Jumaat, 16 Disember 2011

KELEBIHAN SHALAWAT NARIYAH


"Allahumma solli sollatan kaamilatan wasallim salaman. Taman 'ala sayyidina Muhammadinnilladzi tanhallu bihil 'uqodu wa tanfariju bihil kurobu. Wa tuqdhobihil hawa iju wa tunna lu bihirrokho 'ibu wa husnul khowatim wa yustaqol ghomamu biwaj hihil kariim wa 'ala aalihi washosbihi fii kulli lamhatin wa nafasim bi'adadi kulli ma'luu mi laka... ya robbal 'aalamiin"

Artinya:

"Ya Allah Tuhan Kami, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan yang sempurna atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW. Semoga terurai dengan berkahnya segala macam buhulan dilepaskan dari segala kesusahan, ditunaikan segala macam hajat, tercapai segala keinginan dan khusnul khotimah, dicurahkan rahmat dengan berkah pribadinya yang mulia. Kesejahteraan dan keselamatan yang sempurnah itu semoga Engkau limpahkan juga kepada para keluarga dan sahabatnya setiap kedipan mata dan hembusan nafas, bahkan sebanyak pengetahuan Engkau, Ya Tuhan semesta alam"

Shalawat Nariyah adalah sebuah shalawat yang disusun oleh Sheikh yang satu ini hidup pada zaman Nabi Muhammad SAW sehingga termasuk salah satu sahabat Nabi SAW. Beliau lebih menumpu bidang ketauhidan. Shikh Nariyah selalu melihat kerja keras nabi dalam menyampaikan wahyu Allah, mengajarkan tentang Islam, amal saleh dan akhlaqul karimah sehingga sheikh Nariyah selalu berdoa kepada Allah SWT memohon keselamatan dan kesejahteraan untuk Nabi SAW. Doa-doa yang menyertakan nabi biasa disebut shalawat dan sheikh Nariyah adalah salah satu penyusun shalawat nabi yang disebut Shalawat Nariyah.

Suatu malam sheikh Nariyah membaca shalawatnya sebanyak 4444 kali. Setelah membacanya, beliau mendapat karomah dari Allah SWT. Maka dalam suatu majlis beliau mendekati Nabi Muhammad SAW dan minta dimasukan syurga pertama kali bersama nabi. Dan Nabi pun mengiyakan. Ada seseorang sahabat yang cemburu dan lantas minta didoakan yang sama seperti sheikh Nariyah. Namun nabi mengatakan tidak boleh kerana sheikh Nariyah sudah minta terlebih dahulu.

Mengapa sahabat itu ditolak Nabi SAW? dan justeru syekh nariyah yang boleh? Para sahabat itu tidak mengetahui mengenai amalan yang setiap malam diamalkan oleh sheikh Nariyah yaitu mendoakan keselamatan dan kesejahteraan nabinya. Orang yang mendoakan Nabi Muhammad SAW pada hakikatnya adalah mendoakan untuk dirinya sendiri kerana Allah SWT sudah menjamin nabi-nabiNya sehingga doa itu akan berbalik kepada si pengamalnya dengan keberkatan yang sangat kuat.

Jadi nabi berpesan sebagai wasilah yang boleh melancarkan doa umat yang bershalawat kepadanya. Inilah salah satu rahasia doa dan shalawat yang tidak banyak orang tahu sehingga banyak yang bertanya kenapa Nabi SAW malah didoakan umatnya? untuk itulah jika kita berdoa kepada Allah SWT jangan lupa terlebih dahulu bershalawat kepada Nabi SAW kerana doa kita akan lebih terkabul daripada tidak berwasilah melalui bershalawat.

Inilah riwayat singkat Shalawat Nariyah. Hingga kini banyak orang yang mengamalkan shalawat ini, tak lain kerana mengikut yang dilakukan sheikh Nariyah. Dan ada baiknya shalawat ini dibaca 4444 kali kerana Sheikh Nariyah memperolehi karomah setelah membaca 4444 kali. Jadi jumlah amalan itu tak lebih dari itba' (mengikuti) ajaran sheikh Nariyah.

Agar bermanfaat, membacanya harus disertai keyakinan yang kuat, sebab Allah  SWT itu berada dalam prasangka hambanya. Inilah pentingnya punya pemikiran yang positif agar doa kita pun terkabul. Meski kita berdoa tapi tidak yakin (fikiran negatif) maka boleh dipastikan doanya tertolak.

fadhilat shalawat Nariyah

Beberapa manfaat dari Shalawat Nariyah antara lain:

1. Jika mendapat kesusahan kerana kehilangan barang, hendaknya membaca shalawat ini sebanyak 4444 kali. InsyaAllah barang yang hilang akan cepat kembali. Jika barang tersebut dicuri orang dan tidak dikembalikan, maka pencuri tersebut akan mengalami musibah dengan kehendak Allah swt. Setelah membaca Shalawat ini hendaknya membaca do’a sebagai berikut (boleh dibaca dengan bahasa Melayu): 

“Ya Allah, dengan berkat Shalawat Nariyah ini, akua mohon Engkau kembalikan barang aku”. Doa ini dibaca 11 kali dengan hati yang penuh harap dan bersungguh-sungguh.

2. Untuk melancarkan rezeki, memudahkan tercapainya hajat yang besar, menjauhkan dari gangguan jahat, baca shalawat ini sebanyak 444 kali, boleh dibaca sendiri atau berjamaah.

3. Untuk menghilangkan segala macam kesusahan, memudahkan pekerjaan, menerangkan hati, meluhurkan pangkat, memperbaiki budi pekerti, menghindarkan malapetaka dan perbuatan buruk, baca shalawat ini sebanyak 40 kali setiap hari.

4. Jika dibaca 21 kali setelah solat maghrib dan subuh akan terjaga dari musibah dan malapetaka apapun.

5. Jika dibaca 11 kali setiap selesai solat 5 waktu akan terjaga dari bala’ ( kerusakan) lahir batin.

Sheikh Sanusi berpesan: “Barangsiapa secara rutin membaca shalawat ini setiap hari sebanyak 11 kali maka Allah swt akan menurunkan rezekinya dari langit dan mengeluarkannya dari bumi serta mengikutinya dari belakang meski tidak dikehendakinya

Wasallam.

RESEPIRAHSIAKU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...