Kali ini aku ingin berkongsi satu rahsia untuk kelihatan cantik cara Islam. Siapa yang tidak mahu cantik, putih, gebu dan tanpa sebarang masalah kulit di wajah. Tanya sahaja semua wanita pasti ingin kelihatan cantik.  Usaha yang boleh dibuat adalah dengan menggunakan produk kecantikan.
 
Dengan lambakan produk di pasaran dengan cara pemasaran yang dibuat menarik hati wanita untuk membelinya, membuatkan kaum hawa pening kepala untuk memilih produk yang terbaik untuk mereka.


Aku sendiri yang mengendalikan kolum Pilihan Editor dalam Mingguan Wanita.  Kolum preview produk kecantikan. Setiap minggu aku menceritakan produk kecantikan sehinggakan aku sendiri tidak tahu hendak pilih yang mana untuk dipakai. Ya aku bukannya tidak percaya produk yang ada cuma lebih selamat menjaga kecantikan cara Islam.

Antara amalannya seperti;



1. Jangan tinggalkan solat kerana wuduk itu penting. Air wuduk yang terkena wajah kita 5 hari kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah dan juga hati.

2. Minum air suam sebaik bangun dari tidur. Iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu. Biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil berselawat 3 kali kemudian baru ditelan. Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yang boleh menjadi ubat.

3. Urut wajah dari bawah dengan selawat. Kemudian urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. Amalkan setiap hari.

4. Berdoa setiap kali melihat cermin. Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa (Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka). Kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar indah seperti wajah Nabi Yusuf a.s

5. Untuk tampil cantik kita perlu sabar tanpa rungutan disebaliknya. Contohnya kita bersabar apabila anak membuang makanan di lantai beberapa kali. Namun disebalik sabar kita itu membebel dikemudiannya. Jika kita bersabar dan tanpa rungutan muka kita akan kelihatan berseri, walau kita bukan dalam kategori orang yang cantik.
  mingguan wanita