Allah
s.w.t. telah mengurniakan kepada kita dengan nikmat yang terlalu banyak
sehingga kita tidak mampu hendak mengira. Antara nikmat-nikmat itu
ialah nikmat yang dapat kita rasai dengan 5 pancaindera kita yakni mata
dapat melihat, telinga dapat mendengar, hidung dapat menghidu, lidah
yang dapat merasa makanan atau minuman dan kulit pada anggota tubuh
badan kita yang dapat merasa cuaca panas atau sejuk dan pakaian lembut
atau kasar.
Melalui pancaindera ini saja sudah terlahir berjuta-juta nikmat tanpa kita sedar. Itu baru nikmat yang dapat dikecapi dengan 5 pancaindera. Nikmat masih dapat menghirup udara (masih bernafas), nikmat masih beragama Islam, nikmat dapat lahir dari perut seorang ibu yang beragama Islam, nikmat menjadi warganegara dalam sebuah negara yang tiada huru-hara (stabil), nikmat berjiran dengan mereka yang kita kenal atau tidak. Ada banyak lagi nikmat yang kita tak perasan telah dan sedang kita kecapi ketika ini. Nikmat membaca penulisan ini tanpa perlu membeli buku dikedai juga antara nikmat yang baru muncul untuk umat akhir zaman.
Dengan kesemua nikmat yang telah kita kecapi dan sedang kita nikmati sekarang dan akan kita kecapi esok lusa haruslah kita bersyukur. Firman Allah ta'ala dalam hadith Qudsi, 'Jika kamu bersyukur keatas nikmatKu nescaya Aku akan tambah nikmat tersebut.' Bukan itu saja, bukan sekadar bersyukur saja yang perlu dalam amalan harian kita bahkan melakukan perkara-perkara yang diperintahkan oleh Allah ta'ala kepada kita melalui al Quran, contohnya berpesan-pesan dengan pesan-pesan kebenaran dan berpesan dengan sabra dalam surat Wal Asr yang terjemahannya, 'Demi masa (Allah bersumpah dengan masaa) sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali mereka yang beramal dengan amal-amal soleh dan berpesan dengan pesan-pesan kebenaran (Haqq) dan berpesan dengan kesabaran'.
Ini membawa maksud apabila kita akan melakukan amal soleh (amal kebaikan) hendaklah kita mengajak juga orang lain unt. Contohnya apauk melakukan amal tersebut, bila hendak ke masjid ajaklah sesiapa yang kita kenal, sesiapa yang kita tidak kenal mulakanlah dengan menyebarkan salam. Jika hari ini kita sudah lakukan esok buat lagi, lusa ajak lagi, minggu depan ajak lagi sampai kita tiada lagi.
Orang yang kita tidak kenal yang minggu lepas sudah kita sebarkan salam kepadanya maka minggu ini bolehlah kita mula mengajak dia pula. Kita ajak terus setiap kali berjumpa, ajak dan ajak lagi. Jikalau sudah boleh berbual-bual maka tanyalah namanya, alamat rumahnya dan bila sudah lama kenal dan dia masih tidak mahu dating ke masjid maka carilah dia dirumahnya, jika dia tiada dirumah tinggalkan pesan agar dia dating ke masjid.... katakana kepada wakilnya bahawa kita tunggub kedatangannya di masjid.
Teruskan buat kerja ini sampai Berjaya dan jika suatu ketika nanti dia atau wakilnya sudah marah-marah kepada kita ajaklah lagi, tinggalkan pesan lagi sampai tahap dia atau wakilnya marah kepada kita atau ludah muka kita atau campak sesuatu kearah kita. Haaa... waktu itu kita kena sabra, kita sudah Berjaya buat seperti yang Allah perintah dalam al Quran. Alhamdulillah muka kita sudah kena ludah, wajah kita sudah ada parut sebab objek yang dicampak kearah kita. Jangan lupa bagitau kepada sahabat-sahabat yang suka buat usaha seperti itu untuk pergi mendapatkan ludahnya, pergi untuk mendapatkan parut dimuka. Tidak adillah kalau ludah muka satu orang saja, saya pun nak juga sebab saya pun kerja mengajak manusia kepada Allah juga.
