Sabtu, 20 Februari 2016

Ramai Pengantin Sekarang Tidak Solat Di Hari Majlis Perkahwinan Mereka

Gambar Hiasan
Tuntutan perkahwinan adalah satu ibadah yang sememangnya menjadi tuntutan dalam Islam dan sudah pasti semua kita yang hidup ini akan berkahwin dengan pasangan yang telah ditentukan olehNya.

Tetapi disebalik perkahwinan yang merupakan satu ibadah ini, ramai kita diluar sana terlupa akan ibadah wajib lain yang menjadi tiang agama iaitu solat.

Disebalik keghairahan pasangan pengantin yang mencantikkan diri diluar sana, ramai antata kita walaupun tidak semua, ada yang mengabaikan solat dihari perkahwinan yang mereka dilayan bak raja.



Ini kerana, ada yang sanggup korbankan ibadah wajib ini dengan alasan sayang untuk membasuh muka untuk ambil solat kerana "make up" yang ada dimuka dibayar mahal, jika terkena air makan akan hilang solekan dimuka berkenaan.

"Sekali make up hari pengantin dah RM300, kalau basuh rugilah RM300."

Tapi solat tiang agama kau tinggalkan demi solekan dimuka berkenaan?

Berikut adalah satu posting yang dimuatnaik ke laman Facebook bernama Nurul Fahana Abdul Rahim yang menyentuh hal ini.

Jom baca.

Pengantin sekarang ramai TAK SOLAT .
.
Ini fakta zaman sekarang. Bila jadi pengantin memang semua nak nampak cantik dan pakaian pun mengerlip. Tapi sayangnya kecantikan itu takut dicemari lalu meninggalkan solat yang wajib buat diri
.
Akibat nak bermekap, mak andam sampai ke rumah pengantin seawal jam 11 pagi. Maka si pengantin pun menadah muka selama sejam dua lamanya, akhirnya siap bermekap setelah hampir jam 1 tengahari
.
Dah tahu Zuhur masuk setengah jam lagi, terus disarungkan busana perkahwinan yang ketat membaluti seluruh tubuh wanita. Tak ada seinchi pun kelonggaran, malah lebih ketat lebih mengujakan
.
Itu belum lagi menyentuh hal mak andam separa alam yang tdk dpt dipastikan jantinanya lelaki mahupun wanita. Maka bersentuhan la kulit sang ajnabi bertopengkan wajah si pari² untuk menatariaskan pengantin akhir zaman yang hanyut dgn kejahilan diri
.
Apatah lagi jika mak andamnya lelaki, walau bersarung tangan tetap dia ajnabi dan si bakal suami pula jenis berpenyakit bisu bila isteri disentuh lelaki yg juga halal untuk dinikahi si bakal isteri
.
Akhir zaman, majlis pernikahan yang sepatutnya mengundang seribu keberkatan dan malaikat rahmat turut sama mendoakan, tlh dicemari dengan kemaksiatan yang tiada berkesudahan
.
Busana yg anggun disarung tadi di bawa pula ke majlis pernikahan untuk mnjadi saksi penyatuan dua hati. Saat sah menjadi isteri, maka tertanggunglah segala dosa atas bahu si suami yg dayus membiarkan sang bidadari menjadi tatapan nafsu ajnabi
.
Hilanglah kesucian dan jatuhlah maruah seorang isteri sebelum mlm pertamanya lagi. Manakan tidak, beratus psng mata melirik menjamu kecantikan si pengantin rupawan yang tidak memberatkan hukum menutup aurat buat dirinya
.
Belum lagi disebut tentang perihal solat yang dianggap remeh di hari persandingan kedua mempelai. Sibuk menjamu telinga dgn bunyi karaoke sampaikan azan pun diperlekeh dan solat juga tercicir
.
Pengantin takut merosak kecantikan majlis dan wajah hanya kerna sudah lengkap berbusana, lalu solat yg fardhu tinggalkan tnpa ada rasa malu melayan tetamu
.
Maka bermulalah episod cinta yang disaksikan kemurkaan Allah swt buat kedua mreka. Namun masih beria berkata LOVE TILL JANNAH

- Siakapkeli.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...