Khamis, 22 Disember 2011

Abdul Aziz Tinggalkan UIA 31 Disember Ini

22/12/2011
                             Abdul Aziz Tinggalkan UIA 31 Disember Ini


PETALING JAYA – Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari akan meninggalkan universiti tersebut pada 31 Disember ini.

Pengakuan itu disiarkan oleh portal berita The Malaysian Insider yang menghubunginya lewat malam semalam.

“Ia hari terakhir saya berkhidmat di UIA. Saya tidak dipecat tetapi yakin mereka tidak ada alasan kukuh untuk berbuat demikian,” katanya.

Awal bulan ini, beliau tidak menolak kemungkinan akan meninggalkan universiti itu kerana merasakan dirinya tidak lagi sesuai berkhidmat di UIA.

Malah, beliau turut kecewa kerana masih belum mendapat maklum balas daripada pihak pengurusan universiti mengenai statusnya di sana.

Adul Aziz menerima surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh unit undang-undang universiti tersebut pada 19 Oktober lalu ekoran kenyataan beliau yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Sehingga hari ini, beliau berkata, hasil siasatan UIA masih belum diketahui.

mStarOnline   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...