Isnin, 19 Disember 2011

Ayat Al Quran penawar segala penyakit. Dimanakah rasionalnya?

Tentu anda pernah berkelah ditepi pantai atau di kawasan air terjun. Suasana yang nyaman memberi ketenangan dan keceriaan pada diri anda. Namun tanpa kita sedari, bunyi–bunyi semula jadi ini mempunyai kesan kepada kesihatan tubuh kita. Bunyi desiran pantai, bunyi air terjun, hembusan angin semuanya mempunyai seribu satu khasiat pada kesihatan tubuh kita.

Beberapa tahun lepas saya ada melawati sebuah perpustakaan di JB. Semasa mencari-cari buku tentang kesihatan, saya terjumpa sebuah buku perubatan China. Buku ini bertajuk The Six Healing Sound yang ditulis oleh Mantak Chia. Buku ini mendedahkan kajian orang cina dulu kala terhadap kesan bunyi kepada kesihatan tubuh kita. Menurut buku ini, bunyi-bunyi yang disebut dengan betul memberi kesan kepada organ di dalam tubuh kita.

Bunyi SHHHH dapat membantu perjalanan organ paru-paru berfungsi dengan baik. Bunyi HAAAW akan membantu jantung berfungsi dengan baik. Dan banyak lagi. Memang menarik membaca buku ini. Buku ini turut di jual di kedai buku online US www.amazon.com . Cubalah anda search perkataan Healing Sound di www.amazon.com

al quran

Di dalam Islam kita disuruh membaca Al quran dengan suara yang jelas. Bukannya di dalam hati. Dan kita disuruh membaca dengan betul. Kita diajar pelbagai hukum tajwid, hokum tanwin, Idgham dan bermacam lagi. Ini merupakan hokum-hukum bunyi supaya kita membaca ayat al quran dengan bunyi yang betul. Kenapa? Kerana terdapat seribu satu penawar kepada kesihatan tubuh kita.

Dan bunyi-bunyi dalam perubatan cina tadi terdapat di dalam ayat al guran. Seperti bunyi SHHH dan bunyi HAAW terdapat dalam ayat alquran jika dibaca dengan betul. Antaranya di dalam ayat BISMILLAH. Ayat-ayat Al Quran bila dibacakan dengan bunyi yang betul, ia memberi kesan positif kepada organ di dalam tubuh kita. Sebenarnya getaran bunyi mempunyai seribu satu rahsia terhadap kesihatan tubuh kita.

Disini, saya juga ingin berkongsi satu lagi info yang menarik. Bagaimana getaran bunyi memberi kesan kepada molekul-molekul cecair. Ini merupakan kajian saintifik dari seorang pakar air Jepun iaitu Dr Masaru Emoto. Dr Masaru Emoto mengkaji bentuk-bentuk molekul air mengunakan microskop khasnya. Dan ia mendapati molekul-molekul air ini berubah bentuk apabila getaran bunyi ditujukan padanya.

Dr Masaru Emoto ada membuat seminar di Malaysia di Hotel Istana. Di dalam seminarnya, Dr Masaru Emoto meminta para hadirin mengucapkan perkataan yang baik kepada air mineral. Kemudian air itu di lihat pada microskop. Kelihatan struktur molekul air mineral itu kelihatan amat cantik. Dan kemudian para hadirin disuruh mengucapkan perkataan yang buruk atau kesat pada air mineral. Dan molekul air itu kelihatan amat buruk seperti sel-sel barah. Kebetulan ada seorang Ustaz di dalam seminar itu dan membacakan Ayat Alquran kepada air mineral itu. Dan apabila dilihat di microskop khasnya, molekul cecair itu kelihatan lebih bercahaya dan bersinar-sinar.


Dr Masaru Emoto Water

Inilah khasiat ayat Al Quran jika dibaca dengan betul. Getaran bunyinya mempunyai kesan yang sangat baik kepada cecair. Tentunya menjadikan cecair atau air tersebut lebih berkhasiat. Dan tahukah anda, tubuh anda dipenuhi dengan cecair iaitu darah. Sudah pasti, dengan membaca ayat alquran mampu memberi kesihatan tubuh yang lebih baik. Dalam Islam, kita juga disuruh membaca Bismillah sebelum minum air atau makan. 

Inilah khasiatnya yang kita tidak pernah diberitahu.

Cubalah anda mendengar ayat alquran di PC anda. Anda akan lihat perbezaan yang ketara pada diri anda. Walaubagaimanapun cara yang terbaik ialah membaca sendiri ayat Al Quran. Amat besar pahalanya. Semoga artikel ini bermanfaat.

hairul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...