Jumaat, 19 Februari 2016

Apa Akan Jadi Jika Minum Madu Setiap Hari?

“Dahaganya tapi boringlah minum air masak. Sedapnya kalau dapat pekena Sprite ke, Pepsi ke. Tapi…hari ni sudah banyak minum air manis-manis. Tak pasal kena kencing manis pulak, alahai..”

Manis Tapi Sihat?

Ya, memang lega kalau dapat minum air sebegitu. Tapi, tidak digalakkan selalu kerana mengandungi kadar gula yang tinggi.

Kan tidak baik untuk kesihatan…

Eh, ada ke air yang manis, tapi bagus untuk kesihatan?

Ada, tak percaya?

Kesan Apabila Selalu Minum Madu

Anda boleh minum madu yang dicampur dengan segelas air kosong. Enak diminum semasa panas mahupun sejuk.
Secawan sehari sudah cukup memadai. Ini kerana madu:

1. Mengurangkan angin dalam badan

Perut kembung
Foto Kredit: rosiebank.com

Jika anda mengalami kembung perut ataupun perut rasa kurang selesa, minumlah segelas air madu suam.
Anda akan dapati angin semakin kurang dan rasa selesa.

2. Meningkatkan sistem imunisasi

Madu asli mengandungi enzim, vitamin dan mineral yang mampu memerangi bakteria dalam badan sekali gus meningkatkan sistem ketahanan diri.

3. Membuang toksin

Setiap pagi, amalkan minum madu bersama air suam sewaktu bangun tidur dan perut masih kosong.
Lebih bagus jika ditambah hirisan lemon. Masam-masam manis, sedapnya!
Cara menghilangkan migrain
Foto Kredit: healthylifeland.com

Ia akan mengeluarkan toksin dalam badan dengan meningkatkan pengeluaran air kencing.

4. Kulit makin cantik!

Apabila banyak toksin disingkirkan melalui perkumuhan, darah dan oksigen dapat berjalan dengan lancar dalam tubuh badan.
Ia juga menjadikan kulit semakin cantik dan berseri.

5. Kurangkan berat badan

Jika anda teringin merasa makanan manis, ambil sahaja madu kerana manisnya datang daripada gula semula jadi.

Jadi, anda sebenarnya dapat mengelakkan diri daripada memakan manisan yang sudah tentu dapat menaikkan badan anda.

Malah jika nak tahu, madu juga dapat kurangkan 64% kalori dalam badan.

Hebatnya, dapat diet dalam masa yang sama!

6. Pulihkan sakit tekak

Makanan untuk orang batuk
Foto Kredit: newhealthguide.org

Jika anda batuk dan sakit tekak, segera minum madu bersama air suam. Ia akan melegakan rasa gatal pada tekak.

Begitu juga apabila terasa mahu demam. Ia dapat mengurangkan panas dalam badan.

Sangat mujarab dan amat disyorkan untuk melegakan demam anak-anak. Tapi, jangan berikan pada bayi kecil ya!

7. Kurangkan risiko sakit jantung

Madu mengandungi flavanoid dan antioksidan yang sememangnya amat baik untuk jantung.
Dengan itu anda dapat mengelakkan daripada terkena serangan sakit jantung.
bahan penyedap rasa makanan
Foto Kredit: healthyandliving.com

Apa lagi,

Panaskan air dan jangan lupa tambahkan madu dalam air nanti.

Sedap pun sedap, sihat pun sihat!
siraplimau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...