Manusia
sememangnya hidupan yang pelik, istilah kecantikan didefinasikan kepada
pelbagai. Kalau di Korea, wanitanya begitu obses dengan mata yang sepet
dibedah supaya menjadi besar dan hidung yang dibedah supaya mancung,
atau di Mauritania di mana wanita gemuk dianggap seksi dan
mengghairahkan. Bagaimana dengan masyarakat kita sendiri pula?
Tidak perlu
mempunyai hidung yang mancung seperti paruh seludang, atau wajah yang
sesempurna Aishwarya Rai. Cukup dengan berpakaian tapi seolah-olah
“bertelanjang” dan mengenakan kain ela yang pelbagai untuk menutupi
kepala, itu cantik namanya.
Minta maaf bukan
hendak memperlekehkan kecantikan plastik wanita, itu realiti yang telah
lama bertapak dalam mentaliti masyarakat kita. Tipikal? Tiada siapa yang
boleh menafikannya.
Pada saya kecantikan
ialah bagaimana mata mereka yang memandang itu mentafsirnya. Lebih
tepat, pandangan orang lain terhadap fizikal kita. Betul! Dan saya
pernah membuat eksperimen sendiri dengan mengajak adik-adik lelaki saya
untuk memilih artis wanita yang mereka rasakan tercantik.
Hasilnya seperti
diduga, setiap daripada mereka memilih artis wanita yang berlainan. Bila
saya tanya kenapa pilihan masing-masing yang terbaik, semua sibuk
memberikan seribu satu alasan yang tidak boleh diterima oleh akal saya.
Lihat! Bukankah itu
bukti yang nyata bahawa kecantikan itu terlalu besar skopnya untuk
diperjelaskan kepada umum? Apa yang cantik di mata saya atau anda, tidak
semestinya akan cantik pada pandangan orang lain juga.
Persoalannya, adakah
apa yang kita ada sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu
zalim dan pilih bulu dengan memberi sesetengah daripada kita wajah yang
cantik manakala setengah lagi fizikal yang tidak sempurna?
Bukankah Allah itu
Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha
Bijaksana? Jika begitu mengapa ada sesetengah daripada kita masih
meratapi kekurangan yang ada pada diri masing-masing?
SAYA TAHU SAYA TIDAK CANTIK…TAPI…..
Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..
Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.
Kerana saya tahu..
Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar
kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya
kejar… Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..
KECANTIKAN DIMATA ALLAH : APAKAH KECANTIKAN ITU?
Kecantikan terdiri dari 2 jenis; kecantikan lahir dan kecantikan batin.
Kecantikan batin (inner beauty)
adalah kecantikan yang dicari kerana essensinya, seperti kecantikan
ilmu, akal fikiran, dan kesucian diri. Kecantikan batin inilah yang
merupakan titik pandang Allah pada diri hamba-hamba-Nya.
Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian.” (HR. Muslim).
Sebenarnya kita
semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka
bumi ini. Allah telah menentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah
yang terbaik. Hanya mata kita sahaja yang diselaputi dengan nafsu yang
tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.
Mengapa sukar bagi
kita untuk redha kepada kejadian Allah? Bukankah periuk orang lain
sentiasa putih daripada apa yang kita ada? Kita sentiasa melihat apa
yang ada pada orang lain itu jauh lebih baik daripada apa yang kita
miliki.
Sedangkan nabi
Muhammad S.A.W sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang
kurang bernasib baik. Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu
akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri
kita. Kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian.
Sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada orang lain.
Kita ada biduk,
tetapi dalam masa yang sama berkehendakkan serempu pula. Tidak
terkecuali dengan saya. Siapa yang tidak suka mendengar pujian melangit
kerana cantik, bukan?
Ketika zaman
bersekolah, semuanya kena bersaing atau sekurang-kurangnya sama dengan
kawan-kawan. Pakai baju ketat, seluar sendat, dari tudung sehinggalah
kepada kasut, kalau boleh semua mengikut peredaran fesyen. Pendek kata
melaram berlebihan. Cuba bayangkan betapa banyak dosa yang terpaksa saya
tanggung semata-mata untuk kelihatan trendy seperti itu? Syukurlah kesedaran datang sebelum lebih banyak dosa terkumpul.
Sekarang ini nak
pergi mana pun, satu yang sentiasa perlu tanamkan dalam kepala adalah
“bersederhana dalam berfesyen”. Cukup dengan hanya menempel “wudhu’” di
wajah, bertudung dan tidak memakai pakaian ketat yang menonjolkan bentuk
badan.
Untuk itu, mari kita
belajarlah untuk berkata Alhamdulillah dengan apa yang ada pada diri
kita. Sedarlah, kecantikan bukan terletak pada secantik mana fizikal
kita dilihat oleh mata orang lain, atau ‘setrendy’ mana pakaian yang
telah membaluti tubuh masing-masing. Tetapi secantik mana kita di mata
Allah.
Wallahualam
http://abusyahirah.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan