Yang
paling berkuasa dalam diri manusia ialah hati, hati umpama raja, pancaindera
dan segala anggota badan bagaikan rakyat yang tunduk patuh kepada perintah hati.
Maka jagalah hati
Mula-mula
kita perlu bersihkan hati, macam mana nak bersihkan hati?
Pertama,
doa. Setiap kali solat atau bila-bila masa kita yang lapang mohonlah agar Allah
SWT menyucikan hati kita dari segala rasa tak puas hati, marah, iri hati dan
sebagainya dan diberikan hati yang bersih, ikhlas dan rendah hati semata-mata
kerana-Nya.
Kedua,
zikir. Kalau kita baca buku Tok Kenali, Tok Kenali berzikir dengan surah
Al-Ikhlas, kita pula pilihlah satu untuk dijadikan zikir harian. Tiap-tiap hari
buat (konsisten), mulakan dengan 30x, 100x, 1000x dan seterusnya. Kalau tak
mampu buatlah sekadar yang boleh dan secara konsisten, ini yang penting.
Ketiga,
banyakkan dengar pada perkara-perkara yang positif, kurangkan dengar muzik,
dengar ceramah yang kurang baik, jangan lihat pada perkara-perkara negatif,
kurangkan bercakap perkara yang tidak faedah atau sia-sia, membaca buku yang
tiada aura positif. Sepatutnya kita pusatkan semua pendengaran dan penglihatan
kita pada perkara yang positif. Bila aura positif dikeliling kita rezeki senang
masuk, hidayah pun senang masuk, pertolongan Allah SWT pun senang terima.
Keempat,
rawat hati dengan ayat suci Al-quran. Ini adalah satu kaedah terapi yang sangat
mujarab. Rawatan hati dengan menggunakan ayat suci Al-Quran. Baca Al-Quran saja
pun boleh dengan tafsir sekali pun lagi bagus. Bagi diri saya, saya lebih suka
baca Surah Yassin… setiap hari... pada diri kalian terpulanglah. Tapi memang
mujarab bila kita ada penyakit hati, masalah hati, masalah dunia, rawatlah
dengan ayat Al-Quran… Insya-Allah dilapangkan selapang-lapang jalan... bayangkan
masalah hati yang sakit akibat orang mengumpat boleh dihapuskan... lega
Kelima,
berbicara dengan Allah SWT. Selalulah berbicara dengan-Nya. Nak cakap dalam
hati pun boleh nak cakap perlahan-lahan pun boleh. Tapi janganlah sampai orang
dengar. Nanti dikatakan gila ke cakap sorang-sorang. Tapi mereka tidak tahu
yang kita sedang bercakap dengan Allah SWT Selalunya apabila kita berbicara
dengan Allah SWT, tak kiralah kita berbual kosong ke, kita bertanya soalan ke,
kita sedang mengucapkan terima kasih ke... semua ini akan dijawab oleh Allah SWT
melalui perantaraan seperti surat khabar, ceramah, buku dan sebagainya. Pernah
tak kita dengan secara tak sengaja terbuka buku yang tak pernah kita baca, tapi
bila dibelek-belek ada jawapan yang kita sedang fikirkan selama ini… Ini lah
petunjuk yang dimaksudkannya, dengan adanya lorongan-lorongan yang diberikan
oleh Allah SWT kepada kita, nescaya kita sedang dibimbing kejalannya. Lihatlah
betapa penyayangnya dan pemurahnya Allah SWT sedang memandu kita berada diatas
jalan-nya yang benar. Dan jika hidayah ini tiada, maka seperti cacing
kepanasanlah kita, teraba-rabalah kita dalam terang, hati kita gundah gulana
seperti kehilangan kekasih hati...
Keenam,
solat malam dirikanlah… manakala solat wajib jangan tinggal… Di sini saya ingin
memberi tips bagaimana membuatkan hati kita suka pada solat… caranya begini… Bila
tiba waktu solat sentiasa berkata Allah dah panggil saya, saya pun
suka/rindu/sayang sangat nak jumpa Allah… cepat-cepat ambik wudu’... lama-lama
kita buat macam ni… kita “training” hati kita macam ni… Insya-Allah senang
hendak solat. Bila kita cakap perkataan rindu, sayang nak jumpa..lama-lama
memang kita rindu kalau tak jumpa..dan bila sudah terbiasa, kita sudah tidak
payah lagi nak cakap rindu ke sayang ke… hati kita dan kaki kita terus sahaja
melangkah untuk dirikan solat… terdorong macam tu aje… mudah sangat… sebab
memang hati kita rindu bila tak membuangkan segala masalah dunia ini pada dia… Dan
kebaikkan hasil dari “training” ini, bila kita terdetik je nak solat malam… memang
mudah sangat seolah-olah kita digerak untuk bangun malam… jam badan kita sudah
mula berfungsi…
Ketujuh,
perbanyakkanlah berpuasa. Sebelum nak perbanyakkan berpuasa sunat… lihat dulu
puasa wajib kita. Adakah kita sudah merasa akan kemanisan dan kenikmatan setiap
kali bulan Ramadhan tiba. Apabila kita berasa suka hati akan ketibaan Ramadhan kita
juga akan berasa senang dan mudah untuk berpuasa Sunat... kenapa saya berkata
begini sebab ikhlas. Kita kena ada hati yang sangat ikhlas untuk melakukan
sesuatu ibadah terutama yang melibatkan nafsu. Nafsu makan sukar nak
tahan-tahan… apatah lagi berpuasa bukan dalam bulan Ramadhan… godaan… betul
tak?Macam mana nak membina hati yang ikhlas… niatlah dihati kerana Allah SWT… Insya-Allah
apabila hati mendengar niat kerana Allah SWT, ia akan tunduk.
Yang
seterusnya jaga hati, bagaimana nak jaga hati?
Pertama,
tolong buangkan semua sikap kita yang suka mengumpat, mengata, mengeji,
bersangka buruk, mengutuk, bajet bagus, mencerca, mengadu domba semualah sikap
yang sangat-sangat negatif ini. BUANG SEMUA… Banyakkan mendiam diri dulu, kita
diam bukan sekadar diam ye, diam-diam kita untuk menjauhkan mulut kita dari
berbicara perkara yang sia-sia atau terngumpat orang, jangan pula kalau sesiapa
bertanya kita diam pula… Dan jika ada sesiapa dikalangan teman kita yang
mengumpat sila tinggal kumpulan tersebut… atau nasihatkan dia supaya tidak
berbuat demikian… kalau tak makan saman dengan cara terhormat sila elak kawan
atau teman seperti itu. Kenapa sebab jika kita dengar sama maka pahala solat
kita habis semua bagi kat orang kita ngumpat, terima kasihlah banyak-banyak
kerana memberi pahala percuma… (kalau tak caya sila rujuk hadis). Kalau
terngumpat sila istighfar banyak-banyak moga-moga Allah SWT mengampunkan dosa
kita. Belajarlah berkata yang baik-baik, berfikir yang baik-baik, pandang yang
baik-baik, Insya-Allah hati kita juga baik-baik.
Kedua,
tolong buang semua penyakit hati didalam diri. Jangan ada iri hati, dengki,
sombong, berlagak, sakit hati, dendam, marah dan sebagainya. Buang semuanya
penyakit hati ini... Misal kata kita terlihat seorang kafir ini (bukan kafir
harbi ye, kafir tu memang dah tegar tolak Islam), kita kutuk dia dengan mengata
dia ni pasti masuk neraka jahanam. Ajar hati kita, cakap dengan hati kita, jika
dia mengucap 2 kalimah Syahadah dia terus bersih sebersihnya dari dosa… tapi
kita belum tentu sebersih macam dia… apa kita rasa… rendah hatikan… begitulah
yang patut kita buat jika kita hendak didik hati kita supaya tidak bangga diri
dengan apa yang kita miliki.
Jika
ipar duai kita atau mak mertua yang suka dok kutuk kata belakang kita ke depan
kita ke, apa yang kita perlu buat, doakan dia supaya dia sedar diri sebab
mereka mungkin tidak terima hidayah dari Allah SWT sebenarnya, kesiankan mereka…
sebab hati mereka banyak sangat sifat negatif langsung tak nampak cahaya Ilahi.
Oleh itu kita minta dari Allah SWT supaya dikurniakan hidayah keatas hati
mereka. Jangan kita membalas pula, kita duduk diam-diam. Biar kerja-kerja ini
Allah SWT yang selesaikan. Nampak tak caranya? Kita pula teruskan persiapkan
diri kita untuk bertemu dangan Allah SWT, itu yang penting.
Jika
kita marah, sakit hati atau berdendam dengan orang, maafkanlah sahaja, sebab
dengan maaf kita buang penyakit hati ini. Jika kita berasa iri hati dengan
kekayaan orang lain katakanlah, kita cuba renung balik apa yang Allah SWT
berikan pada kita, ada tak orang disekeliling kita menyusahkan kita, cukup tak
apa yang Allah SWT berikan… Kalau jawapan kita tiada orang yang menyusahkan
diri kita dan cukup segalanya, bersyukurlah kerana kalau teman kita tu banyak
duit pun dia hendak bantu ahli keluarga dia sakit ke, susahke, jadi kita cakap
kat hati kita bahawa Allah SWT telah berlaku adil pada semua makhluknya,
semuanya ada bahagian masing-masing dan sangat adil. Dengan perasaan yang
demikian penyakit iri hati, dengki tu semua hilang, maka dengan tidak semena-mena
Allah SWT akan tambah rezeki kita lagi kerana kita telah bersyukur. Macam
itulah hendaknya, buang semua penyakit hati lama-lama kita dengan senang
membebaskan diri kita dari penyakit hati. Mudahkan. Perbanyakkan latihan, bila
sesuatu kejadian atau lintasan yang negatif di fikiran atau masalah, cuba kita
kembali kepada-Nya dengan memotivasikan diri kepada minda yang positif supaya
hati kita juga positif dan menolak jauh semua penyakit hati ini.
Ketiga,
maafkan semua orang walaupun pedih, tapi maaflah. Sebelum tidur, ambil wuduk,
doa dulu atau mengucap, maafkan semua orang (termasuk ibu bapa) yang pernah
menyakiti hati kita samada hidup atau yang sudah meninggal lepas tu istighfar
sampai kita lena.
Keempat,
cari kawan yang pemikiran positif dan hatinya ingin kearah kebaikkan. Mulai
dari sekarang tolong pilih kawan yang mengajak kita ke syurga. Insya-allah
senang hidup kita. Jika orang tidak mahu kawan dengan kita pun, tak perlu susah
hati, Allah SWT kan ada. Jadilah teman dia, berdampinglah dengan dia lagi
seronok. Nampak tak caranya, semua permasalahan kita positifkan ia supaya hati
kita mudah di lentur, lembut, rendah hati, senang dengar kata kerana semua ini
akan menyenangkan hidayah untuk bertapak. Kesimpulannya, berkumpullah dengan
orang yang soleh-soleh, Insya-Allah kita juga Soleh/Solehah.
Kelima,
tingkatkan ilmu. Ini penting sangat-sangat. Ada ilmu barulah boleh beramal
takut sesat… Nak mengenal hati bacalah buku berkaitan dengan Hati, kalau nak
mempebetulkan cara ibadah baca buku yang berkaitan, kena adalah sedikit ilmu
sebab kalau kita pergi ke majlis ilmu kita akan tapis setiap ceramah yang kita
dengar… bila tak jelas kita tanya soalan atau cari balik buku-buku rujukan,
bukan ambil bulat-bulat isi butir yang penceramah berikan. Dia juga manusia tak
lari dari kesilapan. Walaupun kita dilahirkan beragama Islam dan belajar
mengenai Islam di sekolah sebenarnya itu belum cukup lagi… Diri kita sendiri
kena cari lebih dari itu, teroka lagi ilmu Allah SWT banyak lagi ilmu yang kita
ketinggalan, ilmu-ilmu yang tahap tinggi seperti ahli-ahli sufi dapat kita pun
boleh dapat tapi bagaimana caranya kenalah berusaha mencarinya dari sekarang.
Keenam,
hindarkan dari memberi signal-signal negatif kepada alam sekeliling... jika ada
masalah atau kekurangan pada diri… jangan suka memberi kata-kata negatif
sebaliknya selalu berkata pada diri kata-kata yang positif… contohnya: kalau
kita tak cantik pun kata cantik… kerana apabila kita selalu berkata dalam diri
perkataan cantik… satu hari nanti secara kita tidak sedar, diri kita juga
berubah kearah itu… Apa-apa pun kelemahan just cakap yang positif... Insya-Allah
your dream will be come true… Kenapa boleh jadi begini… sebab minda bawah sedar
kita yang bekerja menjadi apa yang kita fikirkan… begitu juga jika kita hendak
mengenali Allah SWT Niatkan dalam hati… tiap-tiap hari niat nak mengenali Allah
SWT, jangan lupa buat apa yang Allah SWT suruh dan tinggal apa yang
dilarangannya… Insya-Allah kita pasti akan kenal dan sayang dengan Allah SWT
lebih dari manusia.
Akhir
Sekali....
Dan
ikhlaskanlah hati, ikhlaskan hati kita dalam melakukan 2 perkara diatas iaitu
semasa menjaga hati dan semasa membersihkan hati. Niatkan dalam hati tujuan
kita dan niatkan kerana Allah SWT Dengan berniat kita tidak akan terpesong dari
jalan yang lurus dan Allah SWT akan memimpin kita. Memimpin hati kita kearah
yang betul yang mana selama ini kenapa kita malas sangat nak bersolat, kenapa
suka cakap banyak, kenapa buat perkara sia-sia, kenapa itu kenapa ini… semua akan
terjawab. Apabila kita ikhlaskan hati, segala perbuatan, pertuturan dan
pemikiran kita bergabung menjadi satu matlamat iaitu mendapat redha Allah SWT
Hati yang ikhlas, jiwanya bersih, hidayah pun senang masuk… sebab itu ikhlas
adalah aura yang tersangat penting untuk menjayakan misi kita bertemu dengan Allah
SWT di akhirat nanti.
Apa
Hasilnya Jika Kita Melakukan Terapi Hati?
Ya,
kita bagai tedorong untuk melakukannya tanpa rasa malas, tertangguh-tangguh, bila
sampai waktu terus mendirikan solat, bila ada orang meminta terus kita memberi,
setiap kali solat tak ketinggalan membaca Al-Quran, nak buat kebaikkan terus
buat tanpa ternanti-nanti… beginilah keadaan orang yang menjaga “Hati”
memudahkan cara hidup mereka. Penuh dengan keimanan dan ketakwaan yang sangat
ikhlas. Hati kita sendiri bagai terdorong dengan sangat sangat mudah… Masya-Allah,
Subhana-Allah… tak tau nak cakap. Inilah yang saya katakan “hati” itu dapat
menjaga 5 rukun Islam dengan senang sekali. Kesimpulannya: segala ibadah kita
akan terjaga.
Inilah
hakikatnya, bila hati dijagai dibersihi… Insya-Allah ibadah kita senang… sungguh
senang nak didirikan, dijalankan, ditunaikan tanpa paksaan, tanpa perlu berdolak
dalik lagi, tanpa suruhan… Nampak tak? Kita juga senang sangat-sangat terima
hidayah atau petunjuk dari Allah SWT
Demikian
juga bagi orang yang menjaga hati, kesihatan diri lebih baik dari orang yang
tidak menjaga hati. Tiada penyakit kronik seperti jantung, kencing manis, darah
tinggi atau buah pinggang, terdapat kajian yang telah membuktikkannya (kalau
rajin bolehlah cari). Kajian di barat menunjukkan gaya hidup orang yang
bermasalah dan orang yang positif terhadap penyakit yang dihadapi. Didapati
orang yang positif, hayat mereka panjang dan tiada penyakit begitulah
sebaliknya… kenapa ini berlaku, orang yang menjaga “HATI” dirinya tenang, aman,
tidak celaru, mudah, tersusun, lemah lembut, positif, tidak pernah berputus asa…
itulah kunci kesihatan mereka. Sekarang nampak tak bagaimana hati menjaga
kesihatan kita, dan lagi wajah kita awet muda!!
Dari
segi keselamatan pula, kita nak tahu macam mana hati boleh menjaga keselamatan
diri kita… orang yang menjaga “Hati” senang mendapat gerak hati atau kata hati
yang sangat kuat. Jika ada bahaya yang bakal terjadi atau orang yang mempunyai
niat yang tidak baik, gerak hati mereka atau kata hati akan memberi
signal-signal atau lintasan amaran, waspada yang kita sendiri akan tahu… lihat...
kuasa hati yang Allah SWT berikan amat berguna pada diri kita yang lemah ini.
Dan
orang yang menjaga hati, akan terjaga sama seluruh rezeki dan pendapatannya
dari perkara-perkara haram dan subhah... kerana hatinya bersama Allah SWT, maka
nafsu kehendak dan keinginan kurang. Bukan tak nak langsung tapi kurang.
Misalnya, pakaian yang cantik-cantik, saya pun suka tapi kurang bukan berlebihan
sehingga terpaksa mencari duit yang tidak tahu puncanya (rasuah, amalan riba,
skim cepat kaya, duit infiniti) semata-mata untuk memenuhi selera. Makanan juga
tak perlu bermewah hanya sekadar untuk mengenyangkan perut sahaja supaya tidak
tumbang semasa menjalankan ibadah. Jikalau kita sanggup berbuat demikian,
Insya-Allah badan kita tidak akan gemuk. Apabila kehendak dan keinginan kita
tidak berlebihan, Insya-Allah kita mampu menjaga perkara-perkara haram dan
subhah dalam pendapatan dan rezeki kita perolehi. Kerana hati yang bersih dapat
menurunkan nafsu yang berlebih-lebihan tapi tak salah untuk kita berlebihan
jika kita dapat memberi pada mereka yang kekurangan. Dengan keseimbangan ini
juga dapat membersihkan harta kita dan dapat merendahkan hati kita juga. Ramai
sahabat Nabi yang kaya raya. Abu Bakar Al-Siddiq juga kaya.
Dan
ilmu kita, sebenarnya apa yang saya tulis ini adalah datangnya dari Allah SWT
Dia yang memberi idea dan ilmu ini kepada saya untuk berkongsi dengan para
pembaca yang disayangi. Berterima kasihlah dengan rasa syukur kerana dia
membenarkan ilmu ini dikongsi melalui saya diatas kehendaknya jua. Apa-apa jua
ilmu yang kita dapat dari-Nya boleh ditarik bila-bila masa yang dikehendaki dan
semua dan segala-galanya adalah pinjaman termasuk O2 dan saya sebenarnya adalah
seorang papa kedana di dunia ini.
Pancaindera,
apabila hati kita baik maka ia akan mempengaruhi segala pancaindera untuk
melihat, mendengar, perbuatan, perkataan yang baik-baik. Jika kita ditempat
kerja bermain dengan duit, mata kita tidak akan memandangnya sebagai peluang
tetapi sebagai amanah. Kenapa kita boleh bertahan melihat duit itu kerana mata
hati kita telah mengambilalih dari nafsu. Kerana kerja kita ikhlas kerana Allah
SWT. Begitu juga dengan melihat benda-benda prono… mungkin satu masa dulu kita
semua pernah lihat tetapi apabila mata hati mengambilalih, runtuhnya nafsu
tersebut kerana Allah SWT. Apabila kita mendengar perkataan yang kurang baik
dari mulut penceramah, hati kita sukar untuk mendengar dan menerima perkataan
tersebut... hati tak gembira dan cepat-cepat untuk meninggalkan majlis
tersebut. Apabila hati sudah bertaut dengan Allah SWT kesemua pancaindera kita
dijaga dibimbing didorong untuk melakukan kebaikan sahaja. Lihatlah kalian,
jika hati kita jagai. Masya-Allah Subhanallah… Allah SWT akan jaga dan pelihara
kaki tangan dan seluruh anggota badan kita dari melakukan maksiat... dimana
satu hari nanti anggota badan kita ini juga yang akan membuat laporan ketika
mulut kita terkunci apabila berhadapan dengan Allah SWT kelak.
Hubungan
kekeluargaan, dapat mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga, masyarakat... kerana
hati yang baik selalunya tidak menyimpan dendam atau nak menyakitkan hati semua
pihak. Jadi jangan sangka orang yang diam apabila disakiti itu tidak ada
perasaan. Mereka sebenarnya malas nak layan orang-orang yang berpenyakit hati… sangat
kesian… jadi apa yang perlu kita INGAT ialah orang yang baik kita berkawan
orang yang berpenyakit hati kita kena kesian. Itu aja formulanya kalau ada
diantara kita yang berjumpa dengan orang-orang begini… Mudah bukan… Satu lagi
saya nak ingatkan, jangan suka mempersendakan mereka yang tidak pakai tudung,
mereka yang berpakaian singkat atau apa-apa jua kelemahan dan keburukkan orang…
kerana kalau bukan kita yang jadi macam tu kemungkinan keturunan kita yang
begitu… jadi kalau dah tak de apa nak cakap, nak tulis … diam atau ingat Allah SWT
banyak-banyak dan tolong doakan mereka mendapat hidayah sebab hidayah datangnya
dari Allah SWT bukan dari mulut kita. Dan diharap kita semua jangan suka sangat
nak buka buku akaun dengan manusia. "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad)
tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi
(supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah
petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang
peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada
persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)”. (Al-Qasas:
56)
KESIMPULAN
Kesimpulan:
Ubat Hati = Solat (Terapi Hati (Bersih Hati + Jaga Hati) x Keikhlasan)
Kita
boleh faham kan formula ini..
Dari
hati kecil saya berkata… bukan senang nak “maintain” hati senantiasa baik… bukan
senang kalian… kerana hati apabila diuji kalian tahu bagaimana rasanya dan
jangan sangka orang yang jaga hati tidak boleh berubah... hati boleh berubah
walaupun sesaat... inilah realitinya sebab kita bukan para Nabi yang
terpelihara hatinya… kita hanya manusia biasa yang kerdil… walau apapun yang
terjadi, kita kena cuba jaga hati dan bersihkan hati sehingga semaksima yang
mungkin... jadi sesiapa yang diuji itu Allah SWT sebenarnya Allah SWT sangat
sayang pada kalian… dan terimalah ujian itu sebagai tanda kasihnya Allah SWT
kepada kita… perbanyakkan solat malam sebab inilah sumber kekuatan hati.
Apabila
Allah SWT pusing hati kekiri kita kita boleh berubah menjadi fasik dan munafik
tapi jika Allah .SWT pusing lagi kekanan maka kita pun jadi mukmin, soleh dan
sebagainya. Inilah yang kita takuti dan moga-moga Allah SWT janganlah membolak
balik hati kita dari agama kita setelah Allah memberi petunjuk dan hidayah
kepadakita.
Sebab
itu saya nasihatkan… janganlah buang masa dengan perkara-perkara tidak
berfaedah dan sia-sia… memporak perandakan negara, menjadi musuh kepada orang
Islam sendiri, berhimpun/demostrasi pada perkara yang tidak faedah… actually
banyak lagi kita belum dikejar, dicapai... kalau tengok nak jaga hati nak
bersihkan hati pun, bukan mengambil masa yang singkat... bertahun-tahun... wahai
adikkakak abang-abang... itu belum lagi nak capai Solat, Puasa, Sedekah, Zakat,
Haji kearah kesempurnaan. Kita boleh bayangkanlah Bab Solat pun kita semua
belum lulus lagi (dalam solat pun ada wajib ada sunat… adakah kita sudah
mengetahuinya)... so jangan buang masa dan jangan tunggu sehingga Allah SWT
tarik segala nikmat keamanan yang diberikan... tolonglah hijrahkan hati sebelum
terlambat...
Ingatlah:
jika kita melihat dengan Mata Hati maka kesenangan dan kebahagian dunia dan
akhiratlah jawabnya, tapi apabila kita melihat dengan Mata Nafsu maka huru-hara
dan malapetakalah jawabnya… tanyalah dengan diri sendiri mana satu Mata yang
kita inginkan..
Tahap
hati yang tinggi tiada langsung lintasan samada hati atau fikiran untuk
menyakitkan hati orang lain. Hatinya tiada selera untuk ambil tahu kelemahan
atau keburukkan orang. Jadi jangan ada satu Nano Titik pun penyakit hati dan
mulut yang bersarang dalam diri kita kerana akan rosak seluruh ibadah kita
sebenarnya… Jika kita dapat sampai ke tahap begini… sesungguhnya hati kita, Hanya
ada Allah SWT sahaja yang bertahta... Amin… dan apabila hati itu milik Allah SWT
datanglah beribu ujian didunia… pasti takkan beralih walau seinci pun daripada
tali-tali Allah SWT.
http://perjalanantanpahenti.blogspot.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan