Gambar hiasan |
"Tekunlah beramal dan bermujahadah, cintailah ilmu pengetahuan dan
cintailah kehidupan akhirat, jadikan diri kamu sebagai pengembara yang
sentiasa dahaga dengan cinta Allah, rahmat Allah dan pengampunan Allah.
Pandanglah dunia ini bagaikan tempat persinggahan kamu ketika turunnya
hujan, apabila berhentinya hujan kamu kembali berjalan menuju ke
destinasi asalmu.
Sakitilah nafsu mu kerana ia adalah tunggangan syaitan, jika ia lemah
maka syaitan akan lemah kerana tiada tunggangan untuk digunakan bagi
merosakkan mu.
Bakarlah ia dengan api zikir, lemahkan ia dengan kurangkan tidur dan makan, bebankan muatan atasnya dengan ibadat yang khusyu'.
Janganlah kamu terikut manusia yang hatinya buta dengan akhirat, mereka
mencari kebahagiaan dengan menuruti hawa nafsu sedangkan kamu carilah
kebahagiaan dengan menentang hawa nafsu.
Hiburan kamu adalah ujian Allah,
kesengsaraan kamu adalah kehidupan yang tidak teruji hawa nafsu.
Tahanlah lidahmu dari dusta dan umpatan kerana ia menghancurkan amalan
kamu sekelip mata bagaikan letupan yang menghancurkan gunung.
Berhati-hatilah dalam perjalanan ini, hanya mereka yang berilmu dan
beramal serta mengalirkan air mata darah akan tersenyum di alam yang
kekal abadi."
"Hakikat kebahagiaan, kejayaan dan ketenangan tidak berada di dunia. Ia
berada di langit. Ia adalah anugerah Tuhan kepada hamba-hamba yang
dikasihi-Nya.
Harta, pangkat,keluarga, kekuatan,kebijaksanaan dan lain-lain hanyalah
pagar-pagar untuk memantapakan kebahagiaan. Justeru itu, walaupun ramai
manusia yang memiliki segala-galanya di dunia ini tetapi kebahagiaan
tidak mereka miliki. Dan berapa ramai manusia yang tidak memiliki
apa-apa tetapi hidup mereka disinari kebahagiaan."
"Hidup ini adalah perjuangan. Jadikan dunia ini sebagai sahabat kamu untuk mendapatkan syurga.
Janganlah kamu meninggalkannya. Kuasailah pelbagai bidang di mana dengannya kamu dapat memakmurkan bumi.
Hanya di tangan orang-orang soleh, dunia ini akan menghentikan tangisannya."
cintarindurasul.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan