Sabtu, 19 November 2011

GADIS 10 TAHUN MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR DI PANGKUAN IBUNYA SELEPAS MENGGANTUNG DIRI

                               
Gadis comel yang bernama Jasmine McClain ditemui gantung diri oleh ibunya di Samantha Barat Chadbourn North Carolina kerana tidak tahan dibuli oleh rakan sekolahnya.

Ibunya Cik West menyifatkan Jasmine adalah seorang anak muda yang manis penuh kasih sayang dan berkata dia tidak pernah menyedari bahawa Jasmine begitu terseksamenjadi mangsa buli rakan sekelasnya.


Ketua polis tidak dapat mengulas mengenai sama ada sesiapa yang bertanggungjawab ke atas kematian Jasmine tetapi berkata bahawa siasatan sedang berjalan.

Dipercayai bahawa Jasmine telah diseksa di Chadbourn Elementary.

Dia tidak hadir ke sekolah untuk masa yang singkat sebelum kembali ke kelas pada bulan lepas. Ibunya berkata dia kembali dibuli.

Chadburn Elementary, telah mengibarkan bendera setengah tiang untuk mengenang Jasmine. Pihak sekolah tersebut telah memberi kerjasama sepenuhnya atas siasatan dalaman yang telah dilakukan oleh pihak polis.
ulanweblog




15 Fakta Tentang Senyum

Sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.”(Hadis riwayat At-Tirmizi)
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.
Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.

Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa.

Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.
Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.
Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.
Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.
pakarcinta

Bekas Hakim Sertai Pas

oleh: tintahijau


Tn Haji Zainol, bekas Hakim Mahkamah Majistret mengisytiharkan menyertai PAS dan borang keahlian seumur hidup diserahkan kpd Tn Haji Mohammad Sabu bersempena majlis ceramah penerangan PAS Pendang di Watt Siam Padang Peliang, Kampung Baru, Pendang, Kedah pada 17/11/2011

Kerbau jadi haiwan kesayangan dibela dalam rumah

SEEKOR kerbau sepanjang 8 kaki dan tinggi 6 kaki yang diberi nama Bailey Junior bagaikan selebriti di sekitar pekan Spruce Grove di Alberta Kanada.

Haiwan seberat 1,820 pound (826 kg) itu barangkali merupakan haiwan terbesar di dunia yang pernah menjadi haiwan kesayangan manusia. Malah ia turut dibela di dalam rumah.


Jim dan Linda Sautner mula memelihara Bailey sejak ia kehilangan ibunya. Kerbau berwarna hitam itu diberikan susu botol sedari kecil lagi dan dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh.

Kini kerbau berusia 3 tahun itu turut dibawa bersiar-siar ke seluruh pekan dan bandar bertemu dengan rakan-rakan Jim, malah turut dibawa ke bar untuk minum beer bersama tuannya.

Jim turut mengubahsuai keretanya bagi membolehkan kerbau kesayangan keluarganya itu dibawa bersiar-siar dengan kereta. Keretanya diubahsuai agar mampu menampung ruang dan berat Bailey.


freemalays

Asronot wanita India buktikan kebenaran cerita Neil Armstrong tentang Kota Bercahaya

Satu pesanan pendek tersebar tentang berita masuk Islamnya Sunita Williams, astronot wanita India pertama yang pergi ke bulan pada 2 Julai 2007 lalu.

Berita menghebohkan ini bukanlah yang pertama, sebelumnya astronot berasal Amerika Syarikat Neil Armstrong juga menyatakan dirinya masuk Islam sekembali dari bulan. 
Apakah ini berita bohong? Yang jelas pihak NON MUSLIM sangat tidak suka dengan pemberitaan ini. Lalu disebarlah berita, bahawa ini berita bohong.

Perlu diketahui, Sunita Williams adalah seorang astronot kelahiran Ohio 19 September 1965 dari orang tua berketurunan India-Slovenia. Berkahwin dengan Michael J. William, seorang Polis Federal di Oregon, USA. 
Sebagai astronot pertama India, dia memegang rekod perjalanan luar angkasa untuk wanita: berada di luar angkasa terlama (195 hari), dan berjalan di luar angkasa (29 jam, 17 minit).

Dalam perjalanannya ke bulan, Sunita William melihat fenomena yang aneh semasa pandangannya menuju ke bumi. Ketika bahagian bumi lainnya nampak gelap, ternyata ada sebahagian kecil bumi yang nampak terang iaitu MEKAH dan MADINAH.

 
Sunita mengatakan, dari atas seluruh permukaan bumi diselimuti kegelapan, namun betapa terkejutnya ketika dengan bantuan teleskop, ada dua tempat yang sangat berbeza, iaitu Makkah dan Madinah. 

Kedua tempat itu nampak terang dibandingkan dengan tempat-tempat lainnya dibelahan bumi. Masya Allah, Laa Quwwata Illa Billaah.

Selain itu, fenomena lain yang ditangkapnya adalah semasa gelombang suara dari bumi tidak mampu merentasi luar angkasa, dia ternyata boleh menangkap suara Azan. 
Apakah ini suatu keanehan, atau merupakan suatu jalan dari Allah untuk menunjukkan sisi-sisi kebenaran kepadaAstronout ini? Diberitakan setelah peristiwa ini, Sunita Williams memeluk agama Islam.

Puluhan tahun yang lampau, tepatnya tahun 1870, Neil Amstrong pernah mengalami kejadian serupa semasa mendaratkan kakinya di bulan. Diberitakan semasa itu dia mendengar sebuah suara yang dikemudian hari ia mengenalinya sebagai SUARA AZAN

Tepatnya semasa Neil diundang seminar di Universitas Kaherah, Mesir. Di masa dia menyampaikan syarahannya, semasa itu azan berkumandang menunjukkan waktu solat, moderator menghentikan presentasinya untuk mendengarkan azan. Dan Neil berseru, “Ini dia suara yang pertama kali aku dengar semasa mendarat di bulan.”

Setelah itu, Neil Amstrong menemui salah satu profesor di universiti itu. Dia ingin tahu banyak tentang Islam. Dan tidak lama setelah itu, dia pun menjadi muallaf. 
Pemberitaan masuk Islamnya Neil Armstrong dan Sunita William kebelakangan menjadi polemik di masyarakat.

Tetapi bagi kita umat muslim, tidak perlu seorang Neil Armstrong untuk meyakinkan diri kita bahawa agama Islam adalah benar. Jika kita yakin berada di agama yang lurus, maka yakinlah bahawa kejadian itu benar. 
Kita tidak perlu menggunakan nama besar Neil Armstrong untuk membenarkan agama kita. Percayalah, nama MUHAMMAD SAW sudah cukup besar buat kita dan dunia. 
Sama ada benar atau tidaknya Sunita William atau Neil Armstrong masuk Islam apabila pulang dari bulan, kita berharap Allah Swt memberi hidayah kepadanya.

Bagaimanapun juga para missionari (NON MUSLIM) sangat tidak suka dengan pemberitaan ini. Padahal jika Allah menghendaki, kejadian terdengarnya suara azan di bulan, bukanlah suatu perkara yang mustahil. Boleh sahaja terjadi. 
Media Barat selamanya tidak akan pernah memberitakan hal-hal yang dianggap boleh "MENGGONCANGKAN UMATNYA", bukan hanya di AS, tapi juga seluruh dunia.

Sekali lagi sejarah membuktikan bahawa sekalipun Islam dituduh sebagai "agama orang bodoh", "agama kampungan", "agama rendahan", "agama orang miskin", atau apapun tuduhannya, tetap sahaja orang yang berbondong-bondong mengikutinya dan rata-rata berasal dari orang-orang cerdas, orang yang tidak sekadar BERAKAL tetapi juga MEMPERGUNAKAN AKALNYA. Subhanallah, walhamdu lillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar
tulahan

KISAH SEDIH SEORANG ISTERI

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQGcOdlFICjUJhmUj7bXpafGUVAXAWvWYFfvDTFHVHIaBhnzVkC



Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat, itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.


Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi.

Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak.

Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania. Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. 

Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung. Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. . Nisa dah 2 bulan... Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.

"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa  pada Zakri .

"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa

"Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi.

"Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang?" terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal, tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.

"Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni" kutuk Zakri lagi pada Nisa.

"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri.


"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya ke dunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.

Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput... macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula... bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh... Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.

Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding... Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan"kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton.

"Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti" desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa

"Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri.

"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je.... " Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.

"Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha, ha, ha" gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.

"Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia" cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau... mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri.

"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba.

"Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri.
"Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ." panggilan kecemasan dari Doktor Johari

"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari."Lan.
 Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..." ajak Zakri pada Lan.
"Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri.
"Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.

Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa.... baginya Nisa mengada-ngada.. saja buat sakit untuk minta simpati... tetapi sebaliknya.....

Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang. Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari, Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan, kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. .

Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA" 

Assalamualaikum.

Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..
Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti 
kita baru kahwin... Abang panggil Nisa AYANG... terasa diri dimanja bila 
Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu 
seketika sahaja.

Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang... mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA. Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa

Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka... Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang.

Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma 
menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah 
Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan 
mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. 

Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama di samping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...

Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang.. Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata 
orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa... Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua. Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa

"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya... setiap perbuatannya... seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya... kejamnya aku... Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa.

Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.

Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan.

Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya... meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan... YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH.... akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa.

 Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH, Zakri, Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak... kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa..
cikaidanatasy

10 HUKUMAN ORANG YANG BANYAK KETAWA

10 hukuman orang yang banyak ketawa :

1. Mati hatinya. 

2. Hilang Air mukanya (malu dan kemuliaan). 

3. Digemari syaitan akanya. 

4. Dimurkai Allah. 

5. Disoal padanya pada hari kiamat. 

6. Dipalingkan oleh Nabi Muhammad s.a.w pada hari kiamat. 

7. Dikutuk para malaikat. 

8. Dibenci oleh semua penghuni langit dan bumi. 

9. Lupa pada segala-galanya. 

10.Terbuka aibnya pada hari kiamat
cikaidanatasya

Mengelilingi kaabah dalam keadaan telanjang!



"Saya bermimpi melihat seorang lelaki sedang mengelilingi kaabah dalam keadaan telanjang!"

Diceritakan kepada saya oleh seorang sahabat yang thiqah, bahawa ketika beliau masih belajar di Universiti Madinah, telah berlaku suatu pengalaman yang menarik. dalam satu musim haji, sebgaimana biasa radio negara Arab saudi membuat program soal jawab agama secara langsung berkenaan permasalahan yang berkait dengan ibadat haji. para pemanggil bertanya soalan dan dijawab oleh pakar-pakar yang ditugaskan.

Seorang wanita telah menelefon dan bertanya:
"Tuan Sheikh, saya telah bermimpi satu mimpi yang ganjil, bolehkah tuan mentafsirkan mimpi saya?". Ulama tersebut menjawab:"Kita dalam perbincangan berkenaan haji, bukannya mentafsir mimpi. W/bagaimanapun sila puan nyatakan apa mimpi tersebut."

Wanita itu menyambung:

"Saya bermimpi melihat seorang lelaki sedang mengelilingi kaabah dalam keadaan telanjang!". Ulama itu terdiam seketika lantas berkata: "Sebenarnya lelaki yg puan lihat itu telah m'dpt haji yg mabrur. Dia sedang melakukan tawaf widak sblm pulang ke kmpg halamannya. Sy mentafsirkan demikian kerana Rasulullah s.a.w menyatakan bhw sesorg yg m'dpt haji yg mabrur akan pulang sebagaimana ia dilahirkan. Setiap org dilahirkan dlm keadaan telanjang. Puan, sampaikan berita gembira kpd lelaki t'sbt sekiranya puan mengenalinya. Ini adalah isyarat gembira drpd Allah s.w.t kepadanya'.

Lalu wanita itu mnjwb spontan dgn penuh emosi;

"Demi Allah sheikh, org yang saya lihat dlm mimpi itu adalah tuan sendiri". Tiba-tiba ulamak tersebut terus sebak dan tidak dapat meneruskan soal jawab pada hari tersebut.


SUBHANALLAH........
hazfar9897

Tokyo Sky Tree bangunan tertinggi dunia?

Tapi pagi ni aku nak share dengan korang tentang 1 mercu tanda baru Jepun dan juga dunia.

Tokyo Sky Tree, Tokyo
Semalam, 17 November 2011 Guiness World Records dah iktiraf Tokyo Sky Tree sebagai bangunan yang tertinggi di dunia iaitu setinggi 643 meter. Sebenarnya aku agak konpius, apa beza bangunan tertinggi dengan menara tertinggi? sebab setakat ni menara tertinggi di dunia ada kat Dubai tu dan sekarang ni bangunan tertinggi kat Jepun pulak. 

Ape pun, bangunan ni dah mengatasi bangunan tertinggi di dunia sebelum ni; Canton Tower di China (600 meter). 

Menara ni dibina bermula pada tahun 2008 dan dijangka siap lewat tahun ni dan nampaknya dah siap ikut jadual. Kalau korang tengok kan bentuk menara ni agak unik sebab base dia berbentuk segi 3 dan atasnya bulat, ko mampu ke nak construct? Tengok kat gambar sebelah ni..

..

Kalau ikut apa yang aku baca, fungsi utama bangunan ini adalah sebagai pusat penyiaran, ada antenna tinggi kat atas tu macam Menara Kuala Lumpur la kan. Cube tengok gambar kat bawah ni:

Rasa pelik bila Menara Berkembar Petronas tersenarai sekali, menara penyiaran ke? Yang lain tu okay la.. Kat sini Tokyo Sky Tree tulis 601 meter ketinggiannya tapi kalau ikut sumber 634 meter. Mungkin masa awal-awal concept development dulu dah rancang nak buat 601 meter je tapi lepas tu ada lagi penaja yang nak tambah duit, so tambah la lagi beberapa level. Tu yang jadi 634 meter HAHA pandai2 je aku buat spekulasi! sila abaikan..

mohdkhairi

KALAU KITA MATI DI MAKKAH

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA

Tak sapa tau tanah perkuburan sendiri
Tapi kalau rezeki kematian di Makkah..........inilah laluan kita seterusnya




Perjalanan percuma ke Masjidil Haram...............di bayar oleh pakej yang kita datang......dari duit yang kita punya juga


Jenazah kita akan disusun di bawah tempat Muazzin ( bilal ) di dalam Masjidil Haram sebelum di solatkan
 
 Inilah istana yang kita dapat
Tempat rehat kita sebelum dibangkitkan semula
Selalulah ingat pada mati , kerana dengan itu saja boleh melindungi kita dari kecintaan pada dunia yang fana...........nafsu cukup enak dengan dunia hingga lupa keenakan yang disediakan Allah di akhirat........ikut nafsu nak telan satu dunia , walhal nafsu boleh memadai sepinggan nasi saja

Teknik Untuk Tidak Kantoi Tidur

http://2.bp.blogspot.com/-IB6YlTuh1BY/TsTg9Gv3HYI/AAAAAAAAJ9o/drBCIH8yUek/s1600/taktik.jpg
macam mana...............korang ada berani .........!
izyan

Jumaat, 18 November 2011

PUDING BALQIS

  
PUDING BALQIS takkala tekak perit dan keadaan yang kurang sihat ni dah pastinye teringin nak makan sesuatu yang lalu dingin jer kat laluan anak tekak kan.....nyaman serta nikmat jer rasanya.....maka inilah hasil dari keinginan orang sakit tekak serta demam le kunun².

Resepi yang mudah dan senang sangat nak buat, bahan² pun tak menyusahkan untuk mencari dan yang penting rasanya serta keenakkan menikmatinya seindah nama yang di beri...tak caye...???? kalau macam tu kena lah cuba baru tahu...bila dah makan...laju jer...hingga tak sedor dah abis sudah...!!!!!

Jom intai resepi hasilan skodeng kat blog Kak Noor ....senang jer...buat tau...rugi kalau tak cuba...!!!

Sumber Resepi :
Kak Noor Secubit Garam
Bahan-bahannya :-

1 paket agar2 serbuk - (10gm)
450ml air - 2 cawan
150ml susu cair
2 biji telur gred A
5 sudu besar gula pasir
3 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanila
pewarna mengikut citarasa masing²

Caranya :-
  • Masakkan serbuk agar² dengan air dan gula hingga mendidih dan masukkan butter dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.
  • Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur untuk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar² kedalam bekas berisi telur td dengan perlahan2. Kacau hingga sebati.
  • Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding tadi.
  • Sendukkan adunan puding ke dalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian tepi dan jangan dibahagian tengah supaya ia tak terus masuk dalam lapisan yang pertama.
  • Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang. Selamat mencuba...!!!
  • ummiakid-lily

Cara Untuk Mengenal Bulu Khinzir Yang Dijadikan Berus


Macam mana nak mengenal bulu khinzir yang dijadikan berus??? Berus yang murah dari China kebanyakannya diperbuat dari bulu babi… Hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah. 

Ciri-ciri bulu BABI :-
  1. Bulu yang rimbun dihujungnya (senang cerita, bulu BABI ni bercabang dihujungnya).
  2. Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
  3. Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
  4. Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.
Bulu BABI ni dipanggil dalam B. Inggeris ‘hog bristles, boar bristles, and pig bristle’
Senang cerita, saya kepilkan sedikit gambar untuk tatapan pembaca.. semoga umat ISLAM sentiasa berjaga-jaga dalam membeli produk berus ni ok… 





Cuba tengok bulu no 10 tu…. itula bulu BABI..
Bulu babi atau babi hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu babi ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking
China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.



Berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu babi. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha Suci Allah yang menjadikan bulu babi berbeza daripada bulu binatang lain.
So, hati-hati dan waspada daripada barangan HARAM ni yer… pastikan berus yang anda miliki tidak bercabang.. :
pemaniskata

Dividen FELCRA RM453.39 sebulan bagi 10 relung getah.flv

Menara Lego Tertinggi Di Dunia... (",)

Salam...

Menara Lego tertinggi di dunia telah berjaya dibina menggunakan 500,000 kiub lego yang telah didirikan di Sao Paolo,Brazil. Struktur menara Lego yang tinggi ini terpaksa di sokong dengan wayar khas bagi mengelakkannya daripada runtuh dan kren terpaksa di gunakan untuk proses cantuman kiub-kiub Lego ini. Struktur menara Lego ini telah di bina oleh lebih 6,000 peminat LEGO yang majoritinya adalah kanak-kanak.

Pihak Lego kemudiannya menghantar pereka daripada Denmark untuk memastikan menara Lego ini tepat berketinggian 102,33 kaki. Cafu,bekas pemain bola sepak Brazil turut "turun padang" meletakkan kiub Lego terakhir pada menara ini. Menara Lego ini hanya 10 inci lebih tinggi daripada rekod menara pada tahun 2008 di Chile. Menara Lego pertama telah di bina di London pada tahun 1988 yang hanya berketinggian 50 kaki.





budakbotak

Soalan 3; 'Maintenance' Sungai

Super Kreatif: Cara orang Thailand mengharungi musim banjir (13 gambar



Ah sudah! asal banjir je post sedih-sedih, kali ni kami sajikan uols bagaimana orang Thailand yang hebak-hebak ni berfikiran kreatif dalam mengharungi malapetaka banjir yang timpa mereka. So kite jadikan ini sebagai inspirasi buat kite kelak bile mengharungi banjir kelak yo! Lagi gambar after the jump.

mediamalaya

RM21.24 juta nilai jualan nenas

WOW!. BUAH TOMATO DIJADIKAN PIL RAWAT PENYAKIT JANTUNG!

Sekumpulan saintis mendakwa berjaya mencipta sejenis pil merawat penyakit jantung berasaskan buah tomato.

