Ini sayurnya..selalu buat ulam mentah atau salad sahaja.. |
Hari ni kita kongsi resepi mudah-mudah sahaja tapi sedap rasanya hehehe Kalau nak tahu kenalah cuba ye tak?
Bahan-bahannya;
1 pohon salad romaine- potong kecil
1 biji buah tomato, buang isi dan hiris nipis
2 labu bawang merah sederhana besar
2 sudu kerisik- goreng sendiri lebih wangi berbanding readymade (Cik Wan ambil yang lebih buat nasi kerabu semlam heheh)
2 biji cili api, nak pedas tambah lagi
1 biji asam limau nipis
Garam
Gula
*garam dan gula Cik Wan jemput pakai jari jer..so agak-agaklah ye.
Segenggam ikan bilis digoreng garing.
Cara-caranya:
- Satukan hirisan salad, tomato dan bawang.
- Masukkan semua bahan seperti kerisik, garam, gula dan asam limau nipis.
- Gaulkan dengan tangan dan ramas-ramas sedikit (ingat kita buat kerabu bukan buat salad ye hehe)
- Masukkan cili padi dan ikan bilis. Siap!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan