Gambar sekadar hiasan sahaja.
Jenazah
adalah jasad yang sudah tidak bernyawa. Jasad itu mesti dimandikan, di
kafankan, di solatkan kemudian di kebumikan. Semua urusan itu
kadang-kala menjadi mudah dan kadang-kala memakan masa yang lama sebelum
sampai ke Tanah perkuburan. Mudah atau lambat urusan itu bergantung
kepada amalan si mati sewaktu hayat masih ada.
Kisah yang hendak Tok Wan coret
disini kali ini adalah berkaitan pengurusan jenazah. Dari pengalaman
sendiri sewaktu memandikan jenazah ada jenazah yang hendak dimandikan
sudah dalamkeadaan bersih dan elok walaupun telah berbulan-bulan
terlantar sakit. Dan ada jenazah yang tidak bersih walaupun baru dua
minggu terlantar sakit. Dengan keadaan kuku panjang yang tidak dipotong,
misai panjang sampai masuk kedalam mulut membuktikan bahawa empunya
jasad tidak mengamalkan kebersihan dan kaum keluarga yang dekat juga
tidak prihatin dalam hal kebersihan.
Islam mengutamakan kebersihan,
solat lima kali sehari boleh membersihkan diri dari kekotoran, dan
jikalau terlantar sakit mintalah sesiapa dari kalangan mahram tolong
wudukkan dan solat boleh diteruskan dalam keadaan berbaring. Jika
perkara utama ini diamalkan pasti bila sampai waktu untuk menjadi
jenazah, maka jasad dalam keadaan bersih.
Pernah sekali peristiwa salah
seorang kawan Tok Wan sendiri beberapa bulan selepas menguruskan jenazah
maka dia berkahwin dengan janda yang ditinggalkan oleh jenazah yang
pernah di uruskannya itu. Alasan paling munasabah katanya ialah,'Bekas
suaminya dulu lumpuh selama lebih satu tahun dan apabila menguruskan
jenazah bekas suaminya itu dia dapati jasad itu bersih, dan kalau
suaminya yang lumpoh itu dijaganya dengan baik terutama kebersihan maka
tak rugi siapa yang kawin dengannya.' Maka mereka pun berkahwin, sesuai
sangat mereka berdua ini yang lelaki umur baru 75 dan yang perempuan
umur baru 60 dan masing-masing berstatus duda dan janda.
Tanggung jawab kita yang masih
hidup sihat ini ialah memastikan orang sakit yang kita ziarahi itu dapat
dijaga kebersihannya terutama kuku, misai, bulu ketiak, bulu ari-ari
dan daki-daki yang dibahagian belakang tubuhnya. Berikan masa untuk
menjaga kebrsihannya bukan memberinya buah-buahan atau buah-buah tangan
yang cuma sebagai hadiah. Memberi masa lebih berharga dari benda-benda
kerana siapa tahu sepeninggalan kita itu nanti itulah masa terakhir
dapat kita bersamanya. Alhamdulillah kita sudah mengerat kukunya dan
tidaklah nanti apabila sampai masa untuk dimandikan dia dalam keadaan
berkuku panjang.
Jenazah yang kuku, misai, bulu
ketiak panjang biasanya tukang mandi jenazah mandikan saja. Tak cukup
masa untuk uruskan bulu ketiak atau kukunya sebab waktu solat fardhu
sudah dekat dan Tanah kubur sudah siap. Lepas solat fardhu terus solat
jenazah untuknya dan jikalau lambat mungkin hari beransur gelap atau
awan semakin tebal yang memungkinkan membawa hujan.
Bukan saja mereka yang sakit
atau uzur yang kita kena perhatikan kebersihannya. Mereka yang sihat
disekeliling kita juga kita kena ambil tahu. Perhatikan kuku anak-anak
kita dah kerat atau belum. Kuku anak-anak sedara kita, kuku anak-anak
jiran kita, kalau belum kerat eloklah kita sendiri yang kerat atau suruh
orang terdekat tolong keratkan. Jikalau dia masih kanak-kanak bagitau
pada dia bahawa kuku panjang boleh menyimpan kuman dan apabila waktu
makan kuman tersebut boleh masuk bersama makanan yang kita makan kedalam
perut dan boleh mengakibatkan sakit, bila sakit kena masuk hospital,
bila duduk di hospital makan kena ikut waktu tak boleh makan ikut suka.
Diri dan batang tubuh kita
sendiri pun kita kena jaga kebersihan tersebut. Buat apalah potong
rambut fesyen macam kita ini bukan orang Melayu bukan seperti orang
Islam. Siapa tahu saat dan tarikh kematian kita mungkin sebentar lagi
atau mungkin sejam dari sekarang. Sedar-sedar kita dalam hospital,
rambut terpaksa dibotakkan sebab nak jahit luka dikepala. Sedar-sedar
kita sudah berada dalam bilik disebuah masjid dan sedang melihat jasad
kita dimandikan dengan rambut punk terbaring. Kita mesti tidak suka bila
melihat jenazah kita dalam keadaan begitu atau begini. Bayangkanlah
sendiri bagaimana jasad kita yang bernama jenazah sedang dimandikan.
Mungkin kita tersangat malu dengan gaya yang ikut kawan kawan sebab nak
lebih perhatian sesama manusia walhal perhatian Nabi dan Allah tidak
kita utamakan.
Tujuan penulisan Tok Wan bukan untuk menakutkan para pembaca, tetapi takut kepada Allah itu memang dituntut. Jika kita
takut kepada Allah pasti syaitan takut kepada kita. Dan apabila syaitan
takut kepada kita pasti kita tidak dipengaruhinya untuk buat perkara
yang Nabi s.a.w. tak suka dan Allah ta'ala juga tak suka.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
blog tok wan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan