Sabtu, 31 Disember 2011

Hotel Ais Di Kawasan Pergunungan Fagaras.


Tidur di atas katil yang diperbuat daripada ais memberi satu pengalaman unik kepada setiap pengunjung yang menginginkan kelainan ketika bercuti.

Hotel of Ice yang terletak berhampiran tasik glasier Balea di kawasan Pergunungan Fagaras menawarkan pengalaman dan suasana 'sejuk beku' apabila hampir keseluruhan struktur binaannya dihasilkan daripada ais.

Pengunjung turut berpeluang menggunakan kemudahan lain seperti restoran dan bar yang menyediakan gelas dan meja diperbuat daripada ais.

Setiap kali tiba musim sejuk sejak 2005, hotel unik tersebut akan dibina semula untuk menampilkan kelainan menggunakan bahan-bahan semula jadi.

Tukang ukir tempatan bertanggungjawab mengukir bongkah-bongkah ais besar untuk membina dan meninggikan dinding hotel tersebut.

Hotel yang mempunyai antara 10 hingga 14 bilik itu terletak pada altitud 2,034 meter.

Namun, bukan semua pengunjung dapat bertahan menginap di hotel tersebut kerana suhu di dalamnya dicatatkan serendah -4 darjah Celcius, walaupun selimut tebal disediakan.

Hotel of Ice merupakan hotel pertama seumpamanya di Timur Eropah dan pengunjung perlu menggunakan perkhidmatan kereta kabel untuk sampai ke sana

budulagend

Kemewahan Pesawat Peribadi Sultan Brunei

Gambar eksklusif pesawat peribadi Sultan Brunei. Wow!
Assalamualaikum & salam sejahtera
Anda pasti dah tahu bagaimana kekayaan sultan Brunei kan? Sangat mewah sehinggakan rakyatnya mendapat tempias hasil kekayaan Sultan mereka. Ada yang mengatakan sumber gas dapur penduduk di Brunei adalah percuma dan disalurkan melalui paip khas yang dibina ke setiap rumah. Benarkah begitu? Anda cari la sendiri di blog rakan-rakan lain. Mesti ada blogger yang dah cerita pasal benda ni. Sebenarnya artikel kali ini saya ingin berkongsi gambar dengan anda tentang pesawat peribadi sultan Brunei yang sangat mewah. Mungkin dengan gambar ini akan dapat menggambarkan bagaimana kekayaan Sultan Brunei yang sebenar. Jom layan~
Pesawat peribadi Sultan Brunei
Pesawat peribadi Sultan Brunei iaitu Sultan Al-Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddin ialah Airbus 340 yang berharga USD 220 Juta. Di dalamnya terdapat emas menjadikannya sangat mewah.
Pesawat peribadi Sultan Brunei
Pesawat peribadi Sultan Brunei
Pesawat peribadi Sultan Brunei
Pesawat peribadi Sultan Brunei
Pesawat peribadi Sultan Brunei
jomkongsistory.

Koleksi Gambar Kesenian Corak Air Kopi dalam Gelas

Kalau kat kedai biasa ada teh tarik,, seninye hanyalah sebanyak mana buih yang ada, masa Khalis pernah bukak kedai makan 3 tahun lepas, pembuat air di kedai Khalis bagitau yang dia bleh buat teh dangdut.. Memang pandaila.. Rasa malu je nak hidangkan kat pelanggan.. Berdangdut gitue.. Jomlah tengok koleksi gambar-gambar comel dari secawan kopi..
art gallery in a cup of coffee01 Koleksi Gambar Kesenian Corak Air Kopi dalam Gelas


art gallery in a cup of coffee02 Koleksi Gambar Kesenian Corak Air Kopi dalam Gelas

art gallery in a cup of coffee05 Koleksi Gambar Kesenian Corak Air Kopi dalam Gelas

art gallery in a cup of coffee06 Koleksi Gambar Kesenian Corak Air Kopi dalam Gelas

art gallery in a cup of coffee07 Koleksi Gambar Kesenian Corak Air Kopi dalam Gelas

art gallery in a cup of coffee10 Koleksi Gambar Kesenian Corak Air Kopi dalam Gelas

art gallery in a cup of coffee11 Koleksi Gambar Kesenian Corak Air Kopi dalam Gelas

art gallery in a cup of coffee12 Koleksi Gambar Kesenian Corak Air Kopi dalam Gelas

art gallery in a cup of coffee13 Koleksi Gambar Kesenian Corak Air Kopi dalam Gelas

art gallery in a cup of coffee15 Koleksi Gambar Kesenian Corak Air Kopi dalam Gelas

art gallery in a cup of coffee16 Koleksi Gambar Kesenian Corak Air Kopi dalam Gelas

art gallery in a cup of coffee21 Koleksi Gambar Kesenian Corak Air Kopi dalam Gelas

art gallery in a cup of coffee25 Koleksi Gambar Kesenian Corak Air Kopi dalam Gelas

art gallery in a cup of coffee26 Koleksi Gambar Kesenian Corak Air Kopi dalam Gelas

art gallery in a cup of coffee28 Koleksi Gambar Kesenian Corak Air Kopi dalam Gelas

art gallery in a cup of coffee29 Koleksi Gambar Kesenian Corak Air Kopi dalam Gelas

ar-rifke

FORMULA MAKANAN




Rupa-rupanya tanpa kita sedar, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kita telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lain-lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga.


 Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari-hari. Tak payahlah susah-susah makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kita ikut diet Rasullullah ini ? Gerenti? kita takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING



Jangan makan DAGING + IKAN


Jangan makan IKAN + SUSU


Jangan makan AYAM + SUSU


Jangan makan IKAN + TELUR


Jangan makan IKAN + DAUN SALAD


Jangan makan SUSU + CUKA


Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL


# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.



# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.


Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk  yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.


Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.


Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)


badrulhisham

Adakah kita orang yang rugi? Jom muhasabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kawan-kawan yang saya hormati sekalian.
Sebelum saya meneruskan tinta saya, cubalah tanya diri dan jawab sendiri 2 soalan berikut.
  1. Sudah berapa lamakah saya telah tinggal di dunia ini?
  2. Berapa lama lagikah masa yang saya ada untuk tinggal di dunia ini?
Ingin saya mulai tulisan saya dengan menyebut Firman Allah dalam Surah Al Ashr (Masa) yang bermaksud:
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar benar dalam kerugian, kecuali orang orang yang mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
Berapa lamakah kita telah tinggal di dunia ini? 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun atau bertahun tahun lamanya?


Apakah masa yang berlalu itu terisi dengan penuh pengisian yang sebenar benarnya atau tersia dengan segala macam sia sia?
memanfaatkan masa
Marilah kita melihat dari sudut yang berbeza, menilai dan meneliti setiap perbuatan kita adakah kita berada di dalam golongan yang benar benar dalam kerugian atau tergolong dalam insan yang beruntung dunia dan akhirat?


Betapa hari ini kita melihat setiap orang berkejar kejar ke sana dan ke sini dengan dua kaki, kereta, train, flight dan lain lain  untuk pelbagai urusan, setiap minit sungguh kita berkira, kita dikejar masa, makin hari makin terasa kepantasannya hingga tak terkejar.



Berhentilah sejenak,  mari kita berpaling  kebelakang mengimbau apakah setiap perbuatan kita itu ada nilainya?
  1. Berkejar-kejar untuk urusan dunia @ berkejar kejar untuk menunaikan ibadat kepada Allah swt.
  2. Ajak mengajak ke arah kemaksiatan @ ajak mengajak berbuat kebaikan
Saya juga seperti kalian semua, saya memiliki 24 jam 7 hari seminggu. Setiap masa diperuntukkan semua sama tapi bagaimana kita memanfaatkan masa supaya kita tidak menjadi bankrupt pada masa akan depan.


Berapa ramai di kalangan kita meninggalkan solat kerana pelbagai alasan yang tidak munasabah ;
  • Tiada masa kerana terperangkap dalam kesesakan lalulintas
  • Tiada masa kerana meeting berjam jam dari pagi hingga ke malam
  • Tiada masa ke surau kerana suraunya jauh
  • Tiada masa kerana perlu banyak berehat ketika sakit
  • Tiada masa kerana mengejar assignment deadline
  • Tiada masa kerana sibuk mengelolakan majlis penting disertai VVIP
  • Dan banyak banyak lagi alasan yang kita reka sesedap hati.
Adakah alasan-alasan ini yang akan kita jawab di akhirat kelak?
Tiada masa…?
Solat 5 kali sehari x10 minit = 50 minit setiap hari. Adakah masa 24 jam sehari itu tidak mencukupi untuk kita meluangkan masa 50 minit sehari untuk mengerjakan solat fardu?
Hanya 3.5% sehari kita peruntukkan untuk bersolat?
tak ada masa
Kawan-kawan,
  • Kita ada masa untuk membeli belah di shopping complex berjam jam lamanya
  • Kita ada masa menonton rancangan kegemaran di Astro
  • Kita ada masa untuk melepak dan bersembang dengan kawan kawan di kedai kopi
  • Kita ada masa buat itu dan ini
  • Tapi sayang sekali… kita boleh kata tiada masa untuk bersolat!?
Oh alangkah ruginya hidup kita, terisi tapi hanya sia sia kerana melupakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah di muka bumi.


Pernahkah kita fikir, bagaimana nanti kita benar benar sudah tiada masa? Waktu nyawa sudah di kerongkong? Ketika lembaran langit sudah digulung-gulung menutup tirainya?


Pada tika itu, ketahuilah… Segunung emas dan permata sekalipun tidak mampu membeli masa yang telah berlalu.


Bak kata Imam al Ghazali ;
“Sesuatu yang paling jauh itu adalah masa yang telah berlalu, sungguh ia tak mungkin kembali. ”
Dalam keadaan dunia serba maju semuanya mahu cepat, kita pula diberatkan dengan pelbagai bentuk tanggungjawab yang kadangkala menghimpit ruang masa kita.


Kawan kawan…


Walau betapa banyaknya tanggungjawab kita, tanggungjawab kita sebagai hamba kepada Allah swt mesti diutamakan! Insyallah dipermudahkan urusan kita di dunia dan akhirat.
Janganlah kita hidup seperti sebuah robot, siang dan malamnya sama sahaja, hidup dan matinya hanya untuk berbakti kepada manusia dan hayatnya pula hanya didunia seketika cuma.
Kawan kawan, marilah kita renungi bersama,


Firman Allah SWT dalam surah al Kahfi ayat 103-106 yang bermaksud:
Katakanlah “Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang orang yang paling merugi perbuatannya?” Iaitu orang orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik baiknya. Mereka itu orang orang yang kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan(kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia, maka hapuskanlah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak akan mengadakan satu penilaian bagi (amalan)mereka pada hari kiamat. Demikianlah balasan mereka itu neraka Jahannam, disebabkan kekafiran mereka dan disebabkan mereka menjadikan ayat-ayatKu dan rasul rasulKu sebagai olok-olok.
20 tahun, 30 tahun, 40 tahun atau bertahun tahun lamanya, status amalan kita masih KIV (Keep In View) hingga ke titik terakhir.
masa itu emas

Kawan kawan…


Berapa lama lagikah masa kita masih berbaki di dunia? Ternyata tiada seorang pun di kalangan kita mengetahuinya. Hanya Allah SWT jua yang Maha Mengetahui.
Yang pasti setiap hari yang berlalu mendekatkan kita pada hari yang nyata iaitu kematian.


Sekarang, ketika ini dan di saat ini , kita masih ada masa untuk memperbaiki amalan kita. Usah disiakan masa yang ada, pergunakan dengan sebaik-baiknya, rancanglah masa dari sekarang, laksanakan dengan amalan, persiapankan diri untuk masa depan.
Semoga kejayaan menanti kita di hadapan sana.


Wassalam


pakarhowto

Gambar Virus HIV yang melambangkan Kekuasaan dan Keagongan Allah SWT

http://quran-m.com/firas/ar_photo/12416547559.jpg
http://quran-m.com/firas/ar_photo/12416546896.jpg
http://quran-m.com/firas/ar_photo/12416546635.jpg
http://quran-m.com/firas/ar_photo/124167576369007876_38430857c9_m.jpg
Larangan Allah SWT kepada pengamal kebudayaan moden dan kehidupan bebas yang berlandaskan hawa nafsu adalah demi memelihara sistem pertahanan diri yang Allah SWT berikan kepada Insan yang telah dimuliakan.
Kedegilan untuk menerima Nasihat Allah SWT maka Allah SWT kurniakan virus ini, yang tidak muncul pada zaman Rasulullah SAW tetapi virus tersebut muncul diwasa ini apabila manusia tidak jemu-jemu memohon kedatangan virus ini melalui pesta gaya hidup sihat dan bebas tanpa Al-Quran.
azrin-kun

Qana'ah dan Tawaduk


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan izin~Nya dapat kita bersua lagi di ruang tanpa sempadan ini. Selawat dan salam kita tujukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ahli keluarga Baginda, sahabat-sahabat Baginda serta para tabiin yang mengikuti Baginda sehinggalah hari kiamat.

Sifat takabur dan besar diri (ghurur) adalah sifat kesyaitanan. Mereka yang bersifat demikian dibenci oleh Allah SWT. Untuk mendampingi Allah SWT seseorang itu perlu membuang sifat takabur dan besar diri. Firman Allah yang bermaksud, “Dan rendahkanlah sayap kamu (khuduk dan tawaduklah) kepada orang-orang mukmin”. [QS al-Hajr: 88]

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya, “Tidak masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan takabur walaupun sebesar zarah, dan tidak masuk neraka seseorang yang ada di dalam hatinya iman walaupun sebesar zarah.”. [Sahih Muslim, No. 91, Bab Tahrim al-kibr wa bayanih]

Temanku sekalian, ambillah pesan Al-Iman Al-Harits Al-Muhasibi seperti mana yang telah beliau tinggalkan dalam salah satu kitab karangannya. Saudaraku! Jika kalian ingin mencari pintu yang dapat menutup dirimu daripada bahaya dunia dan dapat membukakanmu menuju kebahagiaan akhirat, maka pintu itu adalah al-qanaah (menerima apa adanya kurnia yang diberikan) dan al-tawadhuk (rendah hati).

Keduanya adalah lawan kepada sikap bermegah-megahan dan sombong. Apabila seseorang bersikap tawaduk di dunia ini, bermakna dia telah menepis sifat sombong di dalam hatinya. Apabila seseorang tidak berkeinginan untuk mencari pangkat dan jawatan, maka dia telah selamat dari bahaya dunia.

Dengan ketawadukannya, seseorang itu akan menjauhkan dirinya daripada dunia. Hidupnya akan selalu terarah demi mencari keredhaan Allah semata-mata. Begitu pula seseorang yang bersikap qana'ah. Dia rela dengan kurnia yang diterima. Dalam mencari dunia, dia tidak berusaha memperbanyak harta yang ada, kerana jika dia melakukan sedemikian, dia tak ubah seperti anjing yang selalu sibuk mencari bangkai binatang untuk santapannya. Dia redha dengan harta seadanya sehingga sedikit sekali dosa yang dilakukannya. Kerana dia redha denga rezekinya yang sedikit, Allah pun redha kepadanya dengan amal kebajikan yang sedikit. Oleh itu, kamu harus segera memiliki sifat qana'ah itu. Dengan memilikinya, kamu akan senang di dunia dan bahagia di akhirat.

Saudaraku, takutlah kepada Allah SWT. Terimalah segala pemberiaan~Nya. Hindarilah corak kehidupan yang berlebih-lebihan. Dengan itu, kamu tidak akan jatuh miskin. Diriwayatkan, harta yang dikumpulkan secara berlebihan adalah najis. Pada hari kiamat nanti, harta itu akan dihisab. "Pisahkanlah harta yang diperolehi kerana Allah dan buanglah sisa-sisa harta lainnya ke dalam neraka," demikian perintah Allah.

Dikatakan dalam sebuah hadis, "Dunia itu makhluk yang dilaknat. Hanya dunia yang digunakan untuk berzikir kepada Allah yang selamat dari laknat." [Hadis ini diriwayatkan oleh al-Tirmidzi, hadis ini hasan sahih] Sabda Rasulullah s.a.w. "Dunia itu diperuntukkan bagi ahlinya. Siapa yang mengambil dunia lebih dari batas kecukupan, maka tanpa sedar, dia telah merenggut ajal kematiannya. [Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bazzar melalui jalur Anas - Lihat Ihya' Ulum al-Din 3/227]

Seorang sahabat pernah berkata, "Seburuk-buruk manusia adalah orang yang mengambil dunia lebih daripada batas kecukupan."

Saudaraku, siapa yang tidak puas dengan harta yang diperolehi, bererti dia harus berhati-hati dengan kandungan hadis berikut. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jika manusia telah memiliki dua lembah emas, tentu ia akan mencari lembah yang ketiga. Mulutnya tidak akan penuh sebelum dipenuhi tanah. Allah akan menerima siapa saja yang bertaubat kepada~Nya." [Hadis ini diriwayatkan Muslim dalam kitab Sahihnya, hadis no. 117; al-Bukhari dalam kitab Sahihnya,bab ke-10 dan 49 dari kitab al-riqaq; al-Tirmidzi dalam kitab Sunannya bab ke-27 dari kitab al-zuhd; al-Qudha'i meriwayatkan dalam al-Syihab melalui Anas dan Ibn 'Abbas]

Kalian harus ingat, siapa yang tidak merasa puas dengan kurnia yang ada, bagaimana mungkin dia terselamat daripada ancaman hadis di atas. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! [QS al-Takatsur : 1-4]

Salah seorang sahabat berkata, "Celaka, setiap orang yang tamak, mulutnya selalu terbuka bagaikan orang gila. Ia selalu tertarik kepada milik orang lain, sementara miliknya sendiri tidak pernah dipandangnya. Orang seperti itu akan celaka dan mendapat siksa dalam waktu yang lama, sepertimana malam tidak dapat mendahului siang. Begitu juga dia. Tidak mungkin dirinya dapat diselamatkan."

Demi Allah, keuntungan yang sebenarnya adalah sikap redha kita dalam menerima penghasilan yang ada, bukan terletak pada sifat bermegah-megah. Keuntungan itu milik orang yang rendah hati, bukan milik orang sombong dan bongkak. Moga Allah kasih kita semua dengan kurniaan~Nya dalam hati kita sifat qanaah dan tawaduk. Amin..

Wallahu'alam..
insaaniyyah

Damai Dalam Pelukan Ibu~(Wajib Membacanya)

 Ibu seorang pelajar datang berjumpa suatu petang. Katanya anak perempuannya tidak pulang ke rumah. Setelah disemak kedatangannya dengan guru kelas didapati dia juga tidak datang ke sekolah.
Ibu itu menangis di hadapan saya. Dia seorang ibu tunggal. Suaminya entah sudah hilang ke mana. Oleh kerana kesempitan dia terpaksa membuat pelbagai jenis kerja untuk menyara hidup dan menanggung dua orang anaknya yang sedang bersekolah.
Anak sulungnya seorang perempuan yang sedang belajar di Tingkatan Dua. Anak keduanya seorang lelaki yang sedang belajar di sekolah rendah. Anak perempuannya yang tidak pulang ke rumah.
Saya kenal akan pelajar ini kerana pernah dirujuk kepada saya atas masalah ponteng. Dia pernah didenda, dan diberikan nasihat. Pelajar ini agak cantik tetapi tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas.
Ibunya memberikan beberapa nama pelajar lain yang sering kali bersamanya. Dia meminta saya mencari anaknya. Dia sangat bimbang akan keselamatan anaknya kerana sudah semalaman tidak pulang ke rumah.
Setelah berbincang dengan pembantu saya, kami keluar mencari pelajar yang hilang. Kami mencari di bandar, di tempat-tempat hiburan dan di taman-taman. Akhirnya berjaya juga kami menemui pelajar tersebut bersama seorang pelajar lain sedang bermain buaian.
Mereka tidak lari melihat kedatangan kami dengan bas sekolah. Mereka juga tidak kelihatan takut. Mereka penat dan seolah-olah hilang arah tuju. Kami membawa mereka kembali ke sekolah.
Secara berasingan kami betemu dengan kedua-dua orang pelajar sekembali ke sekolah. Oleh kerana permintaan ibunya, saya memilih untuk menyoal pelajar Tingkatan Dua tadi. Kami berbual agak panjang. Saya tidak marah kepadanya kerana tidak pergi ke sekolah tetapi cuba mendapatkan cerita sebenar di sebalik tindakannya itu.
Dia tidak banyak bercakap pada mulanya. Tetapi apabila soalan yang sama tetapi ditanya dengan pelbagai cara akhirnya dia terperangkap dan rahsia terbongkar sedikit demi sedikit. Dia keluar bersama teman lelakinya. Mereka berdua-duaan dalam kerete di tepi pantai. Sebelum subuh mereka kembali ke rumah teman lelakinya. Ibu bapa lelaki itu sudah tidur. Mereka tidur bersama.
Itulah pengakuannya setelah hampir sejam kami bercakap. Dia tahu dia telah melakukan kesalahan dan tidak berani pulang ke rumah kerana tidak mahu menghampakan ibunya. Dia sayang dengan ibunya dan mengharapkan kasih sayang tetapi ibunya terlalu sibuk mencari nafkah.
Dia faham akan tanggungjawab dan pengorbanan ibunya terhadap dirinya dan juga adik lelakinya. Dia juga sedar betapa tinggi harapan ibu kepadanya. Dia anak sulung. Dialah yang diharapkan akan dapat belajar bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berjaya.
Namun apakan daya, sebagai seorang gadis meningkat remaja dia juga mengharapkan kasih sayang daripada ibu bapanya. Bapanya sudah menghilangkan diri entah ke mana sejak dia masih kecil. Ibunya sekadar dapat memberikan keperluan material kepadanya.
Bentuk kasih sayang yang dapat diberikan oleh ibunya adalah sekadar keperluan asas. Pengorbanan ibu untuk anak-anaknya sebenarnya lahir daripada kasih sayang yang amat mendalam. Tetapi anak kecil yang membuat perbandingan dengan orang lain, dengan kawan lain, dengan keluarga lain yang lebih bahagia, merasa kecil hati dengan apa yang apa pada dirinya.
Meminta seorang gadis muda berumur 14 tahun untuk menerima realiti hidup pada usia yang terlalu muda amat kejam. Dia tidak dapat menerimanya. Lalu dia mencari kasih sayang daripada kawan-kawannya, dan berakhir dengan teman lelakinya.
Apabila sudah terlanjur dengan perbuatan diri sendiri ditambah dengan kesempatan yang diambil oleh teman lelakinya, penyesalan sudah terlambat. Apa lagi yang boleh dilakukannya?
Saya sedar dan turut bersedih akan perasaan dan apa yang menimpa dirinya. Saya bertambah sedih memikirkan perasaan ibunya apabila diberitahu keadaan yang sebenar. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana reaksinya nanti.
Tetapi apa lagi pilihan yang lebih baik yang ada untuk kami jika tidak memberitahu perkara ini kepada keluarganya? Nasi sudah jadi bubur. Setelah berbincang dengan pembantu saya dan setelah mendapatkan nasihat daripada pengetua kami, kami mengambil keputusan untuk menelefon ibunya.
Pada ketika itu sudah hampir jam tujuh malam. Semua guru dan pelajar sudah pulang meninggalkan sekolah semenjak jam 6 petang lagi. Hanya kami berempat sahaja yang masih tinggal di sekolah.
Sebentar kemudian ibunya datang dengan seorang lagi ahli keluarga lain yang tidak kami kenali. Dengan hati yang berat kami memaklumkan apa yang kami dapati daripada siasatan kami. Ibunya terkejut besar mendengar apa yang kami katakan.
Kedua beranak itu terus memeluk satu sama lain dan mula menangis. Tugas kami terpaksa dihentikan setakat itu sahaja. Kami tidak boleh mencampuri urusan rumah tangga mereka. Mereka terpaksa mencari penyelesaian yang terbaik.
Beberapa hari kemudiannya kami dimaklumkan pelajar tersebut telah meminta untuk berhenti sekolah. Teman lelakinya sanggup mengahwininya setelah sedar bahawa jika dia tidak mahu bertanggungjawab dia akan dihukum merogol gadis bawah umur.
Apa yang boleh kami lakukan sekadar mendoakan semoga mereka bahagia. Tetapi doa kami tidak kesampaian. Belum sampai setahun mereka berkahwin mereka telah bercerai. Pelajar perempuan berumur 14 tahun tadi menjadi janda dalam sekelip mata. Teman lelaki atau bekas suaminya terlepas daripada sebarang pendakwaan undang-undang.
Bayangkan masa depan seorang gadis dihancurkan begitu sahaja apabila tersilap langkah. Bayangkan betapa hancurnya hati ibunya yang banyak berkorban untuk anaknya. Menanggung malu barangkali perkara yang kedua tetapi apabila masa depan seorang anak dimusnahkan begitu sahaja bukanlah senang untuk diterima oleh seorang ibu tunggal.
Apa yang terjadi sudah terjadi. Tiada gunanya kita persalahkan sesiapa kerana yang hilang tetap sudah hilang. Tetapi siapakah pula yang akan menjadikan kejadiaan ini sebagai teladan kepada ramai lagi anak-anak muda yang sedang menjejak kasih yang tidak mungkin? Siapakah yang akan memastikan bahawa perkara yang sama tidak berlaku lagi pada anak-anak yang lain?
Biarpun peristiwa ini sudah lama berlalu tetapi apa yang berlaku masih jelas dalam ingatan saya. Ia menyentuh hati saya dengan begitu mendalam sekali. Saya cuma sedar apabila sesuatu yang buruk berlaku biar apapun yang kita lakukan kita tidak dapat mengubahnya.
Biarpun kita sering memberikan nasihat dan memberikan peringatan, sebelum seorang benar-benar terjerat dan terperangkap dalam rasa ingin tahunya sendiri, dia tidak akan dapat memahami betapa nasihat seorang guru atau ibu bapa begitu penting.
Anak-anak muda yang sedang meningkat remaja biasanya terlalu mudah untuk dipengaruhi. Tanpa hubungan yang rapat di antara anak dengan ibu bapa pada waktu ini, satu kesilapan kecil sahaja mungkin membawa padah yang terasa sehingga seumur hidup.
Berapa hari yang lepas apabila saya mengunjungi sebuah syarikat kerana urusan pekerjaan. Salah seorang kakitangan di sana mengecam saya. Katanya dia pernah berjumpa dengan saya beberapa tahun yang lepas. Saya memerhatikan wanita tersebut beberapa ketika tetapi saya tidak dapat mengingati sama ada saya pernah berjumpa dengannya atau tidak.
Dia kemudian memberitahu saya bahawa dia pernah berjumpa dengan saya semasa saya menyampaikan satu ceramah motivasi kepada ibu bapa dan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan PMR. "Cikgu Leelah yang best," katanya. Merah muka saya dipujinya.
Dalam sesi motivasi tersebut saya menekankan pentingnya ibu bapa menjalinkan hubungan yang mesra biarpun anak-anak mereka meningkat remaja. Adalah menjadi kebiasaan anak-anak remaja lebih suka berkongsi masalah dengan rakan sebaya mreka.
Bagi saya ibu bapa harus mengambil tahu apa yang anak-anak mereka lakukan di sekolah dan juga di luar rumah. Jika ibu bapa kurang mengambil tahu dengan alasan sibuk maka hubungan mereka dengan anak akan menjadi renggang.
Anak-anak akan beranggapan ibu bapa mereka semakin hari semakin tidak memahami perasaan mereka. Ini secara tidak langsung memaksa anak-anak kita mencari sahabat lain dan mendapatkan kasih sayang yang mereka perlukan daripada orang lain.
Saya juga mencadangkan bahawa salah satu cara untuk merapatkan hubungan di antara anak dengan ibu bapa ialah dengan cara sentuhan secara fizikal dan yang paling baiknya dengan pelukan. Malah saya membuat demonstrasi dengan meminta semua yang hadir bangun dan cuba memeluk diri mereka sendiri.
Saya bertanya kepada mereka apakah perasaan apabila dipeluk. Mereka jawab seronok. Ada yang menjawab merasa diri mereka diperlukan. Kemudian saya meminta mereka berpelukan antara ibu atau bapa dengan anak-anak mereka.
Permintaan saya ini tidak disambut dengan segera. Ramai yang merasa begitu janggal walaupun sekadar memeluk anak mereka sendiri. Setelah permintaan saya diulangi dan diyakinkan bahawa berpelukan begitu sebenarnya satu tanda kasih sayang.
Maka satu demi satu mereka mula mendekati satu sama lain dan mula berpelukan. Percayalah saya tidak pernah melihat keadaan yang begitu terharu sekali. Begitu ramai anak dan ibu bapa yang menangis apabila mereka berpelukan. Pelukan yang begitu lama diharapkan tetapi tidak pernah dizahirkan. Hari ini saya telah berjaya membawakan pelukan yang mereka tunggu-tunggu. Saya sendiri turut menitiskan air mata menyaksikan suasana yang sungguh mengkagumkan.
Saya dapat bayangkan telah sekian lama hubungan yang renggang di antara ibu bapa dengan anak-anak mereka telah menjejaskan komunikasi yang sebenar di antara mereka. Biarpun dengan satu pelukan ini, saya percaya saya telah berjaya merapatkan hubungan mereka. Pastinya hubungan yang baik akan dapat memberikan lebih banyak sokongan dan keyakinan kepada anak-anak mereka untuk menghadapi peperiksaan.
Bagi saya matlamat sesi motivasi saya telah berjaya. Apabila bertemu semula dengan ibu bapa yang pernah mendengar ceramah saya dan diberitahu bahawa anaknya telah berjaya mendapat keputusan yang lebih baik daripada dijangkanya, saya bertumpang gembira.
Saya hanya mengharapkan lebih ramai ibu dan bapa memeluk anak-anak mereka dan begitulah sebaliknya. Biar apa juga keadaan keluarga kita, tidak usah menyalahkan orang lain tentang apa yang berlaku. Kita sendiri dapat memberikan kasih sayang, biar dalam bentuk yang berbeza. Kita sendiri bertanggungjawab untuk mencari kebahagiaan untuk keluarga kita.

adminskss.

10 Jenis Orang Islam Yang Kejam




Sufyan Atsauri berkata:
"Sepuluh macam daripada kekejaman ialah":

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

segentaalam.

Laporan polis kerana tidak menghormati Majlis Fatwa yang dinaungi Tuanku Sultan

http://www.wartakedah.net/images/azam.jpg
Alor Setar, 28 Dis - Pemimpin sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah membuat laporan polis terhadap Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS), Kanchut kerana menyifatkan tindak tanduk pertubuhan itu menganjurkan himpunan haram yang dicadangkan pada 31 Disember ini sebagai tidak menghormati Majlis Fatwa Negeri Kedah.

Ketuanya, Mohd Azam Awang, membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar berikutan BBSMS akan mengadakan himpunan membantah harta wakaf (Bangunan Madrasah Salihiah) dialihwakaf dengan menghasut orang ramai menyertainya.

Berikut adalah kenyataan penuh laporan polis tersebut:


Laporan polis ini dibuat kerana sebuah pertubuhan yang menamakan diri mereka sebagai Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) akan menganjurkan himpunan pada 31 Disember 2011 di Madrasah Salihiah, Kanchut mulai 12 tengahari hingga 5 petang. Antara pengisiannya ialah bantahan terhadap usaha merobohkan madrasah wakaf bagi dibina surau baru oleh pihak pemaju.


Saya sebagai rakyat negeri Kedah merasakan program tersebut mesti dihalang serta tidak diberikan kebenaran (permit) oleh pihak polis berdasarkan sebab-sebab berikut:


1)    Tindakan mereka adalah bercanggah dengan keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah yang membenarkan ISTIBDAL iaitu pindah wakaf bagi mendapat manfaat lebih besar. Kaedah tersebut yang diputuskan oleh Majlis Fatwa bagi mengizinkan madrasah tersebut dirobohkan dengan pampasan RM1.48 juta bagi mengadakan wakaf yang baharu, di samping pihak pemaju akan membina semula sebuah surau di lokasi yang sama dengan keluasan lebih besar. Sikap tidak menghormati keputusan majlis fatwa yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam boleh mendorong kepada perpecahan ummah.


2)    Majlis Fatwa Negeri Kedah adalah dinaungi oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang kini baginda adalah Yang DiPertuan Agong. Setiap keputusan majlis fatwa telah dipersembahkan kepada baginda untuk makluman atau perkenan. Dengan itu tindakan BBSMS menentang keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah bererti menderhaka kepada KDYMM Tuanku Sultan yang kini merupakan Yang DiPertuan Agong.


3)    Ahli-ahli majlis fatwa yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan Negeri Kedah, Sohibul Samahah Syeikh Badaruddin Haji Ahmad adalah terdiri dari mereka yang alim (berilmu) di bidang keIslaman. Mereka terdiri dari Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor, Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh, Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof, Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir, Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar, Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin dan Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim. Mereka telah berbahas dengan terperinci akan hukum hakam sebelum membuat keputusan. Dengan itu tindakan BBSMS menganggah keputusan ulamak yang berautoriti serta berwibawa dalam bidang tersebut boleh menyebabkan berlaku perpecahan dalam masyarakat Islam.


4)    Madrasah Salihiah bukannya premis persendirian, ia berada di bawah Majlis Agama Islam Kedah (MAIK)  sebagai pemegang amanah. BBSMS mestilah mendapat kebenaran dari MAIK sebelum mengadakan himpunan haram seumpama itu di premis tersebut.


Dengan itu saya menggesa pihak yang bertanggungjawab:


1)    Menghalang program yang dicadangkan pada 31 Disember 2011, di Madrasah Salihiah, kanchut dari diadakan.


2)    Mengambil tindakan tegas terhadap BBSMS yang mengkucar-kacirkan serta mencelarukan pemikiran rakyat berhubung isu Madrasah Salihiah, Kanchut.


wartakedah

mykad baru | ciri-ciri mykad baru



mykad baru | ciri-ciri mykad baru 
Wah Mykad baru dah nak kuar….memang sesuai sangatla…memandangkan Mykad mummy ni memang buruk benor dah rupernyer sejak mula mykad 1st kluar lagik mummy la diantara orang yang memula pi buat time tu sampai skang…. dah ruper aper dah sopak saner sini…tiap kali gi bank cam segan jek nak tunjuk siap org bank senyum2 siap tanyer my kad tenggelam dik banjir ker….huhu teruk tul….tapi cipnyer ok jer jadik  memang malas nak gi tukar…nak beratur bagaikan…tapi kali ni memang kena tukar…nak bergambar cantik2 sikit hehe…orang kater nak nengok orant tu lawa ke tak lawa tengok gambar Kat Mykad…betul ke? .hehe

Info MyKad baru 2012

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru 2012  yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini secara berperingkat mulai Selasa ini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Jariah Mohd Said.

Pengeluaran MyKad baru akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor, sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara selepas 15 Februari ini.orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baru itu tetapi ia bukan wajib.

ciri-ciri mykad baru
  • MyKad baru yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih tahan dan menggunakan cip baru yang lebih tahan.
  • MyKad baru mempunyai “ghost image” yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku . imej sinar ultra lembayung atau UV timbul dari kad pengenalan yang baru
  • Pihak JPN yakin MyKad baru yang mengikuti piawaian antarabangsa tidak mudah rosak dan ia dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.
  • MyKad baru sudah menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan teknologi terkini dan ia memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan “overlay” dengan reka bentuk yang ditambahbaik.
cawangan JPN di negeri-negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Januari, Johor Bahru (14 Januari), Kuantan (15 Januari), Melaka (17 Januari), Kuching dan Kota Bharu (20 Januari), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari).

pejabat JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Februari, Miri (6 Februari), Kota Kinabalu dan cawangan-cawangan lain pada 7 Februari serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Februari. JPN akan mengambil tempoh masa sehari untuk mengeluarkan MyKad struktur baru di cawangan-cawangan JPN manakala. Lain -lain cawangan JPN akan mengambil masa 10 hari bekerja di Semenanjung dan maksimum 30 hari di Sabah dan Sarawak

mummycute

Erti perjuangan si anai-anai


Jamaah anai-anai

Anai-anai adalah sejenis serangga ciptaan Allah yang memiliki potensi dan prestasi yag sangat hebat. Mereka hidup di dalam komuniti yang komited dengan sistem yang telah diatur bagi mempastikan kejayaan hala tuju kehidupan mereka.

1- Gabungan individu di dalam jamaah anai-anai sentiasa tekun mengerah keringat tanpa mengenal erti kepenatan bagi mencapai misi dan visi perjuangan hidup mereka. Masyarakat anai-anai yang komited ini telah dididik sejak kecil agar ber’iman’ dengan misi perjuangan mereka dan bersungguh-sungguh bagi memenuhi objektif bersama.

2- Anai-anai tidak bergaduh mengenai siapa buat kerja kurang atau pun kerja lebih. Bahkan kerja mereka terfokus kepada bidang tugas yang ditetapkan oleh kepimpinan jamaah anai-anai iaitu ratu anai-anai. Walaupun ramai orang yang tidak menyukai dan cuba untuk menghapuskan mereka, survival anai-anai adalah sesuatu yang hampir pasti disebabkan kesungguhan mereka untuk hidup dan berkembang dengan strategi yang ditentukan oleh ratu. Dalam erti kata lain, anai-anai bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ’jihad’ secara ber’pasukan’.

Ratu anai-anai

3- Ratu anai-anai dan barisan kepimpinannya akan sentiasa ditaati oleh pengikutnya yang berada di bawah sistem pentadbiran dan pengurusan yang satu sekali pun mahligai atau wilayah mereka semakin membesar seolah-olah wujudnya sebuah empayar yang hebat. Individu dan masyarakat anai-anai amat ber’disiplin’ di dalam mengatur dan melaksanakan gerak kerja mereka.

Namun ada 3 sempadan daripada jamaah anai-anai.

1-     Kewujudan anai-anai tidak disukai oleh mana-mana tuan rumah terutamanya kalau rumah mereka diperbuat daripada bahan yang tidak ‘immune’ kepada serangan anai-anai. Masyarakat anai-anai akan cuba dihapuskan sebelum ianya membiak dan menyebabkan kerosakan yang lebih besar. Kesilapan tuan rumah yang lambat mengawal anai-anai boleh menyebabkan kemusnahan yang besar kepada binaan tersebut. Satu pilihan lain yang boleh diambil oleh anai-anai ialah membina mahligainya sendiri jauh-jauh tanpa mengganggu atau mengambil alih binaan yang telah dibina oleh tuan rumah tersebut.

2-     Walau bagaimana besar dan cantiknya mahligai yang dibina oleh anai-anai, umum mendapati bahawa binaan mereka bukanlah binaan yang kuat kerana tidak menggunakan bahan yang solid dan strukturnya agak mudah untuk dihancurkan oleh musuh-musuh mereka. Sudah lama ratu dan kabinet anai-anai memikirkan tentang kelemahan institusi mereka namun mereka terpaksa akur dengan taqdir Ilahi dan pasrah dengan ketentuan daripadaNya.

3-     Kerja dan hobi anai-anai ialah membina, memperbaiki dan membesarkan rumah atau mahligai mereka (biasanya dipanggil busut anai-anai). Mereka begitu terfokus sehingga misi dan visinya adalah rumah, rumah dan rumah ! Jadi manusia yang beragenda besar tidak akan menghabiskan masa, duit, tenaga, fikiran dan kehidupannya untuk rumah, rumah dan rumah seperti jemaah anai-anai ini.

Mahligai anai-anai

Kesimpulan :

  • Rahsia kemenangan perjuangan adalah berpaksikan kepada kekuatan keimanan, perjuangan secara berpasukan dan memiliki anggota yang berdisiplin.
  • Organisasi yang hebat tidak boleh kekal menumpang di atas satu sistem yang rapuh walaupun kelihatan besar kerana binaan itu akan runtuh mahupun diruntuhkan.
  • Kewujudan perosak di dalam binaan akan menyebabkan kemusnahan yang besar sekiranya lambat dikesan dan dirawati
  • Banyak kebaikan yang boleh dimiliki oleh jamaah anai-anai namun komuniti anai-anai ini perlu berusaha untuk berdikari agar tidak dimusnahkan oleh empunya binaan.
  • Manusia yang hebat mesti mempunyai agenda hidup yang tersusun yang tentunya lebih baik daripada jamaah anai-anai yang komited terhadap rutin hidup mereka membina, memperbaiki dan membesarkan rumah di sepanjang masa.
Peduli ummah

Jumaat, 30 Disember 2011

Aktiviti Terpadat di Dunia Digital Online Setiap 60 Saat... menakjubkan

Sebuah laman teknologi PC Mag hari ini [Rabu 28 Dis 11] telah memuat infografik mengenai aktiviti yang terjadi di dunia online bagi setiap 60 detik. Angka-angka yang disajikan sangat mengagumkan.
Di laman sosial Facebook misalnya, setiap satu minit muncul lebih dari 695 ribu update status, 79 ribu wall post, dan 510 ribu komentar.

Dari dunia 'si Burung Biru' Twitter, terdapat lebih dari 98 ribu kicauan yang muncul setiap minit sekaligus 320 akaun baru. Sementara di YouTube, pengguna memuat naik lebih dari 600 video baru yang memiliki total durasi lebih 25 jam.
 
Aktiviti paling padat pengiriman surat elektronik mencapai 168 juta email yang dikirim setiap minit. Dalam jangka waktu yang sama terdapat 694.445 hal yang ditanyakan pada mesin pencari Google.

Para blogger seluruh dunia juga turut sama berperanan dengan mengirim 1500 posting perminit dan lebih daripada 60 blog baru juga lahir ke dunia digital setiap 60 saat.

Terakhir, selagi anda menghabiskan waktu untuk membaca artikel ini, ada dua juta pengguna internet lain di dunia ini sedang mengakses tayangan porno secara online.

orang muo

Lapangan terbang tertinggi di dunia

* LAKARAN artis mengenai projek lapangan terbang tertinggi di dunia yang akan dibina di negeri Naggu, China pada tahun depan. - AGENSI

BEIJING 28 Dis. - China akan memulakan pembinaan lapangan terbang tertinggi di dunia bermula tahun depan di negeri Naggu.

Agensi berita Xinhua melaporkan, lapangan terbang itu akan dibina 100 meter lebih tinggi daripada rekod yang dipegang oleh sebuah lagi lapangan terbang di wilayah Qamdo.
Katanya, lapangan terbang Naggu akan dibina pada altitud 4,436 meter di atas paras laut, tinggi sedikit berbanding lapangan terbang Qamdo yang mempunyai ketinggian 4,334 meter.
Tambahnya, projek mega itu akan menelan kos sebanyak 1.8 bilion yuan (RM888 bilion) dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
China mula melaksanakan projek-projek bernilai berbilion-bilion dolar sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengubah suai lapangan terbang lama serta membina yang baru, terutamanya di bahagian barat negara ini, sebagai cara untuk meningkatkan ekonomi.
Kerajaan China juga melaburkan berbilion-bilion dolar di Tibet, dengan harapan dapat memenangi hati penduduk di wilayah tersebut.
Pihak kerajaan berkata, pembinaan lapangan terbang baru dan landasan kereta api ke Tibet akan membuka ruang pembangunan serta membantu meningkatkan taraf hidup penduduk di wilayah itu.
Namun, aktivis Tibet berkata, pembinaan projek-projek mega itu akan mempercepatkan lagi migrasi rakyat China ke wilayah terbabit, sekali gus menggugat budaya Buddha penduduk Tibet. - 


REUTERS

9 Selebriti Wanita Malaysia Yang Berhijrah Sepanjang Tahun 2011

2011 sudah semakin sampai ke penghujungnya. Sepanjang tahun ini, ada banyak tragedi, kenangan pahit manis dan tidak ketinggalan, penghijrahan ramai selebriti ke arah kebaikan. Ramai selebriti tanah air terutamanya selebriti wanita yang memilih untuk menutup aurat sepenuhnya dan memeluk Islam sepanjang tahun 2011. Antaranya ialah:-


1. Diana Amirramai yang terkejut dan sangat gembira apabila mendengar berita Diana Amir berhijrah memakai tudung. Ternyata ianya adalah satu keputusan yang bijak apabila nama Diana Amir semakin popular dan meniti di bibir peminat dengan penghijrahan ini.
diana amir

2. Irma Hasmiemengambil keputusan untuk bertudung selepas pulang daripada umrah, Irma Hasmie kini menjadi menantu idaman semua mak-mak di Malaysia. Sangat manis dan sangat cantik kan?
irma hasmie

3. Catriona Rosskisah Catriona Ross memakai tudung sangat-sangat menarik untuk dibaca bersama. Disebabkan boring menunggu rakan-rakannya bershopping, Catriona mencuba untuk memakai tudung. Daripada situ hatinya terdetik untuk memakai tudung sehingga kini.


catriona ross

4. Daphne Ikingmemeluk Islam secara rahsia apabila berkahwin dengan suaminya, ura-ura Daphne memeluk Islam tersebar apabila dia mengucapkan “Alhamdullilah” di satu majlis. Akhirnya Daphe Iking membuat pengakuan sudah memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Dahlia Eleanor Iking.


daphne iking

5. Jojiemula memakai tudung Ramadhan yang lalu, Abang Nara lihat Jojie tampak lebih cantik, ayu dan anggun ketika menutup aurat berbanding sebelumnya. Anda setuju?


jojie

6. Farah AFwalaupun Farah mula memakai tudung sejak tahun akhir tahun 2010, tapi Abang Nara masukkan jugak di dalam senarai ini sebagai pembakar semangat untuk para wanita di luar sana.
farah af

7. Akma AF3tiada angin tiada taufan, tup tup Akma AF muncul dengan imej bertudung baru-baru ini. Nampak sangat ayu gitu. Semoga segalahnya dipermudahkan.
akma af

8. Raja Farahselepas perkahwinannya dengan Megat, Raja Farah mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya. Sememangnya Raja Farah yang dah cantik semakin cantik apabila bertudung.
raja farah bertudung




9. Siti Nordianamula berminat untuk mengenakan tudung setelah melihat ramai orang bukan Islam yang mendalami agama dan memakai tudung selepas memeluk Islam.
siti nordiana



10. Abby Fanamemakai tudung selepas pulang daripada mengerjakan haji. Sangat manis kan?
abby fana

Itulah antara 10 selebriti wanita yang berhijrah ke arah kebaikan sepanjang tahun 2011 ini. Semoga mereka kekal dalam penghijrahan dan tabah menghadapi cabaran.

beautifulnara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...