Sedarlah waktu itu hidayat dari Allah pasti datang kepada dia atau kepada kita. Jika kita rasaita sudah ada hidayat namun dengan kedatangan hidayat lagi satu berarti bertambah hidayat untuk kita. Hidayat ini sebenarnya Haq Mutlah Allah ta'ala. Allah ta'ala berhak beri kepada sesiapa yang dia suka nak beri. Kita tiada kuasa memberi hidayat kepada sesiapa tetapi oleh kerana Allah suka apa yang kita usahakan maka Allah berhak memberi hidayatNya kepada sesiapa yang dia kehendaki. Mungkin kita tak sedar dengan usaha kita ditempat tersebut Allah telah bturunkan hidayatNya kepada suatu puak yang seramai 40 orang dipendalaman sebuah negeri di Timur-timur dan kesemua mereka telah dating ke sebuah masjid disana untuk memelok agama Islam.
Atau mungkin dengan asbab usaha kita itu Allah telah buat keputusan bahawa pada Malam Lailatul Qadar 1437 ini harga beras Allah ta'ala tetapkan sebanyak RM1.00 setiap kg dan BR1M untuk tahun 2017 ialah RM 3,000 bagi setiap keluarga yang berpendapatan kurang dari RM5,000. Allah boleh buat apa saja, dengan syarat kita kena buat apa yang Allah ta'ala perintahkan dalam al Quran atau melalui hadith Qudsi yang diberikannya kepada Nabi kesayanganNya yakni Muhammad Rasulullah s.a.w.
Apabila semua ini berlaku maka Allah akan tambah lagi nikmat kerana kita buat kerja atas rasa bersyukur. Buat usaha lagi agar setiap lelaki yang akal baligh dapat dating kepada seruan azan untuk solat berjemaah, setiap wanita dapat menutup aurat mereka dengan sempurna dan setiap anak-anak dapat menta'ati kedua ibu-bapa mereka. Waktu itu Allah angkat semua kebathilan dari kampong kita, dari negeri kita dari Negara kita dan Allah turunkan Rahmat. Apabila semua kebathilan diangkat bermakna tiada lagi remaja yang hidu gam, tiada lagi yang hendak menagih najis dadah, tiada maksiat atau sumbang mahram, tiada yang hendak mencuri dan semua perkara bathil diangkat semuanya. Allah boleh buat apa saja asal kita buat apa yang Allah perintah dan tinggalkan apa yang Allah larang.
Sebab...
Sebab kita memang berasal dari syurga dan tujuan kita bercambah di dunia ini tak lain tak bukan hanya untuk dinilai siapa diantara kita yang lebih baik nilainya walaupun sudah diberi ujian dan yang lulus ujian akan dimasukkan kembali kedalam syurga. Allah ta'ala itu kan ker BAIK. DIA sangat kasih kepada hamba-hambaNya sebab itu yang kafir pun masih mendapat rezeki dariNya. Lalu apabila kita sudah sampai di syurga pasti nikamat disana lebih lagi sebab nikmat yang Allah campakkan kedunia ini sebenarnya cuma 1 bahagian dari 70 bahagian asalnya.
Untuk kembali kepada bahagian yang baik serta berkekalan itu kita kena usaha lagi, kuatkan kerja, ajak manusia kepada Allah pasti Allah pilih kita untuk kembali ketempat asal nenek-moyang kita yakni Adam a.s. Kita umpamakan kita ini seperti padi, selepas dituai padi yang berisi diasingkan dengan padi yang berisi. Padi yang berisi disimpan dalam jelapang sementara padi yang tidak berisi bersama-sama dengan jerami pastilah dibakar. Jadi kita tak nak kena bakar kan?
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
http://blogtokwan.blogspot.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan