Pernahkah anda alami 5 situasi di bawah? Jika pernah sudah tentu anda telah mengetahui natijah tindakan susulan anda. Tetapi kepada sesiapa yang belum pernah mengalami situasi sedemikian, berikut adalah tip-tip terbaik untuk mengendali tindakan seterusnya:
1. Anak anda mendapat kecederaan di kepala hingga tidak sedarkan diri.
Tindakan awal anda mungkin membawa mangsa tersebut balik ke rumah atau mengejarkan mangsa ke hospital. SALAH! Mengikut pakar, tindakan bijak yang perlu dilakukan ialah menghubungi 999 untuk bantuan kecemasan.
Ini
kerana dengan kecederaan kepala, anda tidak tahu betapa seriusnya
kecederaan yang dialami. Mangsa mungkin turut mengalami kecederaan otak
atau tulang belakang, dengan mengubah kedudukan mangsa mengakibatkan
keadaan bertambah buruk.
Apa yang perlu anda lakukan ialah
memastikan mangsa masih bernafas dan mempunyai nadi. Jika jawapannya ya,
anda boleh menepuk mangsa sedikit dan memanggil namanya untuk melihat
samada kanak-kanak itu masih sedar. Jika mangsa tidak bernafas mulakan
CPR dengan segera.
2. Anak anda hilang di tempat awam.
Tindakan awal anda mungkin mencarinya sendiri. SALAH!
Dalam keadaan dunia sekarang, kita harus mengandaikan yang terburuk.
Mencari seorang diri di tempat yang luas dan besar akan mengambil masa
yang panjang. Tindakan yang sewajarnya ialah meneliti di kawasan
sekeliling anda dan menjerit memanggil namanya.
Jika itu tidak
berhasil, minta pertolongan dan bantuan daripada kakitangan di tempat
tersebut dengan segera. Pekerja dan kakitangan gedung-gedung yang besar
selalunya telah dilatih untuk mengatasi situasi sebegini. Mereka boleh
memantau laluan keluar masuk, memeriksa tandas-tandas dan sebagainya.
Jika tindakan itu gagal untuk menemui anak anda, hubungi polis dengan
segera.
3. Anda melihat anak kecil anda memegang
botol ubat atau bahan keperluan rumah yang merbahaya dan anda tidak tahu
samada ia telah menelannya.
Tindakan awal anda mungkin menyimpan bahan tersebut dan memerhati keadaannya samada jika dia mula jatuh sakit. SALAH! Pakar-pakar mengesyorkan supaya anda tidak tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.
Sebaliknya,
bawa anak anda untuk menjalani pemeriksaan atau hubungi bantuan
kecemasan dengan segera. Mereka boleh memberi nasihat samada bahan
tersebut tidak beracun atau pun membawa anak anda ke bilik kecemasan.
4. Anda dapat lihat tubuh anak anda di dasar kolam renang.
Nauzubillah!!! Jika keadaan ini berlaku apa yang terlintas pada fikiran setiap ibu bapa ialah terjun dan selamatkan. SALAH! Mengikut kata pakar kebanyakkan orang tidak mampu untuk melakukannya bersendirian.
Tindakan
yang sewajarnya; jika boleh, ialah dengan memberitahu orang lain apa
yang terjadi dan meminta mereka menghubungi bantuan dengan secepat
mungkin. Kemudian, sebelum anda terjun cari sesuatu untuk mengapungkan
tubuh anda.
Sejurus keluar dari air, cuba hidupkan semula jantung
dan paru-parunya dengan melakukan CPR. Teruskan CPR samada sehingga
bantuan tiba, anak itu kembali pulih atau sehingga anda sudah tidak terdaya lagi.
5. Semasa perkelahan di tepi pantai, anak anda telah terkena senggatan ubur-ubur (jellyfish).
Tindakan
awal anda mungkin membasuh tempat senggatan tersebut dengan air bersih
atau sebarang bahan alkohol atau bagi sesetengah orang menyiramnya
dengan air kencing. SALAH!
Tindakan yang
sepatutnya anda lakukan menurut pakar perubatan ialah, membilas tempat
senggatan itu dengan air laut. Air tawar atau air yang anda rasakan
bersih sebenarnya akan menambahkan kesakitan.
Seterusnya buang
semua sesunggut binatang berkenaan yang boleh anda nampak. Tekap tempat
berkenaan dengan cuka putih (white vinegar) sehingga kesakitannya
hilang. Jika keadaan bertambah buruk kejarkan ke hospital.
panduan percuma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan