Sabtu, 5 Oktober 2013

Resepi - Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi Bersama Pucuk Paku

Salam…
Siput sedut masak lemak bersama pucuk paku ni memang masakan ala kampung yang paling digemari di rumah saya…

Biasanya kalau makan di restoran pun, saya suka sangat pilih lauk ni…. My dotter pun nampaknya dah terikut2 saya sukakan  siput sedut masak lemak cili api ni …

Hari ni saya berpeluang masak sendiri siput sedut ni….. walaupun agak leceh kerjanya kerana terpaksa mencuci bersih siput yg penuh lumpur tu berkali2…..

Jika anda first time memasak siput sedut ni jangan lupa potong hujungnya sedikit ya… kalau tidak nanti, isi siput nanti tak dapat keluar sewaktu kita menyedutnya…..
DSC06704aa
Hidangan yang telah siap dimasak….
 


download 

Ini gambar siput yg telah saya cuci bersih…. tinggal tunggu di potong hujungnya…

DSC06700aa 

Ni lah siput sedut yg telah di potong hujungnya…. memang leceh sikit kerjanya sebab kena potong dgn parang satu2 hingga siput habis….. biar pun leceh tapi nanti hasilnya sangat berbaloi2!!!
Jom tengok2 resepi…

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Bersama Pucuk Paku

1 kg siput sedut yg telah dicuci bersih dan dipotong hujungnya
2 ikat pucuk paku
1 biji bawang besar -kisar
3 ulas bawang putih -kisar
2 sudu besar udang kering/ikan bilis -kisar
3/4 inci halia (  jika suka – tak bubuh pun tak apa ) -kisar
6 – 10 biji cili padi -kisar
1 btg serai di titik/diketuk2 sedikit
200 g santan pekat
air secukupnya utk kuah
garam secukupnya
sedikit serbuk kunyit

Cara Penyediaan

1. Satukan Siput sedut, santan pekat, air, bahan2 kisar, serbuk kunyit dan serai.
2. Masak hingga mendidih..
3. Bila dah mendidih kena selalu kacau2 kan kuah supaya tak pecah santannya.
4. Masak seketika anggaran dalam 3 minit baru masukkan sayur pucuk paku…
5. Bila pucuk paku telah layu, bubuh garam, sesuaikan rasanya dan bolehlah diangkat….

Layan….
 http://www.potretkasih.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...