Sebenarnya, kat sini aku nak share beberapa tips penjagaan kura-kura memandangkan dah 3-4 orang request dan tanya. So, basically tips yang aku share ni adalah based on my own experience. Di tambah dengan pencarian maklumat daripada google dan pakar haiwan (pekerja Pet Wonderlan, Mid Valley).
1. MESTI RAJIN CUCI AIR
- Kura-kura ni, satu perangai dia kalau makan dia akan hambur keluar. Kira macam budak-budak lah makan comot-comot. Disebabkan tu, sisa makanan yang tertinggal akan menyebabkan air cepat sangat menjadi kotor dan jika terlalu lama akan membangkitkan bau yang kurang enak. Oleh tu, sapa-sapa nak bela kura-kura ni kena rajin cuci air dan bekas dia sekali. Serta boleh tahan bau busuk! Aku akan cuci bekas Kontot 2 hari sekali. Paling malas 4 hari sekali. Tapi nasiblah kalau muntah...
2. DARATAN & AIR
- Kura-kura haiwan 2 alam. Sapa tak tahu, nah buku sains darjah 3! Jadi, kura-kura memerlukan dua kawasan di tempatnya. Yang satu, part dia berendam, satu part dia berjemur. Aku gunakan potongan kayu kecil sebagai pelantar dia berjemur. Letakkan kat sudut akuarium dan satu part lagi aku penuhkan dengan air. Paras air pulak, mestilah sama atau kurang daripada pelantar yang korang sediakan tu. Kalau terlalu banyak air, kura-kura boleh lemas!
3. PENCAHAYAAN
- Memang kura-kura secara naturalnya suka tempat gelap, tapi kalau boleh seminggu sekali korang dedahkan kura-kura pada cahaya matahari. Ini adalah supaya warna cengkerangnya tetap kehijauan. Malahan cahaya matahari juga penting untuk kesihatan kura-kura supaya kekal aktif. Lagi satu, jangan letakkan kura-kura di tempat yang banyak nyamuk sebab kalau nyamuk hisap darah kura-kura, badan kura-kura akan ditumbuhi ketumbuhan dan boleh mengakibatkan kematian!
4. MAKANAN
- Makanan kura-kura adalah berbeza daripada makanan ikan. Jangan kau bantai je bagi! Kura-kura ada makanan khasnya yang mengandungi zat yang diperlukan. Cari makanan kura-kura yang mengandungi protein yang bawah 40% sebab kalau protein terlalu banyak, cengkerang kura-kura akan buruk dan kelihatan kusam. Malahan cari yang mengandungi D3 yang tinggi untuk bagi keras sikit cengkerangnya. Selain tu, korang semua jangan sekali kali gatal tangan nak bagi biskut lah, roti lah, snack lah pada kura-kura. Ini kerana, haiwan ini alah pada makanan proses tinggi (highly-processed-food) kerana akan menyebabkan cengkerangnya lemah dan boleh pecah! Kalau aku pulak, 2 minggu sekali aku akan bagi Kontot sayuran segar macam sawi, kangkung dan kobis. Ini adalah habitat asalnya!
5. CUCI CENGKERANG KURA-KURA
- Cengkerang kura-kura pun mestilah dicuci. Aku ada berus khas untuk gosok cengkerang Kontot. Lumut-lumut dan kotoran yang ada pada cengkerang perlu dibersihkan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Ini jugak adalah faktor untuk bagi air tahan bersih lebih lama.
6. INTERAKSI DENGAN KURA-KURA
- Melalui pemerhatian aku pada Kontot, kura-kura adalah haiwan yang boleh tahan bijak. Aku train Kontot dari kecik dengan goncangkan botol pellet makanan dia sebagai tanda waktu makan. Lama-lama dia dah tau. Once aku goncang, dia akan meronta-ronta nak mintak makan. Tapi kalau aku bunyikan benda lain yang hampir bunyinya, mampus dia tak layan! Jadi interaksi macam ni sangat bagus. Sebab kura-kura akan kenal kau. Dan merangsang kura-kura untuk aktif. Bukan lembap macam yang selalu kita bayangkan!
7. GUNAKAN WATER CONDITIONER @ ANTI KLORIN
- Untuk elakkan air cepat kotor, aku gunakan water conditioner atau anti klorin. Anti klorin ni boleh menghapuskan heavy metal dalam air paip dan meneutralkannya. Sangat penting ye penggunaan anti klorin @ water conditioner ni sebab kalau tak guna, cengkerang kura-kura tak lawa dan tak hijau lagi! Malahan lebih teruk, kura-kura boleh terkena jangkitan dengan badannya ditumbuhi bintik-bintik besar!
coklateyes
Kalau kecil2 pun boleh bagi sayur sayur jugak ke???
BalasPadam