Khamis, 10 November 2011

INILAH ANTARA BURUNG YANG PALING JARANG DITEMUI DI DUNIA!


Sejenis burung kakak tua yang dipercayai telah pupus sebelum ini berjaya ditemui semula di sebuah pulau terpencil di Indonesia, kata sekumpulan penyelidik.

Kumpulan Pemuliharaan Kakak Tua Indonesia berkata, spesies kakak tua Abbot jambul kuning itu ditemui di kepulauan Masalembu, sekitar perairan Pulau Jawa.
“Kami teruja apabila menemui burung-burung itu di kawasan penduduk di pulau Masakambing,” kata penyelidik, Dudi Nandika.
Menurutnya, kumpulan burung yang ditemui itu terdiri daripada sepasang burung jantan dan betina bersama-sama dua ekor anak burung.
Di sebalik penemuan itu, kakak tua Abbot jambul kuning atau nama saintifiknya, Cacatua sulphurea abbotti, merupakan spesies burung paling jarang ditemui di dunia, katanya.
Seorang lagi penyelidik kumpulan tersebut, Dwi Agustina berkata, kali terakhir kakak tua jambul kuning ditemui ialah pada tahun 1999 apabila beberapa saintis memerhatikan sekumpulan lima ekor burung itu.
Sebelum ini penyelidik-penyelidik menganggap bilangan kakak tua itu terlalu sedikit untuk mereka membiak menyebabkan spesies itu mengalami kepupusan.
duniajunko

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...