Sabtu, 3 Disember 2011

Resepi Ayam Briyani

AYAM BRIYANI,NASI BRIYANI & ACAR IKAN MASIN




AYAM BRIYANI-
Resepi di ajar oleh kawan kita,ATI...nasi briyani simple katanya...thanks...

Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong dan dibersihkan.

Bahan blend:

1 biji bawang merah besar/ 5 biji shallots
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan Tumis:

bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga
2 biji bawang merah di mayang
5 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak

4 biji tomato dimesin halus
4 sudu besar sos tomato/tomato puree
1 cawan susu cair
lada hijau
daun ketumbar/daun bawang
garam.gula secukup rasa
4-5 sudu besar rempah briyani


Cara:

1. Panaskan minyak sapi bersama minyak masak. Tumiskan bahan tumis bersama bawang merah yang dihiriskan.
2. Masukkan bahan blend dan tumis sebentar.
3. Apabila telah naik bau, masukkan rempah briyani.
4. Apabila rempah telah garing, masukkan tomato blend, tomato puree, lada hijau,garam, gula dan susu. Apabila telah naik minyak, masukkan ayam.
5. Masakkan atas api kecil sehingga naik minyak lagi.
6. Bila dah masak masukkan daun ketumbar/daun bawang tadi bersama kismis.
7. Apabila telah betul2 masak, ambil sedikit kuahnya utk memasak nasi.

namaera

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...