Selasa, 8 November 2011

MOTIVASI DIRI - 20 perkara jangan!

                                               
Selalunya sesetengah perkara yg jadi kebiasaan kita tu ada kesan yg memudaratkan, cuma kita sedar atau tak je. kan.?Hari ini mari kita motivasikan kan diri kita. ehehe. jom.. kita baca "20 perkara jangan", tak boleh, dilarang sama sekali dilakukan. :)


  1. jangan sengaja lewatkan solat. perbuatan ini Allah tak suka. kalau tertidur lain la cerita.
  2. jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). takt kalau2 terbawa keluar najis, kotor seluruh rumah kita.
  3. jangan makan && minum dalam bekas yg pecah atau sumbing. makruh krn ia membahayakan.
  4. jangan biarkan pinggan mangkuk yg tlh digunakan tidak berbasuh. makruh dan mewarisi kepapaan.
  5. jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (krn berpagi2 itu membuka pintu berkat.
  6. jangan makan tanpa baca bismillah nanti rezeki di kongsi syaitan.
  7. jangan keluar rumah tanpa niat utk membuat kebaikan, takut2 kita mati dlm perjalanan.
  8. jangan pakai sepatu atau selipar yg berlainan pasangan. makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. jangan biarkan mata liar di perjalanan. nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  10. jangan bergaul bebas ditempat kerja. banyak buruk dari baiknya.
  11. jangan bertangguh taubat bila berbuat dosa krn mati boleh datang pd bila2 masa.
  12. jangan ego utk meminta maaf pd ibubapa @ sesama manusia bila mmg kita yg bersalah.
  13. jangan mengumpat sesama rakan taulan. kelak rosak persahabatan, hilang rasa bahagia.
  14. jangan lupa bergantung kpd ALLAH dlm setiap kerja kita. nanti kita sombong bongkak bila berjaya, kalau gagal kecewa pula.
  15. jangan bakhil utk bersedekah. sedekah tu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  16. jangan banyak ketawa, nanti mati jiwa.
  17. jangan biasakan berbohong, krn ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih org pd kita.
  18. jangan suka menganiaya manusia @ haiwan krn doa org yg teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  19. jangan terlalu susah hati dgn urusan dunia. akhirat itu lebih utama dan hidup disana lebih lama dan kekal selamanya.
  20. jangan pertikaikan knp islam itu berkata JANGAN. sebab semuanya demi keselamatan dan kebaikan kita.
ALLAH lebih tahu apa yg terbaik utk CIPTAANNYA......
amalsecret21

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...