InsyaAllah, jika keadaan cuaca mengizinkan rakyat Malaysia akan berpeluang untuk menyaksikan satu fenomena alam yang begitu indah dan dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai pada malam 10 Disember 2011. Fasa gerhana bulan ini akan bermula pada jam kira-kira 7.33 malam dengan keadaan bulan yang beredar dengan had laju relatif 1,800 kilometer sejam.
Manakala bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit. Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (gerhana bulan penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Waktu bagi solat gerhana bulan bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai. Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau mana-mana tempat yang biasa melukan solat berjemaah.
Lafaz niat untuk gerhana bulan adalah seperti di bawah :
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
Cara-cara solat sunat gerhana:
Rakaat pertama
- Niat solat Gerhana, Takbir
- Baca Surah Al-Fatihah dan surah
- Rukuk
- I’tidal
- Baca Al-Fatihah dan surah
- Rukuk.
- I’tidal.
- Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
- Niat solat Gerhana, Takbir.
- Baca Al-Fatihah dan surah.
- Rukuk.
- I’tidal,
- Baca Al-Fatihah dan surah.
- Rukuk.
- I’tidal.
- Sujud
- Tahiyyat Akhir -ziefauzi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan