Sabtu, 12 November 2011

Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi “Mangsa

Oleh: didiefendi

"ipp 9 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi MangsaTak sukar untuk memahami sejarah IPP di Malaysia. Kami akan guna bahasa & penjelasan yang cukup mudah difahami disebalik perjanjian IPP yang telah memberikan tekanan yang cukup hebat kepada TNB, PETRONAS dan juga anda sebagai rakyat Malaysia yang merupakan pengguna tenaga elektrik di Malaysia

Semuanya bermula pada tanggal 31 Mac 1993, Tenaga Nasional Berhad (TNB), pembekal utama tenaga di Malaysia yang juga merupakan syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (Independent Power Plant – IPP) iaitu Yeoh Tiong Lay Corporation Bhd (YTL).


ipp 12 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
Ini merupakan perjanjian PPA yang pertama ditandatangani oleh TNB dengan IPP untuk operasi Stesen Janakuasa Bebas Paka dan Pasir Gudang. Perjanjian PPA yang pertama ini akhirnya telah membuka pintu kepada taikun-taikun tersohor Malaysia pada masa itu untuk bersama-sama menjadi kalangan pemain utama industri IPP di Malaysia. Akhirnya pada akhir tahun 1993 monopoli TNB dipecahkan dalam sektor pembekalan tenaga negara apabila tertubuhnya 5 IPP yang berperanan membekalkan 30.99 peratus bekalan elektrik kepada Grid Kebangsaan.
  1. YTL Power Generation Sdn. Bhd. – Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay (Pemain pertama yang menandatangani PPA dengan TNB)
  2. Segari Energy Ventures Sdn. Bhd – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
  3. Port Dickson Power Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan
  4. Powertek Bhd - Tan Sri T. Ananda Krishnan
  5. Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. – Tan Sri Lim Goh Tong
Setiap apa yang terjadi pasti ada puncanya. Apa puncanya sehingga munculnya IPP dalam industri tenaga negara?
  • Semuanya bermula apabila berlakunya blackout yang terburuk pada tahun 1992 sehingga menyebabkan sebahagian Malaysia “gelap-gelita” selama tempoh 48 jam dan mencetuskan kemarahan & bantahan orang awam
  • Akibatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyalahkan monopoli TNB dalam penjanaan tenagaan elektrik negara di atas masalah yang berlaku pada tahun 1992 itu
  • Akhirnya, IPP telah diberikan peranan dalam sektor industri tenaga negara
Pada masa itu apabila peluang dibuka untuk kontrak IPP, ramai yang membida kontrak IPP sehingga sekitar 150 permohonan telah masuk dalam Unit Perancang Ekonomi (EPU) termasuklah jutawan dan taikun tersohor Malaysia pada masa itu seperti :
  • Jutawan seperti Yeoh Tiong Lay (YTL)
  • Ananda Krishnan (Maxis)
  • Lim Goh Tong (Genting)
  • Syed Mokhtar Al-Bukhary (MMC Corporation)
Mereka juga turut berminat dengan kontrak lumayan IPP ini walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman dalam industri tenaga negara. Mana tidaknya :
  • Kontrak lumayan diikat untuk tempoh yang lama (21 tahun)
  • Keuntungan IPP akan dijamin pulangan oleh kerajaan sebanyak 20% (minimum)
ipp 9 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
Kontrak IPP mencapai ke kemuncaknya menjelang 1997, sebelum bermula krisis ekonomi Asia di mana Malaysia pada masa itu mempunyai lebihan keupayaan tenaga sehingga hampir 50%. Akhirnya yang terkesan TNB juga :
  • TNB wajib membeli tenaga daripada IPP walaupun TNB sebenarnya tidak memerlukan tenaga tersebut. Tetapi di atas dasar perjanjian “berat sebelah” PPA, TNB terpaksa juga membelinya
  • Sehinggalah berlakunya krisis ekonomi 1997, TNB mengalami kerugian yang terburuk dalam sejarah
  • Penyelesaiannya mudahnya tarif elektrik terpaksa dinaikkan kepada anda, anda dan anda semua sebagai pengguna elektrik
Gelombang kedua IPP berlaku pada tahun 2001. Walaubagaimanapun kontrak IPP pada pada masa itu “tidak semewah” dan “kurang istimewa” sebagaimana yang dinikmati oleh pemain-pemain IPP semasa gelombang pertama pemberian kontrak IPP.
Walaubagaimanapun, TNB tidak keseorangan kerana Petronas juga sebenarnya turut menerima “bala” dan menjadi “budak belasahan” akibat wujudnya gelombang pertama IPP di Malaysia. Petrolium Nasional Berhad (Petronas) yang ditubuhkan sejak tahun 1974 lagi turut “diperah” hasil yang diperolehi mereka.
ipp 2 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
Sejak tahun 1997 sehingga tahun kewangan 2010, subsidi gas Petronas yang terkumpul pada jumlah yang boleh dikatakan pada angka yang mengejutkan iaitu sebanyak RM116.4 bilion. IPP sendiri menikmati sebahagian limpahan subsidi sebanyak RM49.3 bilion (42.3%) diikuti dengan TNB (RM37.3 bilion atau 32%) dan lain-lain seperti kecil perindustrian, perdagangan, pengguna kediaman dan NGV menikmati RM29.8 bilion atau 25.6%. Secara faktanya, IPP dan TNB sahaja sudah menikmati sejumlah RM86.6 bilion atau 74.4% daripada jumlah subsidi gas sejak tahun 1997 lagi.
ipp 3 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
Setakat ini, Petronas telah membayar sejumlah RM529,000,000,000,000 (RM529 bilion) kepada Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri, menjadikan Petronas adalah penyumbang terbesar “peti simpanan negara”. Sepatutnya keuntungan Petronas adalah berlipat kali ganda daripada yang diperolehi sekarang ini tetapi subsidi yang tinggi diberikan kepada kepada IPP dan TNB telah mengambil sebahagian besar daripada keuntungan bersih Petronas.  Setiap tahun, Petronas membayar berbilion-bilion ringgit dalam bentuk subsidi gas terutamanya oleh IPP dan TNB.
ipp 6 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
Pada tahun 2005, 40.5% kos operasi TNB telah dibelanjakan untuk membeli elektrik daripada IPP. Bagi tahun kewangan 2010, kos tenaga TNB meningkat sebanyak 2.4% kepada daripada
  • RM16.974 billion (tahun 2009)
  • RM17.379 billion (tahun 2010)
Ini semua disebabkan pembayaran yang lebih tinggi kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) berjumlah RM12.528 billion meningkat sebanyak 5.9 % berbanding tahun sebelumnya (RM11.827 billion). Disebabkan kos bahanapi yang rendah, sekurangnya TNB masih boleh untuk menyerap tekanan kos pembelian tenaga yang tinggi daripada IPP.
ipp 7 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
Tak sukar untuk IPP buat untung atas angin sehingga menekan TNB, Petronas dan seluruh pengguna elektrik di Malaysia :
Inilah yang dinamakan “skim cepat kaya” khas tanpa sebarang risiko untuk golongan atasan supaya mereka terus menggungguli takhta senarai individu terkaya di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...