Bunga daphne juga dikenali dengan nama lady laurel atau tanaman syurga. Seluruh bahagian daripada bunga ini beracun, tapi bahagian yang paling beracun terdapat pada getah dan buahnya.Daphne mengandung mezerine dan daphnin, merupakan racun kuat yang akan menyebabkan sakit perut parah, sakit kepala, diarhea, kegilaan, dan sawan.
Jika buah daphne diguna secara berlebihan, akan menyebabkan koma malah boleh menyebabkan kematian.
6. Lyly Of The Valley
Apabila dimakan dalam jumlah sangat banyak, bunga ini boleh menyebabkan rasa sakit di mulut, muntah-muntah, kejang di seluruh tubuh, dan diare. Racun di bunga ini juga menyebabkan disfungsi jantung dan degup jantung yang lemah.
5. Belladona
Dikenali sebagai salah satu tumbuhan paling beracun di Barat Hemisphere, Belladona mengandung tropane alkoids yang berpotensi membahayakan. Seluruh bahagian tanaman ini berbahaya, tapi bahagian yang paling berbahaya adalah buahnya yang sepertinya sedap dimakan, tapi membahayakan anak-anak.Akibat daripada racun bunga ini adalah pupil mata membesar, penglihatan menjadi kabur, sakit kepala, berhalusinasi dan gila. Atropine racun yang terkandung di dalam bunga ini mengganggu sistem saraf menyebabkan gangguan pernafasan, berpeluh dan jantung berdegup dengan lebih cepat.
4. Angel's Trumpet
Jangan terkejut dengan namanya, tanaman ini mengandung racun yang sangat bahaya untuk manusia mahu pun haiwan. Bunga ini terkenal sebagai halusinogen yang sangat kuat kerana mengandungi zat tropane alkaloids.3. Rhododendron
Tanaman ini apabila musim berbunga kelihatan sangat indah sekali. Dalam sebuah rakaman, menceritakan tingkah laku yang aneh pada sejumlah kumpulan berbangsa Inggeris semasa memakan madu daripada bunga ini. Rhododendron mengandung andromedatoxin yang menyebabkan muntah, rasa sakit yang hebat, kejang-kejang hingga menyebabkan kematian.2. Oleander
Mangsa akan mengalami gejala kehilangan kesedaran, tubuh menggeletar, rasa sakit, koma, hingga kematian. Getahnya dapat menyebabkan iritasi kulit dan kekaburan pada mata.
1. Autumn Crocus
Bunga ini juga merupakan salah satu tumbuhan paling beracun di dunia, mungkin ini yang paling beracun. Mengandung colchicine, racun yang terkandung di dalam bunga ini sejenis dengan arsenik yang tidak ada ubatnya. Keracunan tanaman ini dapat menyebabkan penyakit jantung dan hilangnya tekanan darah.Oleh itu, janganlah kita makan bunga. Emak dah bagi makan nasi sedap-sedap pun masih lagi nak makan bunga. Apa kejadahnya makan bunga? Siti bunga, kindly please assist
abyrad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan