Assalamualaikum dan salam sejahtera... Dalam mengharungi kehidupan ini
kita tidak dapat lari dari menghadapi kesedihan dan muram. Di saat kita
di timpa malapetaka, bencana, kesusahan, kehilangan, musibah, kegagalan,
kekecewaan dan banyak lagi yang membuatkan kita menjadi seorang yang
pasif dan pendiam.
Riak muka menjadi masam dan muram, tiada cahaya ceria terpancar diwajah.
Dikala ini emosi anda tidak stabil dan akan mudah marah serta amat
sensetif. Anda mula cuba untuk mengasingkan diri.
Anda ingin meminta bantuan dan simpati tapi tidak dapat meluahkannya walaupun pada orang yang rapat dengan anda.
Anda mulalah termenung sendirian. Berfikir sesuatu untuk mencari jalan
penyelesaian, mengingati saat-saat pahit manis, menyesali mahupun
menginsafi. Sesekali anda akan mengharap agar ada teman di sebelah anda
untuk mendengar segala rintihan anda. Namun apabila hadir sahaja
seseorang, anda mula melarikan diri.
Tatkala ada yang ingin membantu anda mula rasa tidak selesa, ego atau
malu. Anda lebih suka melayan perasaan sendirian. Kini anda mula kurang
selera untuk makan mahupun tidur. Kesihatan anda mula terganggu. Anda
cuba mengharap agar ada yang sudi membantu anda. Namun setiap kali ada
yang menghampiri untuk menghulurkan bantuan...anda cuba mengelak dan
menjauhkan diri.
Anda terus diam dan membisu...dan akhirnya anda jatuh sakit. Dikala ini
anda amat mengharapkan bantuan tapi anda tetap dengan ego dan malu.
Terus-terusan anda mengelakkan diri tatkala ada yang mahu membantu.
Sanggup menderita dengan menganggap inilah balasan mahupun dugaan yang
harus anda terima.
Terlalu lama anda menderita...sehingga anda tidak mampu lagi menguruskan
diri sendiri. Kesihatan anda semakin teruk dan akhirnya ajal pun tiba.
Terkujurlah tubuh anda sendirian kaku tidak bernyawa. Sekali lagi anda
benar-benar mengharapkan bantuan...bantuan untuk menguruskan jenazah
anda. Bantuan tetap datang...tapi kali ini anda tidak akan mengelaknya
lagi. Akhirnya anda terima dan memang mengharapkan bantuan ini...maka
selamatlah jenazah anda di kebumikan.
Tinggallah anda sendirian di dalam liang lahat tanpa berteman.... Adakah
ini bermakna segala kesedihan dan penderitaan yang anda alami sebelum
ini sudah berakhir?
Jangan jadikan kesedihan itu satu pengakhiran bagi hidup anda...
Ingatlah...hidup atau mati, anda tidak dapat lari dari bergantung dengan orang lain...
Oleh itu jangan bersedih! Ceriakan hidup anda agar anda menjadi seorang
yang positif dan kuat dalam mengharungi kehidupan ini. Jadikan punca
kesedihan anda satu pedoman, pengalaman dan penginsafan untuk anda
bangkit mencari kejayaan mahupun kebahagiaan dalam hidup.
Orang disekeliling anda masih ada dan amat menyayangi anda...kerana
andalah juga pengubat kesedihan mereka. Dan yang lebih penting dan tidak
pernah sesekali melupakan anda, hanya Dia yang satu...Allah SWT yang
sentiasa di sisi anda setiap masa tidak kira susah dan senang. Mohonlah
kepadanya...
Terima kasih bersama relaks minda...
Jangan bersedih lagi! Ceriakan hidup anda. Senyum sikit :)
Bestnya relaks! Seksi You....Hahahaha!
Admin...
http://relakssminda.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan