Jumaat, 18 November 2011

Keluarga Misteri Yang Bergerak Secara Merangkak

banner family walks Keluarga Misteri Berjalan Merangkak
Begitu mudah mengenali lima bersaudara dari Turki ini. Mereka selalu berjalan merangkak. Bukannya dengan lutut, tetapi dengan dua tapak kaki dan dua tapak tangan. Seolah-olah manusia purba.
Mereka menjadi perhatian dunia selepas rangkaian televisyen BBC menayangkan filem dokumentari bertajuk ‘The Family That Walks On All Fours’ lima tahun lalu. Filem ini juga memperlihatkan cara mereka hidup dalam kelompok masyarakat moden.
Mereka menghabiskan sebahagian besar hidup dengan duduk di tingkat luar rumah mereka yang terletak di sebuah desa terpencil. Namun, satu saudara mereka telah melakukan perjalanan keluar desa dan terlibat interaksi dengan orang moden.
2 9 Keluarga Misteri Berjalan Merangkak
Semasa filem dokumentari tersebut ditayangkan, lima saudara kandung itu berusia 18 sehingga 34 tahun. Mereka yang merupakan keturunan Kurdi, suku pedalaman di Turki, terlihat begitu senang bergerak dengan dua tapak tangan dan tapak kakinya. Sementara wajahnya mendongak menghadap ke depan.
Mereka tak boleh berdiri tegak dengan dua kaki. Semasa dipaksa, mereka akan berdiri dengan kedudukan lutut membengkok dan kepala mendongak. Dua wanita dan satu laki-laki dari lima bersaudara itu sama sekali tidak boleh berjalan dengan dua kaki. Sementara dua yang lain masih boleh berjalan dengan dua kaki namun terhuyung-hayang.
Meskipun kelihatan aneh, kewujudan keluarga ini memberi sumbangan terhadap kajian mengenai evolusi manusia daripada berjalan merangkak hingga berjalan dengan tegak. Para pengkaji percaya bahawa keadaan mereka boleh memberikan penjelasan berbeza dan lebih detail daripada teori-teori sebelumnya yang berkaitan dengan evolusi manuisia.
Hasil kajian menunjukkan, wujudnya kelainan genetik yang membuatkan mereka berjalan merangkak. Hal ini dapat memberikan maklumat berharga mengenai bagaimana manusia berubah dan manusia purba dengan empat kaki berkembang menjadi manusia dengan dua kaki.
1 10 Keluarga Misteri Berjalan Merangkak
“Perkara ini sungguh menakjubkan sebagai contoh perbezaan yang menunjukkan perkembangan manusia. Tapi, tujuan mereka hidup adalah bagaimana dapat meneruskan hidup di dunia moden,” ujar Profesor Nicholas Humphrey, psikologi evolusi di London School of Economics, seperti dipetik dari Daily Mail.
Profesor yang telah melawat keluarga ini dua kali mengatakan bahawa lima bersaudara itu mempunyai latar belakang mental. Ibu bapa mereka dikatakan memberikan kombinasi gen yang unik yang mengakibatkan keterbatasan tersebut.
Beberapa penyelidik berpendapat, kesalahan genetik telah mencetuskan perkembangan mereka terhadap manusia purba atau ‘kemunduran evolusi’. Sedangkan penyelidik lain percaya hal tersebut akibat kerosakan otak yang membolehkan proses berjalan tidak bekerja.
Mereka lebih memilih berjalan dengan tapak tangan mereka berbanding berjalan dengan menggunakan ruas-ruas tubuh mereka seperti gorila atau cimpanzi. Para penyelidik percaya, ini mungkin cara manusia purba berjalan melindungi jari-jari mereka dengan gerakan yang lebih halus.
Profesor Nicholas Humphrey mengatakan bahawa yang dilakukan oleh keluarga ini adalah kembali ke perilaku naluriah yang dikodkan jauh di dalam otak, dan tidak dihiraukan selama evolusi. “Saya tidak berfikir mereka ditakdirkan untuk menjadi haiwan berkaki empat, tetapi mereka mempunyai gen yang unik yang menjadikan mereka seperti ini,” ujarnya
itsmesaiful

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...