Isnin, 12 Disember 2011

4 tabiat manusia yang pelik tapi benar

Manusia sememangnya mempunyai keunikan mereka yang tersendiri dari segi penampilan, tingkahlaku dan juga tabiat mereka. Jadi apakah tabiat yang pelik manusia sering lakukan yang mungkin anda sendiri tidak sedar?

Kami pun sebenarnya tidak pasti mengapa perkara ini terjadi, tetapi ada sesetengah manusia dimuka bumi ini yang tidak kisah untuk memakai pakaian yang baru sahaja keluar dari tempat pengering. Mungkin disebabkan mereka gemar untuk memakai pakaian kegemaran mereka ataupun mereka tidak mempunyai pilihan baju yang banyak. Tabiat ini pelik bukan? tapi benar.

Tabiat ini pula adalah merupakan tabiat paling popular yang manusia sering lakukan dengan menghentak barangan elektronik yang gagal berfungsi dengan baik. Kami tidak pasti terhadap keberkesanan menggunakan cara ini, pasti anda lebih bijak untuk menilainya.

Ada sesetengah manusia yang obses terhadap bau-bauan. Mereka tidak kisah untuk menghidu bau-bauan yang mereka gemari walaupun berada di dalam situasi yang tidak bersesuaian.

Tabiat ini kebiasaannya tiada masalah untuk lelaki kerana mereka kebiasaannya hanya menyelitkan wang didalam poket seluar mereka. Tetapi masalah akan lebih besar terhadap wanita kerana lebih gemar untuk menyelit wang mereka di tempat yang kadang-kadang tidak boleh diduga oleh akal. Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah apabila mereka sendiri lupa dimana tempat mereka telah meletakkan wang tersebut.
.top5reason-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...