Khamis, 22 Disember 2011

PAS: Perubahan gaji tak seimbang, Najib harus tangguh SBPA

KUALA LUMPUR, 21 Dis ― PAS mahu Putrajaya menangguhkan dengan segera pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) atas alasan perubahan gaji antara kakitangan peringkat bawahan dan atasan tidak memberi gambaran sebenar.


Parti itu, sebagaimana didakwa oleh Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan sebahagian besar daripada 1.4 juta kakitangan kerajaan tidak diberi maklumat yang sebenar mengenai perubahan skim gaji dan sifir gaji.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan perlu mengarahkan satu perundingan semula diadakan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs berkenaan pelaksanaan SBPA.

“SBPA ini patut ditangguhkan. Penelitian kami menunjukkan SBPA menjadi penjawat awam Kumpulan Premier kakitangan emas manakala kakitangan rendah pula dianaktirikan,” katanya.

“Selepas mengadakan perundingan, kita mahu hasil perbincangan itu dibawa ke Parlimen. Kami juga mahukan jawatankuasa pilihan khas diadakan bagi mengkaji semula struktur gaji yang disyorkan menerusi SBPA,” kata beliau lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual mengadakan pertemuan dengan Cuepacs berkenaan kontroversi SBPA esok.

                                               http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/03/mahfuz-omar08.jpg
                                                  

Mahfuz (gambar) yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menegaskan, maklumat yang beliau terima menunjukkan bahawa penjawat awam dalam Kumpulan Premier, yang dianggarkan dalam jumlah sekitar 40 orang, akan menerima gaji antara RM35,000 hingga RM60,000 tidak termasuk elaun tetap, elaun perumahan dan elaun khas pembantu rumah serta lain-lain.


Menurut beliau, penjawat awam dalam kategori satu Kumpulan Premier akan menerima gaji RM60,000, RM45,000 (kategori dua), RM40,000 (kategori tiga) dan RM35,000 (kategori empat).

Beliau menyifatkan kadar itu satu jumlah yang tinggi dan percaya perubahan itu adalah “terlalu besar” berbanding kakitangan peringkat bawahan.

“Sedangkan saya dengar kakitangan Kumpulan Sokongan (kini dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana) menerima kenaikan sekitar RM80, RM100, RM200,” kata beliau.

Katanya, apa yang menghairankan sehingga kini JPA masih belum mengeluarkan sifir gaji - skala perubahan gaji kakitangan awam.

Di bawah SBPA, yang dijadual untuk dilaksanakan mulai 1 Januari ini, menyediakan skim gaji satu lapis berbanding gaji tiga lapis di bawah Sistem Saraan Malaysian (SSM).

Ahad lalu, Cuepacs membuat pendirian tegas meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem SBPA, yang akan dikuatkuasakan 1 Januari ini, dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu.

Badan induk itu mendakwa pihaknya “amat kesal” kerana kerajaan dan JPA tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, yang saiznya 1.4 juta orang, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.

“Kami mahu kerajaan mengadakan perundingan dengan Cuepacs, kami mahu sistem ini dikaji semula... kalau boleh, tangguh melaksanakan SBPA, ada orang kata naik gaji 1 Januari, tetapi mana yang penting, naik gaji 1 Januari atau mendapatkan maklumat betul dan tepat, faedah yang baik.

“Kenaikan gaji 1 Januari boleh dianjakkan satu dua bulan lagi, katakan Mac, kita bayar tunggakan gaji, tiada masalah,” kata Omar.

“Soal penangguhan itu bagi kami, itu perkara kedua dan ketiga, tetapi kami mahukan hak perundingan, mahu hak perundingan dikembalikan, sistem gaji ini dikaji semula, berunding dengan kami,” kata beliau sambil menegaskan urusan opsyen SBPA perlu ditangguhkan.

“Kami meminta ahli-ahli kami tidak menerima opsyen sehingga perkara ini selesai,” kata beliau sambil menambah sekitar 900,000 daripada 1.4 juta kakitangan awam mendapat perlindungan menerusi perjuangan Cuepacs.

Omar berkata, perkiraan pihaknya menunjukkan Ahad lalu, Cuepacs membuat pendirian tegas meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem SBPA dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu.

Badan induk itu mendakwa pihaknya “amat kesal” kerana kerajaan dan JPA tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, yang saiznya 1.4 juta orang, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.

“Kami mahu kerajaan mengadakan perundingan dengan Cuepacs, kami mahu sistem ini dikaji semula... kalau boleh, tangguh melaksanakan SBPA, ada orang kata naik gaji 1 Januari, tetapi mana yang penting, naik gaji 1 Januari atau mendapatkan maklumat betul dan tepat, faedah yang baik.

“Kenaikan gaji 1 Januari boleh dianjakkan satu dua bulan lagi, katakan Mac, kita bayar tunggakan gaji, tiada masalah,” kata Omar.

“Soal penangguhan itu bagi kami, itu perkara kedua dan ketiga, tetapi kami mahukan hak perundingan, mahu hak perundingan dikembalikan, sistem gaji ini dikaji semula, berunding dengan kami,” kata beliau sambil menegaskan urusan opsyen SBPA perlu ditangguhkan.

“Kami meminta ahli-ahli kami tidak menerima opsyen sehingga perkara ini selesai,” kata beliau sambil menambah sekitar 900,000 daripada 1.4 juta kakitangan awam mendapat perlindungan menerusi perjuangan Cuepacs.

JPA membuka opsyen menerima SBPA mulai 16 Disember lalu dan ia akan ditutup pada 30 Disember.

Omar juga mendakwa kakitangan awam dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji.
themalaysiainsider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...