkan lembu kepada Pegawai-Pegawai Agama Daerah sebanyak 22 ekor,
Jabatan Persekutuan (42), ADUN (90), Ahli Parlimen (24), Mualaf (2), Mudir (12), Jabatan Negeri dan Persatuan KCS (88) serta Pentadbir Tanah Daerah (5).
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran, dan Koperasi YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul yang mewakili Menteri Besar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan