Sabtu, 3 Disember 2011

(Gambar) Sejarah Duit Malaysia & 6 Tandatangan Gabenor

sejarah duit8 (Gambar) Sejarah Duit Malaysia & 6 Tandatangan Gabenor
Inilah baru betul namanya digelar “cop duit”. Semenjak Bank Negara Malaysia (BNM) ditubuhkan pada tahun 1959 sehingga kini iaitu tahun 2011, BNM telah ditadbir oleh 7 orang Gabenor tetapi hanya 6 gabenor sahaja yang menurunkan tandatangan iaitu;
Tan Sri W H Wilcock (Januari 1959 - Julai 1962)
Pada masa itu, beliau bukanlah individu yang menurunkan cop tandatangan beliau pada duit Malaysia tetapi ditandatangani oleh Tun Lee Hau Shik. Siapakah beliau ini? Boleh semak maklumat lanjut di bahagian bawah artikel ini.
Tun Ismail bin Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980)
 sejarah duit (Gambar) Sejarah Duit Malaysia & 6 Tandatangan Gabenor
Tan Sri Abdul Aziz bin Taha (Julai 1980 - Jun 1985)
sejarah duit2 (Gambar) Sejarah Duit Malaysia & 6 Tandatangan Gabenor
Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein (Jun 1985 - Mei 1994)
sejarah duit3 (Gambar) Sejarah Duit Malaysia & 6 Tandatangan Gabenor
Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 - Ogos 1998)
sejarah duit4 (Gambar) Sejarah Duit Malaysia & 6 Tandatangan Gabenor
Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 - April 2000)
sejarah duit5 (Gambar) Sejarah Duit Malaysia & 6 Tandatangan Gabenor
Tandatangan yang ini, jangan salah anggap pula, bukan Puan Seri Aishah punya tandatangan ya….iaitu Pemaisuri Agong sebelum ini.
Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Mei 2000 - Kini)
sejarah duit6 (Gambar) Sejarah Duit Malaysia & 6 Tandatangan Gabenor
sejarah duit7 (Gambar) Sejarah Duit Malaysia & 6 Tandatangan Gabenor
Gambar di atas ini merupakan duit Kertas $1 pertama keluaran Malaysia selepas merdeka ialah tahun 1959. Pada masa itu negara kita masih lagi menggunakan nama Malaya. Duit kertas keluaran tahun 1959 hanya bernilai $1 sahaja. Pada masa ini Negara Brunei dan Singapura menggunakan wang yang sama.
Keluaran pada tahun ini dicetak oleh Thomas De La Rue dan ditandatangani oleh Tun Lee Hau Shik atau lebih dikenali ramai dengan nama Tun HS Lee
ohduniaku

Mari kita baca 14 Perkara dibawah dan renung-renungkan…

1. Yang Singkat Itu “WAKTU”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Mensia-siakannya?

2. Yang Menipu Itu “DUNIA”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Sukakannya?
3. Yang Dekat Itu “KEMATIAN”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Buat Persiapan Untuk Menghadapinya?
4. Yang Besar Itu “HAWA NAFSU”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Mengawalnya?
5. Yang Berat Itu “AMANAH”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Berebut-rebut Mahu Memikulnya?
6. Yang Sulit Itu “IKHLAS”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Cuba Mendapatkannya?
7. Yang Mudah Itu “BERBUAT DOSA”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Berusaha Menghindarinya?
8. Yang Susah Itu “SABAR”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Merasai Kepentingan Dan Bermujahadah Dalam Menahan Perasaan?
9. Yang Sering Lupa Itu “BERSYUKUR”…Tapi Kenapa Masih Ramai Lagi Yang Kufur?
10. Yang Membakar Amal Itu “GHIBAH” (MENGUMPAT)…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Menjadikannya Hobi, Mengumpat Sana Sini?
11. Yang Mendorong Ke Neraka Itu “LIDAH”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang BermulutLazer, Bercakap Bohong Dan Berkata Dusta? Atau asyik Nak Mengata Orang Saja?
12. Yang Berharga Itu “IMAN”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Berusaha Memantapkannya?
13. Yang Menenteramkan Hati Itu “TEMAN SEJATI”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Suka Cari Musuh Dari Cari Teman Sejati?
14. Yang Ditunggu Allah SWT Itu “TAUBAT” hambaNya…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Sedar Diri…Berasa Dirinya Sudah Cukup Baik?
Oleh itu, aku berpesan kepada diri aku dan  kita semua untuk sama-sama bermuhasabah diri dan sentiasa mencerca diri sendiri . Ingatlah tujuan kita hidup atas dunia yang sementara ini. Maut pasti menjelma
-mencariygbenar

