Khamis, 22 Disember 2011

Resepi Nasi Ayam

22/12/2011
Resepi Nasi Ayam ni special sebab resepi dari mak saya..wahh sedap gitu..memang sedap.Jadi kalau tak tau nak makan apa tengahari ini boleh cuba resepi ini. Nasi ayam ni..kalau buat biasanya kat rumah makan dari pagi sampai malam tau..yerlah dah sedap, makan 2-3 hari pun boleh kan..hehe.. resepi nasi ayam kali ni berbeza sikit sebab ianya ketimuran sikitlah..maklumlah nama pun resepi mak saya..
Ok ni resepi nasi ayam special mak saya:
Bahan-bahan:
Bahan A (utama) – dikisar
  • 2/3 labu bawang putih
  • 2 biji halia
  • garam kasar secukupnya
Untuk rebus ayam
  • 1 ekor ayam dipotong (biasanya potong besar-besar atau 1 ekor dibahagi 4)
  • kicap manis
Untuk nasi
  • 3cwn beras atau secukupnya
  • sedikit beras wangi (optional)
  • 3 sudu besar mentega (planta lagi best)
  • 1 sudu besar bawang merah kisar
  • bunga cengkih
  • kayu manis
  • sedikit minyak
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/2 air rebusan ayam tadi secukupnya
  • sedikit garam.
  • 1 batang serai
Untuk sambal atau sos
  • 5 biji cili merah/ lada hidup (besar)
  • 2-3 biji cili api
  • 1 biji tomato
  • 1/2 sudu teh garam dan gula
  • Perahan limau nipis (4 biji)
  • 2 sudu cuka
Untuk sup
  • lebihan air rebusan ayam
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 sudu besar bawang besar kisar
  • rempah sup
  • 2 sudu perencah sup
  • sedikit perasa (ajinomoto)
  • garam
Untuk kicap special
  • kicap manis cap kipas udang (cap lain tak pasti sedap atau tak)
  • gula
  • cili api (jangan banyak takut pedas)
Untuk Salad:
  • daun salad
  • buah tomato
  • timun

Cara-cara masak nasi ayam:


Untuk ayam:
Ayam diperap dengan 1/4 Bahan A sekejap. Tambah air dan rebus sehingga masak. Air rebusan ini di bahagi 2 (1 untuk nasi dan 1 untuk sup).
Keluarkan ayam dan perap lagi dengan Bahan A tambah kicap. Biarkan beberapa minit.


Untuk Nasi:
Masukkan mentega (Planta), minyak, bunga cengkih, 1 batang kayu manis, bawang merah kisar dan 1/4 Bahan A ke dalam periuk nasi..tumiskan sehingga goreng.
Basuh beras (beras biasa+beras wangi dan sejat sekejap.
Masukkan beras ke dalam periuk nasi tadi beserta bahan-bahan yang telah ditumis tadi. Goreng sekejap.
Masukkan air rebusan ayam tadi seperti nak masak nasi biasa.
Masukkan 1 sudu besar susu pekat dan tambahkan sedikit garam beserta 1 batang serai.
Biarkan nasi masak.


Untuk Sup:
Panaskan minyak. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, bawang besar yang dah dikisar dan tambah 1/4 dari bahan A. Tumis sekejap. Masukkan air rebusan ayam tadi, sup bunjut, sedikit garam perencah sup dan ajinomoto. Biarkan sehingga masak.


Untuk Sambal/sos:
Kisar semua bahan diatas. Setelah hancur semuanya, campurkan sedikit sup yang dibuat tadi. Siap.
.
Untuk Kicap:
Mudah sahaja..masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam pengisar dan kisarkan sampai jadi pekat..jangan masukkan gula terlalu banyak sebab kicap ni dah manis..
Bila dah siap,bolehlah dihidangkan..Jangan lupa salad.
wanmus

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...