Ini tidak benar kerana lesung pipit terjadi akibat variasi pada otot
muka. Lesung pipit boleh muncul di kedua-dua belah pipi atau hanya di
salah satunya sahaja dan biasanya akan terlihat dengan jelas pada wajah
seseorang ketika mereka tersenyum, tertawa atau bercakap. Sebab paling
biasa terjadinya lesung pipit adalah kerana kecacatan pada otot muka -
otot yang terhasil pendek. Sedikit sebanyak menjelaskan mengapa lesung
pipit pada muka tidak sentiasa kelihatan apabila seseorang itu dalam
keadaan rehat (pegun) kerana ketika itu otot yang 'cacat' ini biasanya
dalam keadaan asalnya (pendek).
Tindakan seperti senyum akan memaksa otot tadi bekerja menyebabkan kulit
muka tertarik dan lekukan akan kelihatan. Sesetengah kes, otot yang
terhasil pendek ini boleh meregang perlahan-lahan mengikut perubahan
masa. Itulah sebabnya ada orang yang mempunyai lesung pipit ketika
mereka masih muda sahaja tetapi ia sudah tidak kelihatan apabila mereka
semakin berusia.
om-fabulous.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan