1. Selain mencari kriteria agama, carilah pasangan yang ada wawasan kewangan yang baik.
2. Hindari lelaki yang banyak pakai 'aksesori' sama ada di badan atau di
kereta sendiri yang mana kereta masih hak milik dituntut bank jika
belum habis bayar.
3. Sebagaimana majikan menemuduga pekerja, anda harus menyelidik latar belakang kesihatan kewangan pasangan anda.
4. Jika dia mula meminjam wang dari anda, itu bukanlah petanda bahagia.
5. Jika dia selalu memberikan alasan dompet selalu tertinggal, itu juga satu petanda awal.
6. Jika dia terlalu banyak bercerita mengenai derita hutangnya, semakin lama hutang itu akan menjadi tanggungjawab anda bersama.
7. Cinta benar-benar boleh membuatkan manusia menjadi 'buta'. Hanya
manusia yang tidak buta boleh melihat wawasan kewangan sebagai antara
matlamatnya.
8. Jangan malu untuk bertanya, bila rumah pertamanya akan ada? Jika dia
ragu-ragu, tiada jawapan dan asyik menyalahkan kerajaan atau Ahmad
Maslan, maka jelas sekali bahawa dia memang tidak wawasan.
9. Jika dia hanya bercerita tentang kereta idaman, sebenarnya dia lebih senang dengan simbol dan status kejayaan.
10. Tamparlah diri sendiri untuk menjadi manusia yang waras. Saya tahu
ada segelintir yang tidak bersetuju dan kata susah nak dapat lelaki yang
seperti Aaron Aziz dan dada berbulu.
Seamat berbahagia, selamat pengantin baru. Kahwinlah dulu baru anda tahu.
Artikel diatas ditulis oleh saudara Azizul Azli Ahmad dan telah dikongsikan ke akaun Facebook beliau.
pen patah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan