Khamis, 22 Disember 2011

Pelakon lama, Lydiawati kini bertudung!

22/12/2011
Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon, dia memakai tudung bagi menutup aurat dan bukannya kerana terikut-ikut dengan fesyen semasa. Bagi pelakon drama dan filem yang popular pada tahun 1980-an ini dan kini, berfesyen dalam bertudung adalah perkara kedua.

"Apa yang penting ialah niat kita bertudung kerana memenuhi tuntutan ajaran Islam dan bukannya kerana mahu berfesyen. Bagi saya, bertudung bukannya kerana dipaksa dan terpaksa atau mengikut trend, tetapi ia lahir daripada hati dan kesedaran si pemakai itu sendiri.

"Saya bertudung kerana ia datangnya daripada hati dan kesedaran sendiri. Tidak timbul soal berfesyen kerana sewaktu saya mula-mula memakai tudung tujuh tahun lalu, ketika itu belum ada fesyen tudung seperti yang dipakai oleh Wardina atau Yuna.

"Sebab itu, saya anggap bertudung bukan sahaja wajib bagi setiap wanita agar menutup aurat kerana mematuhi ajaran Islam tetapi pada masa sama, mereka juga berdepan dengan pelbagai cabaran. Antaranya wajib menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh Islam. 

izyan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...