Khamis, 10 November 2011

Pesanan Penting Buat Bakal Isteri




isteri solehah
Pesanan isteri ‘Auf bin Muslim Ashaibani kepada puterinya yang bakal berkahwin dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah.

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan panduan bagi orang yang menggunakan akal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk wanita.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru.

Kerana itu, jadilah ‘hamba’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘hamba’ lelaki bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sifat-sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu:
  • Berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
  • Memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang tidak cantik daripadamu dan jangan sampai dia mencium bau yang busuk daripadamu.
  • Memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
  • Menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat kira-kira dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
  • Jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu mengengkari perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan selamat daripada pengkhianatannya.
  • Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia berseronok.
  • Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
  • Jadilah kamu orang yang selalu sekata dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan kehendaknya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kegembiraannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang tidak kamu senangi dan Allah pasti memberkatimu.”
rumahtangga bahagia
Wahai para isteri @ bakal isteri, hayati dan berusahalah sebaik mungkin untuk amalkan pesanan ini.Jika kamu dapat mengikuti semua pesanan ini, kebahagiaan pasti akan menjadi milikmu. InsyaAllah…
pakarhowto

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...