Khamis, 4 Februari 2016

Tabung Haji umum bonus tahunan 5 peratus kepada 8.85 juta pendeposit

Tabung Haji umum bonus tahunan 5 peratus kepada 8.85 juta pendeposit
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan pembayaran bonus sebanyak 5 peratus kepada 8.85 juta pendeposit bagi tahun kewangan 2015. - Gambar fail
 
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan pembayaran bonus tahunan sebanyak 5 peratus kepada 8.85 juta pendeposit bagi tahun kewangan 2015.

Selain itu, bonus tambahan 3 peratus juga diberikan kepada pendeposit yang belum menunaikan ibadah haji sekali gus menjadikan bonus keseluruhan 8 peratus.

Pengumuman itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Bangunan Tabung Haji di sini hari ini.
 

"Pada asalnya, TH merancang untuk mengagihkan keseluruhan keuntungan 2015 sebanyak RM3.53 bilion sebagai bonus.

"Namun, setelah mengambil kira pandangan Bank Negara Malaysia dan prospek ekonomi tahun ini, TH akan menyimpan RM300 juta dari Keuntungan Boleh Agih tahun ini kepada Rizab Boleh Agih tersebut," kata Jamil Khir pada sesi pengumuman itu.

Hadir sama pada majlis pengumuman itu adalah Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail.

Tahun lalu, TH membayar bonus sebanyak 6.25 peratus kepada 8.6 juta pendeposit dengan bonus tambahan dua peratus diberikan kepada pendeposit yang belum menunaikan ibadah haji.
Dividen dan Bonus
awani

Ta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...