5 Cara Untuk Mengawal Perasaan Takut


Berfikiran positif- 99% perasaan takut yang dihadapi bukanlah disebabkan ianya realiti, ia hanyalah pemikiran sahaja. Fikiran yang selalu memikirkan mengenai kisah lampau, apa akan terjadi, kesan terhadap sesuatu yang dilakukan lebih banyak mendorong untuk berasa lebih takut. Disebabkan pemikiran inilah yang selalu menjadi penghalang untuk mencuba sesuatu yang baru, dan berkemungkinan jika cuba  dilakukan, dapat memberbaiki lagi kehidupan. Sebagai contoh yang boleh diberikan adalah sekiranya diberi peluang untuk mengendalikan sesuatu projek syarikat, tetapi berasa takut untuk mengendalikannya kerana kesalahan lampau yang dilakukan telah merugikan syarikat. Untuk mengawal perasaan takut, tidak perlu terlalu memikirkan kisah lampau yang telah dilakukan, sebaliknya terus fokus terhadap tugasan yang diberi dan cuba untuk membuktikan kepada diri sendiri bahawa mampu untuk melakukannya.
Ketahui punca ketakutan- Mengapakah berasa takut?? Apakah puncanya?? Adakah perasaan takut akan memberikan manfaat atau sebaliknya?? Untuk mengawal perasaan takut, perlu tahu jawapan bagi persoalan di atas. Ini adalah untuk memfokuskan lebih kepada situasi atau keadaan dan bukannya perasaan takut yang dihadapi. Sekiranya terlalu memikirkan perasaan takut, ia tidak akan memberi apa-apa perubahan terhadap kehidupan. Nilai  sesuatu situasi itu, sekiranya ia tidak memberi apa-apa faedah, alihkan fokus kepada perkara lain. Tetapi sekiranya perasaan takut itu menjadi penghalang untuk menjadi lebih berjaya, jangan fokuskan kepada perasaan takut itu dan fokuskan kepada matlamat asal yang difikirkan.  Jangan sesekali biarkan perasaan takut mengawal keadaan sekirannya sesuatu keadaan itu memberi faedah kepada diri sendiri.
Sealiran- Apabila anda berasa takut, anda mempunyai pilihan untuk menolak atau sealiran dengan perasaan takut itu. Hasil daripada kajian, seseorang yang berperasaan takut dan cuba mengabaikan, menyembunyikan atau menolak perasaan itu akan menambahkan lagi ketakutan yang sedang dihadapinya. Sebaliknya cara yang terbaik untuk mengawal perasaan takut adalah sealiran dengan perasaan itu. Sealiran bermaksud seseorang itu tidak menolak terus perasaan takut yang dihadapi sebaliknya cuba menghilangkan perasaan itu berperingkat dengan cara mendapatkan keyakinan terhadap diri sendiri. Keyakinan tidak boleh dibina dalam sekelip mata dan ia perlu melalui satu proses. Hilangkan perasaan takut terhadap sesuatu situasi itu berdasarkan keyakinan yang telah dibina dan jangan sesekali menolak terus sesuatu perasaan takut itu kerana ia akan menambahkan lagi perasaan takut.
Kepercayaan- Kepercayaan terhadap diri sendiri adalah penawar untuk perasaan takut dan ianya amat penting kerana akan menyokong segala perkara yang dilakukan,  mengambil berat terhadap diri sendiri, dan untuk perkembangan atau evolusi di dalam kehidupan seseorang. Tiada kepercayaan terhadap diri sendiri bermakna tiada perubahan yang mampu dilakukan terhadap kehidupan. Sesuatu yang terjadi di dalam kehidupan mempunyai sebab yang tersendiri. Seseorang manusia tidak akan mengetahui apa yang akan terjadi pada masa hadapan ke atas risiko yang mereka ambil hari ini. Hanya berdasarkan kepercayaan terhadap diri sendiri sahaja yang mampu untuk mengawal perasaan takut. Risiko mempunyai keputusan yang berkemungkinan positif atau negatif. Seseorang tidak akan berjaya menghadapi risiko sekiranya tiada kepercayaan diletakkan dan membiarkan perasaan takut mengawal situasi.
Lakukan perkara yang anda takut- Sekiranya perkara yang anda takut untuk lakukan memberi faedah terhadap diri anda, anda seharusnya mencabar diri untuk melakukannya. Sekiranya ia memberikan keburukan haruslah sebaliknya. Sebagai contoh, anda terlalu takut untuk memberikan pendapat di khalayak ramai. Adakah ketakutan yang sedang dialami memberi faedah atau tidak?? Ketakutan yang sedang dialami hanya akan menyebabkan kehidupan terus menjadi mundur. Cara terbaik untuk mengawal perasaan takut adalah dengan melakukan perkara yang ditakuti. Mungkin pada permulaan perasaan menjadi kurang stabil ketika bercakap dihadapan orang ramai. Tetapi sekiranya ia selalu dilakukan, ia akan menjadi perkara rutin dan tidak mempunyai masalah untuk dilakukan untuk situasi yang seterusnya. Ia akan tidak menjadi masalah untuk seseorang pada masa hadapan dan masalah lain akan muncul dan cuba tangani dengan cara yang sama. Selepas anda melawan sesuatu perasaan, anda akan berhadapan dengan cabaran yang lain pula. Begitulah perjalanan kehidupan bagi seseorang.
uptumo

20 Amalan Murah (Luas) Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah (SWT)limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah (SWT)memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:


 1.        Menyempatkan diri beribadah
Allah (SWT)tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)


 2.        Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT), yang menjadi sebab Allah (SWT)jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT)s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)


 3.        Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT)jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)


 4.        Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT)buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT)beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah (SWT). Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT)hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)


 5.        Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT)akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT)) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6.        Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.        Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT)lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT)akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)


8.        Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.



9.        Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”


10.     Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.



11.     Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)


 12.     Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT). Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT)akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)


13.     Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT)dan menjadi sebab Allah (SWT)buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT)azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT)membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT)menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)


14.     Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT).



 15.     Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT)dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


16.     Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT). Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT)berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)


 17.     Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT)lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah (SWT), al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah (SWT)ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT), bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.


 18.     Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT), penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT)suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.



19.     Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT)berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT)beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)


Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.


20.     Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT). Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT), nescaya Allah (SWT)mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT)dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT)akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT), lalu Allah (SWT)limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Anda Berkenan ,Klik Di Bawah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...