Jumaat, 11 November 2011

Kakitangan awam di Kedah mungkin perlu ditambah, kurang tidak sama sekali

                            



ALOR SETAR, 9 November - Pemerintah Kedah tidak pernah terfikir untuk kurangkan penjawat awam berikutan rakyat bertambah dan kakitangan diperlukan dalam pentadbiran sebagai khidmat pelanggan, kata Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak  selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan wartawan berhubung kononnya pandangan peribadi seorang pemimpin DAP bahawa penjawat awam perlu dikurangkan.

Bahkan, katanya, sekiranya  Perdana Menteri menambah gaji penjawab awam, Kedah juga akan berbuat begitu. Sebaliknya jika pucuk pimpinan pusat setuju untuk mengurangkan penjawat awam Kedah tidak akan berbuat demikian.

Beliau berkata demikian dengan alasan, pentadbiran Kedah akan menambah penjawat awam berdasarkan keperluan bagi melicinkan pentadbiran.

“Kita perlu penjawat awam untuk tujuan nak mentadbir . Berdasar kepada keperluan. Hari ini kita nampak  rakyat Kedah bertambah. Masa  saya mula jadi MB rakyat Kedah  1.8 hingga 1.9 juta saja. Hari ini naik jadi 2.1 juta. Tahun depan naik lagi. Tahun depan dia naik lagi. Rakyat akan jadi banyak. Bila rakyat banyak dia perlu kepada kakitangan yang banyak untuk pentadtabiran. Itu pada pandangan sayalah. Tapi kalau ada pandangan lain dia  fikir dari sudut lain saya tak tahulah,” katanya. 

Walau bagaimanapun keperluan kepada penambahan kakitangan awam bergantung kepada faedah maksimum dengan tenaga kerja. 

“Kita nak mengambil faedah yang maksimum dengan tenaga  yang ada bukan tujuan yang lain. Kita tidak mahu  ada kakitangan yang ramai tapi tak digunakan sepenuhnya,” katanya.

Beliau yakin dengan  keperluan penjawat awam berdasarkan bilangan rakyat bertambah dan  peningkatan pembangunan. Ini kerana rakyat adalah  pelanggan kepada kerajaan.

Untuk itu kerajaan perlulah meningkatkan prestasi kecekapan  para pegawai  dalam mentadbir.
Beliau memberi contoh perbandingan sebuah sekolah yang mempunyai 2000 pelajar dengan 100 guru dengan sekolah pelajarnya berjumlah 500 dengan 100 guru.

“Kita tengok kedaaan nisbah dan keperluan kecuali kalau ada pihak yang mengatakan tak perlu. Itu cerita lainlah. Tengok  apa kajian dia. Saya bagi rasionallah bab sayalah. Kita tak pernah fikir nak kurang kakitangan awam di Kedah,” katanya.   

wartakedah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...