Khamis, 4 Februari 2016

AZMIL MUSTAPHA TETAP KE SURAU MESKIPUN 'MENGESOT'

Sesungguhnya sholat yang paling berat bagi orang munafik adalah sholat Isya' Dan sholat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, niscaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak. (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Demikian jugalah halnya dengan Azmil Mustapha yang baru-baru ini diserang sakit jantung dan kemudiannya dibenarkan keluar hospital. Meskipun masih menjalani rawatan susulan di Hospital Serdang dan masih lemah, namun Azmil tetap menguatkan diri untuk ke surau berdekatan rumah adiknya untuk bersholat.







"Alhamdulillah, Abang Azmil bangun dan rasa lebih sihat dan bertenaga pagi ini. Dia bangun awal dan berkobar-kobar nak ikut saya pegi Surau untuk berjemaah Subuh. Saya cuak jugak nak bawak, but he said "I'm fine".

"Namun sebaik sahaja taslim, Abang Azmil dah tak larat duduk atas kerusi. Dia turun duduk atas lantai, dan kemudiannya terbaring. His breath was laboured and he looked in pain. We let him rest there for a while.



"Setelah semua jemaah pergi, tinggal lah kami dua beradik dalam surau. Lebih 20 minit juga Abang Azmil cuba mendapatkan balik nafasnya dan tenaganya. Perlahan-lahan dia menghensot ke muka pintu Surau, dan sambung berehat di sana pula. Setelah 10 minit lagi, baru boleh dia bangun perlahan2 dan duduk atas wheelchair untuk perjalanan pulang ke rumah.

"Harap semua dapat terus berdoa untuk kesihatan Haji Azmil dan supaya Allah SWT kembali kan kekuatan dan kudrat, serta mempertingkatkan semangat supaya dapat terus berjuang," ujar adiknya Aziph Mustapha.

Doa kita, moga Azmil diberikan kekuatan dan kesihatan untuk terus meghadapi dugaan Allah SWT. Amin.










 http://www.myartis.com
Foto: Aziph IG

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...