Wahsyi dalam filem the Message |
Wahsyi merupakan hamba kepada Jubair bin Muthim.
Bapa saudara Jubair, Thuaimah bin Adiy telah mati terbunuh di perang Badar.
Ketika kaum Quraisy bersiap untuk berperang Uhud, Jubair menemuinya.
“Jika engkau dapat membunuh Hamzah, bapa saudara Muhammad, engkau akan aku merdekakan. Aku mahu menuntut balas kematian bapa saudaraku di Badar,” kata Jubair kepadanya.
Apabila
tentera Quraisy keluar ke medan Uhud, Wahsyi turut pergi bersama-sama
mereka. Wahsyi merupakan seorang Habsyi yang memang terkenal dengan
kemahirannya untuk melempar tombak , dan jarang sekali sasarannya mereka tersasar.
Apabila
kedua belah pihak bertempur di medan Uhud, Wahsyi keluar mencari-cari
Hamzah untuk dijadikan sasaran. Dia bertemu Hamzah yang ketika itu
sedang bertarung, seolah-olahnya seekor unta yang mengamuk. Hamzah
menyerang setiap musuh dengan pedangnya tanpa seorang pun dapat
melawan.
Wahsyi
bersiap untuk menjadikan Hamzah sebagai sasaran. Lalu dia bersembunyi
di balik batu berdekatan dengan pohon dimana sedang Hamzah bertarung.
Pada fikiran Wahsyi, apabila Hamzah semakin hampir, akan mudahlah untuk dia melemparkan tombak nya itu.
JABAL UHUD
Dengan sekali hayunan, kepala Sibak berguling di tanah. Maka pada ketika itulah, Wahsyi terus mengacung-acungkan tombaknya itu, dan apabila merasa sasarannya tepat, dia pun melemparkannya ke Hamzah. tombak itu tepat mengenai bawah perutnya terus menembusi bawah selangkangnya.
Hamzah cuba
bangun menerkam Wahsyi, tetapi dia sudah tidak berdaya lagi. Wahsyi
berlalu meninggalkan Hamzah di situ hingga dia mati. Kemudian dia
kembali lagi untuk mengambil tombaknya
itu, dan membawanya ke perkemahan. Dia duduk di situ dan menunggu. Oleh
kerana dia tidak punya tujuan yang lain kecuali membunuh Hamzah, dia
berharap agar dapat dimerdekakan oleh tuannya secepat mungkin seperti
mana yang telah dijanjikan.
Apabila kembali
ke Makkah, Wahsyi dimerdekakan oleh tuannya. Selepas itu, dia terus
tinggal di Mekah. Apabila kota Mekah ditakluki oleh Nabi Muhammad,
Wahsyi melarikan diri ke Thaif dan menetap di sana.
Ketika
rombongan orang-orang Thaif bersiap-siap hendak menemui Nabi Muhammad
untuk memeluk Islam, dia merasa serba salah dan tidak tahu ke mana harus
melarikan diri.
Dia berfikir
untuk melarikan diri ke Syam, atau ke Yaman, ataupun ke negeri-negeri
lainnya dan keadaan ini menyebabkan dia seperti menjadi orang buruan
sehingga merasakan dirinya susah sekali.
Makam Para Syuhadah Perang UHUD
Tiba-tiba ada
orang yang datang kepadanya memberi nasihat. “Apakah yang engkau
takutkan? Muhammad tidak membunuh orang yang masuk ke dalam agamanya dan
menyaksikan syahadat kebenaran!” katanya kepada Wahsyi.
Wahsyi tidak
punya jalan lain kecuali menerima nasihat itu. Dia menuju ke Madinah
untuk menemui Nabi Muhammad. Tanpa diduga tiba-tiba Nabi Muhammad
melihat dia berdiri di hadapannya menyaksikan syahadat kebenaran itu.
Nabi Muhammad menoleh kepadanya.
“Apakah engkau ini Wahsyi?” Nabi Muhammad bertanya.
“Saya, wahai Nabi Muhammad!” kata Wahsyi.
“Duduklah! Ceritakanlah bagaimana engkau membunuh Hamzah,” kata Nabi Muhammad.
Wahsyi kemudian
menceritakan kepada Nabi Muhammad cara dia membunuh Hamzah dari awal
hingga akhir. Setelah selesai bercerita, Nabi Muhammad berkata kepada
Wahsyi, “Awas! Jangan lagi engkau datang menunjukkan wajahmu kepadaku!”
Selepas itu, Wahsyi terus menjauhkan diri dari Nabi Muhammad, sehinggalah Nabi Muhammad meninggal dunia. Apabila
kaum Muslimin keluar untuk berperang menentang Musailimah Al-Kazzab,
pemimpin kaum murtad di Yamamah, Wahsyi turut serta untuk melawannya. Saat
Khalifah Abubakar mengirim pasukan ke Yamamah untuk menumpas nabi palsu
Musailamah Al Kadzdzab, Wahsyi ikut serta dalam pasukan ini dengan
membawa tombak yang dahulu ia pergunakan membunuh Hamzah.
Ketika orang-orang sedang bertempur, Wahsyi mencuri-curi masuk dan melihat Musailimah sedang berdiri pedang yang terhunus ditangannya. Dia pun membuat persiapan untuk melempar tombak nya. Di sebelahnya ada seorang dari kaum Ansar yang mempunyai tujuan yang sama, iaitu membunuh Musailamah.
Ketika orang-orang sedang bertempur, Wahsyi mencuri-curi masuk dan melihat Musailimah sedang berdiri pedang yang terhunus ditangannya. Dia pun membuat persiapan untuk melempar tombak nya. Di sebelahnya ada seorang dari kaum Ansar yang mempunyai tujuan yang sama, iaitu membunuh Musailamah.
Wahsyi terus mengacung-acungkan tombak itu ke Musailimah. Apabila dia merasakan bidikannya sudah cukup tepat, dia pun melempar dan mengenai sasaran. Orang Ansar itu kemudian menamatkan riwayat hidup Musailamah dengan pedangnya. WaWahsyi
berkata, "Sungguh dengan tombak ini saya telah membunuh sebaik-baiknya
manusia, yaitu Hamzah, saya berharap semoga Allah mengampuniku, karena
dengan tombak ini pula saya telah membunuh sejahat-jahatnya manusia,
yaitu Musailamah…!"
Tetapi jika benarlah dia yang membunuhnya, maka dengan demikian, dia telah membunuh Hamzah, orang yang terbaik pada masa hidup Nabi Muhammad dan juga membunuh orang yang paling jahat sesudah Nabi Muhammad, iaitu Musailamah.
mediaserius
Tiada ulasan:
Catat Ulasan