Ahad, 18 Disember 2011

Air terjun Kampung Setar perlu dipulihara

images/stories/Disember2011/ayaqterjun.jpgYAN - Pihak yang bertanggungjawab diminta memainkan peranan dalam usaha memulihara air terjun di Kampung Setar, di sini yang sebelum ini agak terpencil.

Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Setar, Azizan Abu berkata, air terjun itu sudah lama tidak dikunjungi dan selepas terdapat sedikit pembaharuan jalan masuk ke situ, baru orang ramai tahu mengenai kewujudan air terjun berkenaan.
“Air terjun ini merupakan salah satu air terjun yang menyumbang kepada air minuman kepada masyarakat kampung di sini,” ujarnya.
Menurutnya, sekiranya kawasan air terjun ini dibangunkan, ia berpotensi untuk dijadikan salah satu destinasi pelancongan di Daerah Yan.

“Saya meminta agar pihak yang bertanggungjawab mengambil perhatian terhadap kewujudan air terjun ini,” jelasnya.

Azizan memberitahu, air terjun itu terletak berhampiran dengan Pusat Tahfiz Al-Pityan dan Sekolah Kebangsaan Kampung Setar.

“Ketinggian air terjun ini ialah kira-kira 50 meter dan ia tetap dikunjungi oleh orang-orang tempatan dan masyarakat kampung di sini,” tambahnya.

WartaKedah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...