Khamis, 10 November 2011

SEEKOR UNTA BETINA BERHARGA RM8.6 JUTA! Berkicau!

Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashed al-Maktoum membeli seekor unta betina yang berharga AS$2.72 juta (RM8.67 juta), kata penganjur pertandingan ratu cantik unta di Abu Dhabi.

Seorang pegawai penganjur, Hamad bin Kardoum al-Amiri berkata, Sheikh Hamdan membeli beberapa ekor unta dengan harganya berjumlah AS$4.49 juta (RM14.32 juta) termasuk seekor unta betina pada harga AS$2.72 juta (RM8.67 juta).
Hamad membuat kenyataan tersebut sebagai mengulas pertandingan ratu cantik unta yang berlangsung selama sembilan hari bermula Rabu lalu di Abu Dhabi.
Lebih 10,000 ekor unta dari seluruh negara dipertandingkan bagi merebut hadiah berjumlah AS$9.5 juta (RM30.29 juta).
Pertandingan itu merupakan sebahagian daripada festival unta di Abu Dhabi yang bertujuan untuk meraikan dan mengekalkan warisan budaya negara tersebut.
duniajunko

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...