Pil yang dikenali sebagai Ateronon itu dipercayai mampu menghalang penyakit strok dengan bertindak membersihkan saluran arteri yang tersumbat akibat kolesterol.
Ubat itu didedahkan pada Persidangan Persatuan Kardiovaskular British di London.
Para saintis menjangkakan pil itu lebih berkesan berbanding penggunaan berjuta-juta ubat moden yang digunakan untuk merawat penyakit jantung.
Setelah melakukan kajian terhadap keupayaan perlindungan yang ada pada buah tomato selama empat tahun, para saintis itu akhirnya menemui sejenis kandungan kimia, Lycopene, di dalam buah tomato.
Bahan kimia itu bersifat antioksida terdapat pada warna merah pada kulit tomato dan mampu menghalang pembentukan kolesterol.
Seorang pengamal perubatan, Dr. Rob Hicks berkata, Ateronon mampu mengurangkan kerosakan saluran arteri yang menjadi penyebab berlakunya serangan jantung dan strok.
"Pil ini juga mampu memanjangkan jangka hayat manusia dan menyelamatkan nyawa secara global. Potensinya sangat besar," katanya
duniajunko

44 program pengajian di KUIN

Memberi Salam Dan Ganjarannya

Setiap muslim itu bersaudara, maka umat Islam telah membentuk keluarga yang terbesar di dunia. Bahkan mengucapkan salam sesama umat Islam telah dituntut sebagai salah satu ibadah dan kewajipan yang perlu dipenuhi. Dan membina persekitaran yang sihat dan positif dengan mendoakan kesejahteraan dan keamanan saudara-saudara kita.

Memberi Salam Dan Ganjarannya

Memberi salam itu mempunyai banyak ganjarannya. Sepertimana disampaikan oleh Rasulullah SAW. “Wahai manusia, sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah di waktu malam pada waktu orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga.”

“Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum pernah dibayangkan dalam hati manusia.”

Lalu, bertanya para sahabat, “Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?” Sabda Rasulullah SAW, “Ia adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yang memberikan makan, bagi orang yang selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.”

Bertanya lagi para sahabat, “Siapakan orang yang kuat mengerjakan semua itu, Ya Rasulullah?” Sabda Rasulullah SAW, “Akan ku terangkan kepada kamu semua;

1. Barangsiapa bertemu saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, maka sesungguhnya dia menyiarkan salam.

2. Barangsiapa memberi makan ahli keluarga / anak isterinya sehingga kenyang maka sesungguhnya ia telah memberi makan.

3. Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan kemudian dia puasa enam hari dalam bulan Syawal, bererti dia telah sentiasa berpuasa.

4. Barangsiapa solat Isyak dan solat Subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah bersolat malam ketika orang lain sedang tidur.



Sabda Rasulullah SAW lagi, “Barangsiapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah kamu jawab.” Ibnu Abbas RA berkata, “Sesungguhnya Iblis yang terkutuk itu akan menangis sewaktu seseorang mukmin itu bersalam, dan dia mengeluh, ‘Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah melainkan diampuni dosanya’.”

Maka sebarkanlah salam sesama kita, semoga kita sentiasa mendapat keredhaan dari Allah Taala dalam setiap perbuatan dan pekerjaan. Insya Allah.

Wallahu Alam..
penulisenja

Kereta Sedan Terbesar Di Dunia

Kereta sedan terbesar di dunia ini telah dibuat di Rusia oleh pengeluar trak dan mempunyai enjin 38.8 liter (38800 cc). Ia seberat 28 tan dan boleh membawa muatan seberat 85 tan beban. Ia juga menggunakan bahan api yang terlalu banyak iaitu sebanyak 0.5 mpg (atau 120 liter untuk 100 km). Selain itu,ia mempunyai dua stereng di kedua-dua bahagian serta kereta tersebut hanya dikeluarkan sebanyak tiga buah sahaja .


kereta sedan terbesar di dunia



galerisiber

Anda Berkenan ,Klik Di Bawah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...