اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Menurut NASA, ribut Tropika Sonamu dijangka akan melanda Pantai Timur Malaysia
pada 8 Januari (Selasa) pada kelajuan kira-kira 65KM Sejam. Keadaan ini
akan menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di bahagian Laut
China Selatan.
Laporan
terkini Jabatan Metereologi Malaysia, negeri yang terdekat dengan impak
ribut Tropika Sonamu tersebut adalah kawasan timur laut Dungun
Terengganu. Sebagai langkah berjaga-jaga, semua penduduk tidak
digalakkan berada di persisiran pantai mahupun di laut mulai 8 Januari
2013 ini.
Pergerakan angin merupakan sebahagian
dari tanda kebesaran Allah Subhanahu wa Ta’ala. Seringkali angin
bertiup sepoi-sepoi bahasa dan menyamankan. Ada kalanya juga kencang dan
berlaku ribut sehingga menimbulkan sesuatu yang tidak kita suka. Ini
semua berlaku dengan qadha dan qadar Allah’ Azza wa Jalla. Tentunya
dengan hikmah yang Allah kehendaki. Oleh sebab itu tidak layak jika
seorang muslim mencaci angin yang dicipta dan diutuskan-Nya kerana angin
itu makhluk Allah SWT dan tunduk kepada perintah-Nya.
Tiupan Angin
Angin terbagi dalam dua jenis. Pertama, angin yang bertiup tenang dan membawa banyak manfaat kepada kehidupan manusia sewajarnya disyukuri atas nikmat-Nya itu.
.
Allah Ta’ala berfirman bermaksud;
“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah juga Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).” (QS. Al-A’raf: 57)
.
“Dan Dia lah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya, dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci.” (QS. Al-furqan: 48)
.
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya, bahawa Ia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan; dan untuk merasakan kamu sedikit dari rahmatNya, dan supaya kapal-kapal belayar laju dengan perintahNya, dan juga supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan seterusnya supaya kamu bersyukur.” (QS. Al-Ruum: 46)
.
“Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya.” (QS. Shaad: 36)
.
.
Doa Angin Kencang
.
Angin ribut yang bertiup
kencang sehingga menimbulkan ketakutan, menumbangkan pepohonan,
merobohkan bangunan, dan semisalnya. Kita dilarang mencacinya, kerana
tidaklah menciptakan angin, mengutusnya, dan menentukan bentuk
bertiupnya kecuali Allah Subhanahu wa Ta’ala. Tidak ada seorang pun yang mampu mengendalikan angin kecuali penciptanya, iaituAllah ‘Azza wa Jalla.
Angin kencang bertiup demikian dengan
ketentuan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Tetapi disyariatkan mengucapkan
zikir dan doa kepada Allah seperti yang diajarkan Nabi Shallallahu
‘alaihi Wasallam.
Daripada Aisyah Radhiyallahu Anha, ia berkata: Adalah Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam apabila angin bertiup kencang Baginda berdoa; “Ya
Allah sesungguhnya daku memohon kepada-Mu kebaikan angin ini dan
kebaikan yang ada padanya dan kebaikan yang dibawanya. Dan daku
berlindung kepada-Mu dari keburukan angin ini, keburukan yang ada
padanya dan keburukan yang dibawanya.“ (HR. Muslim r.a.)
”Allahumma Innii As’aluka
Khairaha wa Khaira Maa Fiihaa wa Khaira Maa Ursilat Bihi wa ’Udzu Bika
Min Syarriha wa Syarri Maa Fiihaa wa Syarri Maa Ursilat Bihi”
Dari Ubai bin Ka’ab, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Janganlah kamu mencaci angin. Lalu apabila engkau melihat yang tidak menyenangkan, maka berdoalah:
اللَّهُمَّ إِنِّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيْحَ وَخَيْرِ مَا فِيْهَا وَخَيْرِ مَا أُمِرَتْ بِهِ وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيْحَ وَشَرِّ مَا فِيْهَا وَشَرِّ مَا أُمِرَتْ بِهِ
“Ya
Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebaikan angin ini dan
kebaikan yang ada padanya dan kebaikan yang dibawanya. Dan kami
berlindung kepada-Mu dari keburukan angin ini, keburukan yang ada
padanya dan keburukan yang dibawanya.” (HR. Al-Tirmidzi)
Doa Angin Kencang (Beramai-Ramai)
Apabila Dikhuatiri Angin Ribut Akan Merbahayakan
Asy-Syafi’i r.a. menerangkan, apabila terjadi angin kencang, Rasulullah SAW selalu duduk berlutut dan membaca doa di bawah:
Janganlah Mencela Hujan
Kata-kata celaan dari seorang muslim terhadap angin tidak ada manfaatnya
sama sekali, dan tentu saja akan masuk dalam catatan amal yang buruk
kerana Allah berfirman yang bermaksud:
“Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa hadir.” (QS. Qaaf;50: 18)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda, “Janganlah kamu mencaci-maki angin.” (HR. Tirmidzi r.a.)
Mencaci-maki masa (waktu), angin dan makhluk lain yang dicipta Allah
adalah dilarang. Larangan ini boleh termasuk syirik akbar (syirik yang
mengeluarkan seseorang dari Islam) jika diyakini makhluk tersebut
sebagai pelaku dari sesuatu yang buruk yang terjadi, dan bukannya
meyakini bahawa Allahlah yang mentakdirkannya
Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita dari banyak
mencela dan memelihara kita agar lidah banyak bersyukur kepada-Nya atas
kurniaan angin ini..
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
rossacalla.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan